<<     TERKINI!:      <<     Tempahan kali ke-2 t-shirt cenderahati kelas USJ di buka, emailkan sebarang pertanyaan atau tempahan ke warisanhanafi.usj@gmail.com      <<     Hari kelas silat telah ditukar ke hari Selasa & Jumaat, jam 9pm      <<     E-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com     

Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Rabu, November 18, 2009

KESILAPAN KETIKA BERSENAM

KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN SEMASA BERSENAM

Bersenam Keterlaluan
Bersenam berlebih-lebihan dan berterusan setiap hari boleh menjurus kepada kecederaan. Sebaik-baiknya selangkan satu atau dua hari dalam seminggu supaya tubuh dapat berehat dan dipulihkan. Jika anda bersenam berat pada hari ini, lakukan yang lebih ringan pada hari berikutnya.

Tidak memanaskan badan
Gerakkan regangan untuk memanaskan badan perlu setiap kali hendak memulakan senaman. Sekurang-kurangnya selama lima minit.

Beban yang terlalu berat
Jangan terpengaruh menggunakan beban yang berat semata-mata untuk membina otot dengan lebih cepat. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, gunakan beban ringan dengan ulangan yang kerap. Berat dumb-bell seharusnya tidak melebihi satu ataupun satu setengah kilo.

Terlalu cepat dan awal
Jika anda baru mula bersenam, mulakan dengan gerakan yang lembut dan efektif. Misalnya berenang atau berjalan.

Langkah yang silap
Bersenam dalam posisi yang salah bukan sahaja akan menyebabkan kerosakan tubuh malah ia langsung tidak mendatangkan faedah kepada diri anda. Jika anda bersenam sendiri di rumah, pastikan postur tubuh sentiasa dalam keadaan yang betul.


Tidak minum secukupnya
Minum air sebelum melakukan senaman, sewaktu bersenam dan selepas melakukannya.


Makan terlalu sedikit
Tambahkan tenaga dengan kabohidrat beberapa jam sebelum bersenam. Pisang atau pun sandwich adalah pilihan yang baik



Semoga dapat bersenam dengan lebih baik dan sihat selepas ini!

Credits : http://Anizyn.blogspot.com


Segerak Searah!

Baca lagi...

Ahad, November 01, 2009

PEKELILING MMK 2 (2009/2012)

Diambil dari laman web rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia http://utama.silatcekakhanafi.org/


PEKELILING MMK 2 (2009/2012)















26 Oktober 2009

Semua Ahli,
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia,

Semua Pihak Yang Berkaitan.
Tuan/Puan,

SAMAN PEMULA YANG MULIA TUAN GURU HAJI MD.RADZI HAJI HANAFI AL-QADHI

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20hb Oktober 2009 yang lalu telah membuat keputusan menolak permohonan Saman Pemula YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi terhadap Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2006/2009 yang menjalankan proses Siasatan Dalaman terhadap beliau yang tidak mengikut Prinsip Keadilan Asasi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Oleh kerana penolakan ini, YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi telah dinasihatkan oleh peguam beliau untuk meneruskan saman ini diperingkat Mahkamah Rayuan kerana peguam berpendapat terdapat beberapa faktor telah gagal dipertimbangkan dengan sewajarnya.

Sukacitanya turut dimaklumkan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini merupakan satu tindakan peribadi yang diambil oleh YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi terhadap Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2006/2009 dan ianya tidak terkesan terhadap kedudukan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia yang ditadbir secara sah oleh Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2009/2012 yang dipilih melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 28 Mac 2009 yang lalu melalui usul hilang kepercayaan dan menolak kepimpinan Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2006/2009.

Sehubungan itu dengan ini ditegaskan bahawa YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi merupakan Presiden Merangkap Guru Utama, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia yang sah dan diiktiraf oleh pihak persatuan sehingga ke hari ini tanpa sebarang halangan atau injuksi yang ditetapkan oleh mana-mana mahkamah di Malaysia.

Pihak persatuan memohon agar semua ahli bertenang dalam menghadapi provokasi dan kenyataan yang telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan suasana yang tidak selesa dikalangan ahli demi tanggungjawab ketenteraman dan keselamatan terhadap negara.

Sekian, wassalam.


MOHAMAD AMIN BIN ZAINUL ABIDIN
Setiausaha Agung

Baca lagi...

Selasa, Oktober 20, 2009

T-Shirt CENDERAHATI Kelas USJ Tempahan Ke-2!

"Cun weh design ni!"
begitulah komen member2 yang melihat design t-shirt cenderahati (BUKAN T-SHIRT LATIHAN) kelas latihan USJ, hehe. Rekaan t-shirt ini dibuat oleh designer kelas USJ iaitu saudara Ahmad Khalil. Pengeluaran t-shirt ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi memajukan lagi pergerakan kelas latihan USJ. Jika ada sesiapa yang berminat untuk membeli, TEMPAHAN DITERIMA.

Kualiti baju t-shirt ini dijamin (gambar sampel t-shirt akan di'post'kan secepat mungkin), oleh itu harga tempahan bagi sehelai t-shirt adalah RM30.00. Terdapat saiz S, M, L, XL,XXL, XXL (saiz Asia). Butiran lanjut mengenai tempahan ada di bawah. Cetakan t-shirt akan dibuat setelah jumlah tempahan melebihi 20 helai. Jadi, ajak lebih ramai member tempah, lebih cepat tempahan anda akan disiapkan hehe :D


Design depan


Design belakang

Kepada yang berminat untuk membuat tempahan sila e-mailkan butiran [ nama, alamat, e-mail, no. telefon, jumlah tempahan dan saiz ] t-shirt ke warisanhanafi.usj@gmail.com. Setelah pengesahan dibuat, nombor akaun untuk pembayaran akan di e-mailkan kepada anda. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saudara Ahmad Khalil di talian 012 219 3607.
* Penghantaran ke luar daripada Selangor akan di kenakan bayaran tambahan mengikut kadar perkhidmatan penghantaran yang berpatutan.

Baca lagi...

Isnin, Oktober 12, 2009

Open house YM meriah!!

Salam sejahtera!

21 Syawal 1430 H
Taman Melawati KL

Majlis rumah terbuka YM Guru Utama tahun ini diadakan di sebuah banglo di pinggiran ibu kota yang dihadiri oleh ramai ahli-ahli dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


Kemeriahan majlis tersebut disemarakkan lagi dengan adanya pelancaran Jom Silat, Cabaran 1
Dalam 10,000 yang telah dirasmikan oleh YM Guru Utama.

Dan pemberian poster Jom Silat pada YDP negeri seluruh Malaysia untuk disampaikan kepada ahli-ahli di negeri masing-masing.







Inilah Cekak Hanafi,
lagi ditekan, lagi diasak,
makin menjadi-jadi keberaniannya,
bertambah maju dan meningkat semangatnya di dalam memperjuangkan warisan pusaka bangsa.

Tanggal 10.10.10 akan menyaksikan sebuah sejarah yang bakal terukir di pesada dunia dalam dunia persilatan. Nantikan!





Disertakan beberapa gambar semasa sekitar majlis tersebut.

Soft launch

Pelancaran

kami!

Ahli Uitm S.alam

Ajk-ajk yang ayu lagi berdedikasi!

Abang-abang penanggah yang semangat bermain air!

kami lagi!

kami jughok!

Sekian paparan kami untuk entri ini. Semoga api semangat terus membara di dalam jiwa anak-anak murid YM Guru Utama Md Radzi Hj Hanafi di dalam perjuangan Silat Cekak Hanafi.


Hidup Cekak Hanafi!!

Baca lagi...

Jumaat, Oktober 09, 2009

Silat Cekak Hanafi di The Star

Salam sejahtera rakyat jelata CH,

Syukur ke hadrat Illahi, kini Silat Cekak Hanafi telah berada di tatapan mata pembaca The Star di serata negeri. Temuramah dan photoshoot dibuat di rumah persatuan bermodelkan Tuan Faisal a.k.a Tapai dan beberapa ahli-ahli ibu pejabat.



Tahniah dan terima kasih pada saudara Tapai dan semua yang terlibat dari kami di Pusat Latihan USJ di atas sumbangan anda.

Ikuti temuramah tersebut di :

Source: rage.com.my
The world around us is changing, and fast. Young people are embracing trends that sometimes change even before we get our heads around them. But even in this shifting social and cultural landscape, some young people are capable of straddling the modern and traditional. ...

Segerak Searah!

Baca lagi...

Rabu, September 30, 2009

Hujah tentang Nabi Khidir a.s oleh Ustaz Abu Zulfiqar

Assalammualaikum warga CH !

Di dalam kebanyakkan ceramah dan cerita yang telah Tuan Guru sampaikan, pasti ramai di antara ahli-ahli pernah mendengar daripada GU tentang cerita mengenai seorang Nabi Allah yang bergelar Nabi Khidir a.s. Nabi yang menjadi guru kepada salah seorang Ulul Azmi, Nabi Musa a.s. Walaupun Nabi Musa a.s adalah seorang Nabi dan Rasul, namun baginda diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk berguru dengan Nabi Khidir a.s yang bukan seorang rasul.

Di antara fakta mengenai Nabi Khidir a.s seperti diceritakan oleh GU adalah Nabi Khidir a.s juga dikenali sebagai "Rijallulghaib" yang bermaksud lelaki yang hilang. Sehingga kini dipercayai bahawa Nabi Khidir a.s masih lagi hidup dan bertugas, cuma tidak tahu dalam keadaan bagaimana dan di mana.

Di dalam video 4 siri di bawah ini, Ustaz Abu Zulfiqar menceritakan tentang Nabi Khidir a.s dan pendapat-pendapat masyarakat tentang keberadaan beliau, juga ada terselit satu huraian tentang amalan doa mandi silat seperti yang diamalkan oleh ahli-ahli SCH setelah tamat pembelajaran. Semoga kita semua mendapat sedikit manfaat daripada video ini. Selamat mendengar. (nak kata selamat mononton video tersebut takda gamba, :P)

Segerak Searah!


Part 1



Part 2



Part 3



Part 4



Tammat

Baca lagi...

Utusan Aidilfitri



Assalammualaikum warga CH !

Dengan ini, kami dari Pusat Latihan USJ ingin menyusun jari jemari, memohon maaf seandainya ada salah dan silap secara lisan, perbuatan mahupun lintasan hati. Semoga perhubungan di antara kita semua sentiasa erat dan diberkati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Daripada : Seluruh ahli-ahli Pusat Latihan USJ

Baca lagi...

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008