<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Selasa, Januari 06, 2015

Seni Menegur

Dalam keterujaan melakukan perkara baik usah lupa perihal ADAB yang perlu dipelihara.

Contoh 1 : Teguran yang mahu diucapkan terhadap seseorang mestilah diteliti terlebih dahulu. Apakah KESAN yang akan berlaku hasil dari Teguran itu tadi.

Seni menegur seseorang atas kesilapannya harus difahami, supaya tidak berlaku kecederaan emosi kepada orang yang kita tegur, sepertimana kita mahu maruah kita terjaga, begitulah kita menjaga maruah orang lain.

"Bila seseorang menegur kamu secara sembunyi, dia benar-benar sedang menasihatimu. Bila dia menegur secara terang-terangan di hadapan khalayak dia sebenarnya sedang menghina kamu"

.......

Tegur dan nasihat itu bagus, lakukan dengan berhemah lagi berhikmah, tanpa ada rasa riak yang mengiringi. Kadang-kadang kita terlalu rakus memberi Teguran pada orang lain, sibuk melihat keburukan dan kekurangan orang hinggakan  terlupa untuk melihat dan menegur kesilapan dan kekurangan diri  sendiri..

Sampaikan nasihat dengan baik kepada diri sendiri dahulu Sebelum menasihati orang lain, dan jagalah hati dari riak, semoga teguran itu menjadi jambatan yang menghubungkan silaturahim dan kebaikan yang berkekalan, insyallah. :)
 .

Silat Cekak Pusaka Hanafi
Satu Suara Satu Hati



Share 


Baca lagi...

Isnin, Januari 05, 2015








"Lambang persilatan Cekak Hanafi, 

Berdirinya lurus tegak memuji, 

gerak dinafi berserah kembali, 

pada Ilahi digantung hati. 

.

Pakai tak pakai pada awalnya, 

tak pakai itu dipakai pada akhirnya, 

isi rahsia sang Guru bijaksana, 

mendidik manusia menjadi hambaNya.

.


Muhammad dan Ahmad seiring sekata,

Tidak lengkap satu tanpa duanya,

Begitu juga akhirat dan dunia,

Harus seiring Zahir dan batinnya. 

.

Dalam bersilat kita munajat,

Kepada Allah mohon selamat,

Dari kejahatan juga mudharat,

Semoga selamat Dunia akhirat"

.......

Silat Cekak Pusaka Hanafi
Satu Suara Satu Hati




Share

Baca lagi...

Ahad, Januari 04, 2015

Maulidur Rasul



Sesungguhnya tanpamu wahai kekasih Allah, tiadalah kami..

Allahumma solli ala Muhammad wa ala alihi wa sohbihi wa barik wa salim..

Semoga kami berjaya menjadi pengikutmu yang sebenar..

Salam Maulidur Rasul.

Share

Baca lagi...

Sabtu, Januari 03, 2015

MISI BANTUAN BANJIR

Ahli-ahli Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Malaysia menggembeleng tenaga malam ini bagi melancarkan lagi usaha bantuan bagi mangsa banjir di pantai timur.

Dengan kerjasama JPAM serta sumbangan dari Skuad Sayang, The 13th Warrior, Wish Anok Kelate, badan-badan syarikat dan individu serta ahli-ahli sendiri, kami dapat sediakan bekalan barang keperluan untuk dihantarkan kepada mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan.

Satu skuad lagi dari Melaka dan Johor juga sedang menjalankan usaha yang sama dan bertumpu pada mereka di Kelantan.

Semoga bantuan yang sedikit ini dapat meringankan sedikit bebanan mereka yang sedang diuji di sana. Mudah-mudahan mereka diberikan kemudahan serta ketabahan dalam menjalani ujian ini. Insyallah.

Walau bagaimanapun, kami ucapkan Syukur Alhamdulillah. :)

Gambar-gambar ehsan dari saudara Saibog













Silat Cekak Pusaka Hanafi 
Satu Suara Satu Hati


Share

Baca lagi...

Khamis, Januari 01, 2015

Silat Cekak Pusaka Hanafi: Silat dan Agama

Silat Cekak Pusaka Hanafi: Silat dan Agama



 Share

Baca lagi...

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008