<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Rabu, Disember 31, 2014

Puisi Panglima



"..Semalamku ketemu seorang tua
Wajahnya gelisah
Lirik matanya redup dan dingin
Lalu ia berpesan

Jangan biarkan payung-payung kecil
Berkembang dibawah naungan payung besar
Kelak hujan tiada
Tetapi air melimpah tidak keruan

Katanya lagi
Lihatlah ke dalam dirimu
Renungkan segala tindakan yang lalu
Jangan menuding ke orang lain
Kelak bayangnya membaluti dirimu

Tambahnya lagi
Jadilah seorang pemimpin
Hidupnya bisa memimpin
Biarpun serba kepayahan
Kerana amanah ini
Harus dipikul bersama.."


*sebahagian puisi Catatan Seorang Tua, nukilan NASH A.G, dideklamasikan oleh YM Tuan Guru Dr. Haji Md Radzi Hanafi, Pewaris Mutlak Silat Cekak pada Pada Malam Puisis Pendekar Dewan Bahasa dan Pustaka 31 Disember 1996, 18 tahun yg lalu..
Pesan guru kami ini, untuk renungan diri dan iktibar bersama dalam mengharungi masa2 mendatang dan dugaan2 yg mencabar pada masa kini..

ihsan foto : Hammam Mustafar

0 Ulasan:

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008