Selasa, Januari 06, 2015

Seni Menegur

Dalam keterujaan melakukan perkara baik usah lupa perihal ADAB yang perlu dipelihara.

Contoh 1 : Teguran yang mahu diucapkan terhadap seseorang mestilah diteliti terlebih dahulu. Apakah KESAN yang akan berlaku hasil dari Teguran itu tadi.

Seni menegur seseorang atas kesilapannya harus difahami, supaya tidak berlaku kecederaan emosi kepada orang yang kita tegur, sepertimana kita mahu maruah kita terjaga, begitulah kita menjaga maruah orang lain.

"Bila seseorang menegur kamu secara sembunyi, dia benar-benar sedang menasihatimu. Bila dia menegur secara terang-terangan di hadapan khalayak dia sebenarnya sedang menghina kamu"

.......

Tegur dan nasihat itu bagus, lakukan dengan berhemah lagi berhikmah, tanpa ada rasa riak yang mengiringi. Kadang-kadang kita terlalu rakus memberi Teguran pada orang lain, sibuk melihat keburukan dan kekurangan orang hinggakan  terlupa untuk melihat dan menegur kesilapan dan kekurangan diri  sendiri..

Sampaikan nasihat dengan baik kepada diri sendiri dahulu Sebelum menasihati orang lain, dan jagalah hati dari riak, semoga teguran itu menjadi jambatan yang menghubungkan silaturahim dan kebaikan yang berkekalan, insyallah. :)
 .

Silat Cekak Pusaka Hanafi
Satu Suara Satu Hati



Share 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan