<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Selasa, Disember 16, 2008

Rakaman penyerahan mandat persilatan oleh Ishak Itam kepada YM Md Radzi Hj Hanafi

Sekadar renungan bersama





Baca lagi...

Ahad, November 23, 2008

Wali Jantan

Wali Jantan

Wali Jantan merupakan senjata masyarakat melayu. Ia merupakan senjata asli masyarakat melayu yang tidak berasal dari luar negeri.

Penggunaan wali jantan lebih khusus kepada menyerang dan juga mempertahankan diri yang boleh digunakan bersama parang lading atau pun secara sendiri.

Cara pembuatan wali jantan adalah berdasarkan ukuran tertentu anggota badan si pemakai yang hanya diketahui oleh Guru yang mewarisi ilmu tersebut dari Guru yang sebelumnya. Bilamana wali jantan digunakan oleh si pemakainya, serangan yang dituju mampu mengenai sasaran walaupun berada di dalam keadaan gelap. Antara lain kelebihan senjata ukuran sendiri ialah senjata tersebut tidak mudah jatuh atau terlepas dari genggaman si pemakai.

Mata wali jantan berbeza dengan mata pisau, iaitu mata tajamnya menghala ke atas dan muncungnya tirus dan tidak mempunyai bentuk seperti mata pisau biasa (labu pisau).

Di dalam perjuangan Silat Cekak Ustaz Hanafi, Parang Lading dan Wali Jantan merupakan sebuah anugerah yang diberi kepada ahli-ahli tertentu oleh YM Guru Utama.

Wali Jantan bersarung

Wali Jantan

Wali Jantan & Parang Lading


Baca lagi...

Jumaat, Oktober 03, 2008

Selamat menyambut Aidilfitri !

Assalammualaikum w.b.t

Berlalu sudah Ramadhan penuh keberkatan
Digerakkan hamba-hambaNya menjalani suruhan
Diteguhkan Iman bagi menempuh ujian
Kini tibalah Syawal bulan kemenangan

Takbir beralun melunak merdu
Tahmid bergema mendamai Qalbu
Tahlil berulang terasa syahdu
Tanda rasa syukur bersulam rindu

Berderai sudah takungan telaga
Menahan rindu membuku di dada
Tempat asal diam kasihNya
Telah kembali bersultan di jiwa

Kehadiran Aidilfitri disambut bersama
Maaf zahir & batin dipinta dari kami semua
Rahmat & Nikmat dariNya dipohon sentiasa
Untuk Putera dan Puteri Hanafi sekalian yang sebenar-benarnya.

~~~~~
Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi semua warga Cekak Hanafi di bawah pimpinan YM Tuan Guru Hj Md Radzi Hj Hanafi. Semoga lebaran ini menambahkan lagi keImanan, Kesabaran serta Keikhlasan pada hati Muslimin dan Muslimat sekalian. Maaf zahir & batin dari kami di Kelas Latihan USJ & Pusat Latihan Tun Uda Shah Alam.



Segerak Searah!

Wassalam

Baca lagi...

Jumaat, September 12, 2008

Sambutan Isra' Mikraj dan Tahlil 2008

YM Guru Utama Hj Md Radzi bin Hj Hanafi

Sambutan Isra' Mikraj dan Tahlil telah berjalan dengan baiknya pada tanggal 13 Ogos 2008 yang lalu. Sayu juga perasaan bila mengenangkan Almarhum Ustaz Hanafi yang mudah-mudahan telah tenang dan aman di sana, di kampung halamannya yang hakiki.

Sayu bila mengenangkan kita yang masih lagi di alam dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini yang tidak tentu lagi pengakhirannya nanti. Namun mudah-mudahan kita semua diberi petunjuk dan keimanan yang teguh olehNya untuk menempuhi segala rintangan yang akan mendatang kelak. Amin.

Majlis dihadiri oleh ahli-ahli yang kebanyakkanya dari lembah kelang dan sekitarnya, yang berpakaian baju melayu lengkap, berjubah dan juga pakaian kemas sahaja yang berwarna warni mengindahkan lagi pandangan mata pada malam tersebut.


Sedikit cerita yang ingin dikongsikan (menurut pendengaran dan penghayatan kami, sekiranya tersilap maafkan kami) ;

YM telah memberi sedikit ucapan dan pengisian yang berkenaan dengan kejadian mukjizat Nabi Muhammad s.a.w yang di jalankan dan dibawa naik ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha dan Muntadha di dalam tempoh waktu yang singkat. Dan juga tentang keteguhan iman para sahabat khususnya Saidina Abu Bakar As-Siddiq di dalam menghadapi dan juga menerima kenyataan Nabi Muhammad saw tentang pengalamannya Isra' Mikraj tanpa sebarang keraguan, apatah lagi penentangan terhadap kata-kata baginda saw.

Sesi ucapan dan ceramah

Berbeza pula halnya yang berlaku pada bapa saudara baginda iaitu Abu Jahal, yang bukan sahaja tidak mahu menerima kenyataan Nabi saw tersebut, malah menghina dan menuduh lalu memusuhi baginda saw lantaran kerana perkara yang baginya tidak masuk dek akal. Hanya kerana dia tidak melalui pengalaman tersebut maka baginya perkara tersebut mustahil untuk terjadi. Sedangkan selama 40 tahun Nabi Muhammad saw telah bergelar Al-Amin yang membawa maksud Yang Benar.

Namun begitulah busuk dan jahatnya hati Abu Jahal terhadap anak saudaranya sendiri. Lantaran kerana tiada keyakinan dan kepercayaan di hati terhadap insan yang diangkat menjadi Rasul Allah swt, kerana kebimbangan akan posisi kedudukannya di dalam masyarakat yang dibina selama ini dan juga demi menjaga kepentingan diri sendiri yang mungkin akan hancur berkecai maka Nabi saw pun dituduh dan dimusuhi. Lalu perpecahan pun terjadi di antara kaum-kaum Quraish pada waktu itu.

Sesi ucapan dan ceramah

YM berpesan kepada semua murid-muridnya setelah menceritakan kejadian Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Abu Jahal di dalam penerimaan mereka terhadap apa yang Nabi saw sampaikan. "Pilihlah kita untuk menjadi seperti Abu Bakar As-Siddiq ka? Yang mantap keyakinan dan kepercayaannya terhadap Nabi Muhammad saw, sentiasa bersetuju dan meyakini setiap patah perkataan yang diucapkan Nabi saw tanpa sanggahan atau ragu-ragu walau sebesar zarah sekali pun walaupun perkara itu sesuatu yang bersifat mustahil dari segi zahirnya. Ini kerana iman Abu Bakar r.a teguh dan yakin pada baginda saw.

Sesi ucapan dan ceramah
Sesi ucapan dan ceramah

Atau menjadi seperti Abu Jahal yang langsung tidak mahu menerima dan mempercayai baginda saw walaupun baginda saw merupakan anak saudaranya sendiri yang diberi gelaran Al-Amin oleh seluruh masyarakat Quraish dan Arab dan yang telah diyakini akan setiap patah kata-katanya.

Dimana letaknya diri kita di dalam perhubungan dengan seseorang? Maka pilihlah, pilihlah sifat yang baik dan benar seperti Abu Bakar As-Siddiq r.a. Pilihlah sifat beliau walaupun sebesar hujung jari kelingking."

-----

YM Tuan Guru Md Radzi Hj Hanafi, yang telah dan masih lagi difitnah dan dicemuh oleh segelintir puak-puak pelampau, kami berpendapat, bahawa apa yang dibawa oleh YM adalah suatu perkara yang benar dan Hak. Dan YM sendiri adalah benar dan tidak bersalah menurut keyakinan hati kami dan bukti-bukti yang diberi.

Kerana, ramai yang telah banyak berubah dari segi kelakuan, pegangan serta fahaman dan juga peribadi diri sendiri dari jahat kelabu asap kepada baik berbudi dan berperkerti mulia.

Ramai yang telah meninggalkan aktiviti-aktiviti lama yang kebanyakkannya menjurus ke arah kerosakkan sahsiah diri dan peribadi.

Ramai juga telah bertambah kefahaman ilmu agamanya dan lebih kuat pegangan Tauhidnya terhadap Allah swt, lantas jiwa-jiwa ini semakin hampir kepada kebenaran dan kebaikan dan meninggalkan segala sifat-sifat dan tabiat buruk yang pernah menghuni hati sanubari masing-masing sewaktu dahulu. Dan ini semua berlaku dengan izin Allah swt yang dilalukan melalui hasil didikan Hj Md Radzi b. Hj Hanafi.

Terima kasih kami yang tidak terhingga kepada YM Md Radzi Hj Hanafi yang dikasihi.

Begitulah sedikit sebanyak cerita yang dapat dikongsikan di sini. Seandainya ada salah atau silap di mana-mana maafkanlah kekhilafan kami yang lemah ini. Sekadar berkongsi cerita yang didengarkan oleh YM sendiri kepada kami untuk kita semua.

Dan ini adalah gambar-gambar antara beberapa ahli-ahli yang hadir pada malam tersebut ;

Dari kiri : Saudara Romano, Jadwi, Hardi, Hamam, Wak, Mazliza dan Feena
Dari kiri : Saudara Ridwan, Romano, Jadwi, Hamam, Wak, Mazliza dan Feena
Dari kiri : Saudari Elya, Siti dan Saudara Hamam dengan muka keinsafannya :P

Dari kiri : Saudari Feena, Wak, Romano, Jadwi dan Normawati.
Ahli-ahli SCPH

Dengan izin Allah s.w.t, marilah kita bersama-sama mempertahankan kebenaran dengan menanamkan keyakinan terhadap YM Md Radzi yang memimpin perjuangan Silat Cekak Pusaka Hanafi hingga ke hembusan nafas terakhir! Semoga ditetapkan dan disatukan hati-hati kita dalam keimanan dan kebenaran yang teguh di dalam menghadapi fitnah dan ujian yang tak putus-putus mengunjungi perjalanan ini.


Segerak Searah!

Wassalam

Baca lagi...

Rabu, September 10, 2008

Adab-adab Ramadhan

Salam sejahtera, terima kasih diucapkan kepada seorang hamba Allah dari KL USJ kerana sudi berkongsi sumbangan artikel ini pada kita semua. Semoga bolehlah kiranya sumbangan ini membantu memantapkan serta menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita tentang Ramadhan dan yang berkenaan dengannya. Mudah-mudahan mendapat berkah dan petunjuk dariNya. Selamat berpuasa ! :)


-----

Adab-adab Ramadhan


Diriwayatkan dari Umar bin Khaththab r.a. telah bersabda Rasulullah saw: Apabila malam sudah tiba dari arah sini dan siang telah pergi dari arah sini, sedang matahari sudah terbenam, maka orang yang puasa boleh
berbuka.(H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)


Diriwayatkan dari Sahal bin Sa?ad: Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: Manusia (ummat Islam) masih dalam keadaan baik selama mentakjilkan (menyegerakan) berbuka. ( H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)


Diriwayatakan dari Anas r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. berbuka dengan makan beberapa ruthaab (kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk. (H.R.: Abu Daud dan Al-Hakiem)


Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Apabila salah seorang diantara kamu puasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih. ( H.R : Ahmad dan At-Tirmidzi)


Diriwayatkan dari Ibnu Umar : Adalah Nabi saw. selesai berbuka Beliau berdo'a (artinya) telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada Insya Allah. ( H.R : Ad-Daaruquthni dan Abu Daud hadits hasan)


Diriwayatkan dari Anas, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila makan malam telah disediakan, maka mulailah makan sebelum shalat Maghrib, janganlah mendahulukan shalat daripada makan malam itu ( yang
sudah terhidang ). ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )


Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra: Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : Makan sahurlah kalian karena sesungguhnya makan sahur itu berkah. (H.R : Al-Bukhary )


Diriwayatkan dari Al-Miqdam bin Ma'di Yaqrib, dari Nabi saw. bersabda : Hendaklah kamu semua makan sahur, karena sahur adalah makanan yang penuh berkah. ( H.R : An-Nasa'i )


Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit t berkata : Kami bersahur bersama Rasulullah saw. kemudian kami bangkit untuk menunaikan shalat ( Shubuh ). saya berkata : Berapa saat jarak antara keduanya ( antara waktu sahur
dan waktu Shubuh )?Ia berkata : Selama orang membaca lima puluh ayat. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )


Diriwayatkan dari Amru bin Maimun, ia berkata : Adalah para sahabat Muhammad saw. adalah orang yang paling menyegerakan berbuka dan melambatkan makan sahur. ( H.R : Al-Baihaqi )


Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila salah seorang diantara kamu mendengar adzan dan piring masih di tangannya janganlah diletakkan hendaklah ia menyelesaikan hajatnya ( makan/minum sahur ) daripadanya. (H.R : Ahmad dan Abu Daud dan Al-Hakiem )


Diriwayatkan dari Abu Usamah ra. ia berkata : Shalat telah di'iqamahkan, sedang segelas minuman masih di tangan Umar ra. beliau
bertanya : Apakah ini boleh saya minum wahai Rasulullah ? Beliau r.a menjawab : ya, lalu ia meminumnya. ( H.R Ibnu Jarir )


Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan Jibril menemuinya pada setiap
malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan beliau saw. al-qur'an dan benar-benar Rasulullah saw. lebih dermawan tentang kebajikan( cepat berbuat kebaikan ) daripada angin yang dikirim.(HR Al-Bukhary )


Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata : Adalah Rasulullah saw. menggalakkan qiyamullail (shalat malam ) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda : Barang siapa yang
shalat malam di bulan Ramadhan karena beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu. ( H.R : Jama'ah )


Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Nabi saw. apabila memasuki sepuluh hari terakhir ( bulan Ramadhan ) beliau benar-benar menghidupkan malam (untuk beribadah ) dan membangunkan istrinya ( agar beribadah ) dengan mengencangkan ikatan sarungnya (tidak mengumpuli istrinya ).( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )


Diriwayatkan dari Aisyah, ia berkata : Adalah Nabi saw. bersungguh-sungguh shalat malam pada sepuluh hari terakhir ( di bulan Ramadhan ) tidak seperti kesungguhannya dalam bulan selainnya. ( H.R : Muslim )


Diriwayatkan dari Abu salamah din Abdur Rahman, sesungguhnya ia telah bertanya kepada Aisyah ra: Bagaimana shalat malamnya Rasulullah saw di bulan Ramadhan ? maka ia menjawab : Rasulullah saw tidak pernah shalat malam lebih dari sebelas raka'at baik di bulan Ramadhan maupun di bulan lainnya, caranya : Beliau shalat empat raka'at jangan tanya baik dan
panjangnya, kemudian shalat lagi empat raka'at jangan ditanya baik dan panjangnya, kemudian shalat tiga raka?at. ( H.R : Al-Bukhary,Muslim dan lainnya )


Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. apabila bangun shalat malam, beliau membuka dengan shalat dua raka'at yang ringan, kemudian shalat delapan raka'at, kemudian shalat witir. ( H.R : Muslim )


Diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata : Ada seorang laki-laki berdiri lalu ia berkata : Wahai Rasulullah bagaimana cara shalat malam ? Maka Rasulullah r. menjawab : Shalat malam itu dua raka'at dua raka'at. Apabila kamu khawatir masuk shalat Shubuh, maka berwitirlah satu raka'at. ( H.R : Jama'ah )


Dari Aisyah ra. ia berkata : Sesungguhnya Nabi saw shalat di masjid, lalu para sahabat shalat sesuai dengan shalat beliau ( bermakmum di belakang ), lalu beliau shalat pada malam kedua dan para sahabat
bermakmum dibelakangnya bertambah banyak, kemudian pada malam yang ketiga atau yang keempat mereka berkumpul, maka Rasulullah saw tidak keluar mengimami mereka. Setelah pagi hari beliau bersabda : Saya telah tahu apa yang kalian perbuat, tidak ada yang menghalangi aku untuk keluar kepada kalian ( untuk mengimami shalat ) melainkan aku khawatir shalat malam
ini difardhukan atas kalian. Ini terjadi pada bulan Ramadhan. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )


Dari Ubay bin Ka'ab t. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. shalat witir dengan membaca : Sabihisma Rabbikal A'la )dan ( Qul ya ayyuhal kafirun) dan (Qulhu wallahu ahad ). ( H.R : Ahmad, Abu Daud, Annasa'i dan Ibnu Majah )


Diriwayatkan dari Hasan bin Ali t. ia berkata : Rasulullah saw. telah mengajarkan kepadaku beberapa kata yang aku baca dalam qunut witir : ( artinya ) Ya Allah berilah aku petunjuk beserta orang-orang yang telah engkau beri petunjuk, berilah aku kesehatan yang sempurna beserta orang yang telah engkau beri kesehatan yang sempurna, pimpinlah aku beserta orang
yang telah Engkau pimpin, Berkatilah untukku apa yang telah Engkau berikan, peliharalah aku dari apa yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya Engkaulah yang memutuskan dan tiada yang dapat memutuskan atas
Engkau, bahwa tidak akan hina siapa saja yang telah Engkau pimpin dan tidak akan mulia siapa saja yang Engkau musuhi. Maha agung Engkau wahai Rabb kami dan Maha Tinggi Engkau. ( H.R : Ahmad, Abu Daud, Annasa'i,
At-Tirmidzi dan Ibnu Majah )


Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda : Barang siapa yang shalat malam menepati lailatul qadar, maka diampuni dosanya yang telah lalu. ( H.R : Jama'ah )


Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir. (H.R : Muslim )


Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. ia berkata : Dinampakkan dalam mimpi seorang laki-laki bahwa lailatul qadar pada malam kedua puluh tujuh, maka
Rasulullah saw. bersabda : Sayapun bermimpi seperti mimpimu, ( ditampakkan pada sepuluh malam terakhir, maka carilah ia ( lailatul qadar ) pada malam-malam ganjil. ( H.R : Muslim )


Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Saya berkata kepada Rasulullah saw. Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan bila saya mengetahui lailatul qadar,apa yang saya harus baca pada malam itu ? Beliau bersabda : Bacalah ( artinya ) Yaa Allah sesungguhnya Engkau maha pemberi ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku. (H.R : At-Tirmidzi dan Ahmad )


Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw mengamalkan i'tikaf pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan sampai beliau diwafatkan oleh Allah Azza wa Jalla. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )


Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. apabila hendak beri'tikaf, beliau shalat shubuh kemudian memasuki tempat
i'tikafnya.......... ( H.R :Jama'ah kecuali At-Tirmidzi )


Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. apabila beri'tikaf , beliau mendekatkan kepalanya kepadaku, maka aku menyisirnya, dan adalah beliau tidak masuk ke rumah kecuali karena untuk memenuhi hajat manusia ( buang air, mandi dll... ) ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )


Allah ta'ala berfirman : ( artinya ) Janganlah kalian mencampuri mereka( istri-istri kalian ) sedang kalian dalam keadaan i'tikaf dalam masjid. Itulah batas-batas ketentuan Allah, maka jangan di dekati... ( Al- aqarah : 187 )


Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: Setiap amal anak bani Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia adalah untukku dan aku yang memberikan pahala dengannya. Dan sesungguhnya puasa itu adalah benteng pertahanan, pada hari ketika kamu puasa janganlah berbuat keji , jangan berteriak-teriak ( pertengkaran ), apabila seorang memakinya sedang ia puasa maka hendaklah ia katakan :
" sesungguhnya saya sedang puasa" . Demi jiwa Muhammad yang ada di
tanganNya sungguh bau busuknya mulut orang yang sedang puasa itu lebih wangi disisi Allah pada hari kiamat daripada kasturi. Dan bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan, apabila ia berbuka ia gembira dengan bukanya dan apabila ia berjumpa dengan Rabbnya ia gembira karena puasanya. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim)


Diriwayatkan dari Abu Hurairah ia berkata : Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong dan amalan kebohongan, maka tidak ada bagi Allah hajat ( untuk menerima ) dalam hal ia meninggalkan makan dan minumnya. ( H.R: Jama'ah Kecuali Muslim ) Maksudnya Allah tidak merasa perlu memberi pahala puasanya.


Bahwa sesungguhnya Nabi saw. bersabda kepada seorang wanita Anshar yang sering di panggil Ummu Sinan : Apa yang menghalangimu untuk melakukan haji bersama kami ? Ia menjawab : Keledai yang ada pada kami yang satu dipakai oleh ayahnya si fulan (suaminya ) untuk berhaji bersama anaknya sedang yang lain di pakai untuk memberi minum anak-anak kami. Nabi pun bersabda lagi : Umrah di bulan Ramadhan sama dengan mengerjakan haji atau haji bersamaku. ( H.R : Muslim)


Rasulullah sw. bersabda : Apabila datang bulan Ramadhan kerjakanlah umrah karena umrah di dalamnya (bulan Ramadhan ) setingkat dengan haji. ( H.R : Muslim)



KESIMPULAN
Ayat dan hadits-hadits tersebut di atas memberi pelajaran kepada kita bahwa dalam mengamalkan puasa Ramadhan kita perlu melaksanakan adab-adab sbb :



Berbuka apabila sudah masuk waktu Maghrib. ( dalil : 6 ) Sunnah berbuka adalah sbb :



Disegerakan yakni sebelum melaksanakan shalat Maghrib dengan makanan yang ringan seperti kurma, air saja, setelah itu baru melaksanakan shalat. ( dalil : 2,3 dan 4 )

Tetapi apabila makan malam sudah dihidangkan, maka terus dimakan, jangan shalat dahulu. ( dalil : 6 )

Setelah berbuka berdo'a dengan do'a sbb : Artinya : Telah hilang rasa haus, dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap wujud insya Allah. ( dalil : 5 )




Makan sahur. ( dalil : 7 dan 8 ) Adab-adab sahur :



Dilambatkan sampai akhir malam mendekati Shubuh. (dalil 9 dan 10 )
Apabila pada tengah makan atau minum sahur lalu mendengar adzan Shubuh, maka sahur boleh diteruskan sampai selesai, tidak perlu dihentikan di tengah sahur karena sudah masuk waktu Shubuh. ( dalil 11 dan 12 ) * Imsak tidak ada sunnahnya dan tidak pernah diamalkan pada zaman sahabat maupun tabi'in.





Lebih bersifat dermawan (banyak memberi, banyak bershadaqah, banyak menolong) dan banyak membaca al-qur'an ( dalil : 13 )


Menegakkan shalat malam / shalat Tarawih dengan berjama'ah. Dan shalat Tarawih ini lebih digiatkan lagi pada sepuluh malam terakhir( 20 hb. sampai akhir Ramadhan). (dalil : 14,15 dan 16 ) Cara shalat Tarawih
adalah :



Dengan berjama'ah. ( dalil : 19 )

Tidak lebih dari sebelas raka'at yakni salam tiap dua raka'at dikerjakan empat kali, atau salam tiap empat raka'at dikerjakan dua kali dan ditutup dengan witir tiga raka'at. ( dalil : 17 )

Dibuka dengan dua raka'at yang ringan. ( dalil : 18 )

Bacaan dalam witir : Raka'at pertama : Sabihisma Rabbika. Roka't kedua : Qul yaa ayyuhal kafirun. Raka'at ketiga : Qulhuwallahu ahad. ( dalil : 21 )

Membaca do'a qunut dalam shalat witir. ( dalil 22 )





Berusaha menepati lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir, terutama pada malam-malam ganjil. Bila dirasakan menepati lailatul qadar hendaklah lebih giat beribadah dan membaca : Yaa Allah Engkaulah pengampun, suka kepada keampunan maka ampunilah aku. ( dalil : 25 dan 26 )


Mengerjakan i'tikaf pada sepuluh malam terakhir. (dalil : 27 )
Cara i'tikaf :



Setelah shalat Shubuh lalu masuk ke tempat i'tikaf di masjid. ( dalil 28 )

Tidak keluar dari tempat i'tikaf kecuali ada keperluan yang mendesak. ( dalil : 29 )

Tidak mencampuri istri dimasa i'tikaf. ( dalil : 30)





Mengerjakan umrah. ( dalil : 33 dan 34 )


Menjauhi perkataan dan perbuatan keji dan menjauhi pertengkaran. (dalil : 31 dan 32 )

dipetik daripada www.bharian.com.my

Baca lagi...

Isnin, September 01, 2008

Ramadhan membuka tirai

Assalammualaikum w.b.t,

Selamat datang wahai bulan yang mulia,

Selamat datang wahai bulan keberkatan,

Selamat datang wahai bulan kesyukuran..


Alhamdu Lillah,

Ramadhan kembali lagi membuka tirainya pada kita yang masih bernafas di atas muka bumi Tuhan ini. Syukur ke hadrat Illahi di atas segala rahmat kurniaNya, yang memberi izin kita hidup sehingga ke hari ini untuk dapat mengecapi keindahan rahmat bulan Ramadhan yang penuh berkah dan keampunan.

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk mengerjakan ibadah dan ditetapkan iman di atas agama Islam yang mulia hingga ke akhirnya. Amin.

-----

Kelas Latihan USJ mengucapkan Selamat berpuasa pada semua warga Cekak Hanafi di bawah pimpinan YM Md Radzi Hj Hanafi khususnya dan kepada seluruh umat Islam. Semoga berada di bawah pengawasanNya sentiasa dan diselamatkan di dunia dan akhirat.

Kelas latihan USJ dan Masjid Tun Uda akan bergabung kelas pada bulan puasa ini, di mana kelas latihan akan diadakan di USJ pada setiap hari jumaat sahaja pada jam 10 mlm.

Sebarang pengumuman tentang aktiviti persatuan atau kelas akan diumumkan kelak. Sama ada yang melibatkan YM Guru Utama atau tidak.

Semoga Allah s.w.t memberikan rahmat dan hidayah pada kita semua pada bulan penuh rahmat ini. Dan semoga dikuatkan iman dalam menjalani ibadah Ramadhan Al Mubarrak serta berkekalan sehingga ke bulan-bulan seterusnya. Amin.


Salam Ramadhan!


Segerak Searah!

Baca lagi...

Khamis, Ogos 28, 2008

Tahniah! Congrates! Syabas! Well done! Baguih dok ada! Hohoho

Assalammualaikum para pejuang dan pendokong Silat Cekak Pusaka Hanafi.

27 Ogos 2008

Majlis ijazah telah berlangsung dengan lancar dan teratur di rumah persatuan keramat kuala lumpur. Walaupun ramai yang lewat tiba ke majlis lantaran hujan lebat yang tiada henti, namun YM tenang menunggu kedatangan murid-muridnya yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Alhamdulillah tiada yang kena marah kerana hadir lewat ke majlis malam itu.

Tahniah dan syabas kepada Saudara Mohd Firdaus Ramli dan Abdullah Ahmad Hamdan kerana telah berjaya ke peringkat tamat sementara Saudara Rahmat pula telah berjaya diijazahkan ke peringkat rahsia, atau juga dikenali dengan peringkat potong. Bangga kami melihat kesungguhan dan dedikasi saudara bertiga kerana bersungguh sungguh mencuba untuk ke majlis ijazah walau berbagai dugaan mendatang. Tahniah dan selamat maju jaya pada peringkat seterusnya!

-----

Berkenaan dengan perihal kelewatan ke majlis atau tidak menepati janji seperti yang terjadi pada malam tersebut,namun dimaafkan oleh sebab sebab yang benar benar tidak dapat di elakkan, saya kongsikan sedikit cerita dari beberapa member member lama yang seangkatan yang pernah menceritakan pada saya satu waktu dulu.

Pernah sekali terjadi di rumah persatuan Bangi, sekumpulan murid yang sepatutnya tiba awal untuk ijazah pada malam tersebut datang lewat. Sehingga YM tertunggu tunggu kedatangan mereka untuk jalankan ijazah. Bukan sorang dua yang lewat, satu gerombolan semuanya lewat! Walaupun waktu telah diberitahu awal awal supaya datang tepat pada masa, tapi tetap lambat jugak. Ini kalau bawak perang, memang SAH kalah!

Keputusannya YM tidak jadi untuk meneruskan ijazah pada malam tersebut dan dia angkat kaki lalu pulang. Terpinga tertunduk lah murid2 tersebut oleh kerana kesalahan diri sendiri lantaran kerana sikap yang kurang mementingkan ketepatan berjanji dan tidak ambil berat tentang pengurusan masa. Mungkin mereka anggap janji itu satu perkara yang remeh. Maka, terimalah habuannya oleh insan yang bergelar Guru.

Begitulah seingat ingat saya cara cerita itu diceritakan pada saya, jikalau ada saya tersilap maafkan lah saya. Saya sekadar berkongsi cerita. Bukan untuk memburukkan atau menaikkan mana mana pihak. Nama kelas tersebut saya tidak nyatakan di sini. Cukup sekadar perkara itu menjadi sebuah pengajaran bagi kita yang masih hidup ini. Agar kita boleh cuba berikhtiar untuk menjadi seorang insan yang memilikki sifat amanah dan menepati janji bila berjanji. Dan
agar kita boleh memperbaiki lagi keadaan diri kita yang serba kekurangan ini menjadi lebih baik lagi. Kita boleh! Yah!

-----

Seperti yang YM terapkan di dalam pengisian Cekak Hanafi, tentang pentingnya bagi seorang manusia memiliki salah satu sifat Nabi Muhammad s.a.w. Seperti yang kita tahu iaitu, SIDDIQ AMANAH TABLIGH FATANAH. Kalau kita dapat memiliki salah satu dari yang empat ini pun dah cukup bagus, apakan lagi memilikki ke empat empatnya. Namun apa yang mampu kita lakukan ialah berusaha sedaya mungkin, dan biarlah keputusannya ditentukan oleh Yang Maha Esa.

Pentingnya berguru dengan Guru yang Mursyid dan Siddiq, kerana keberkatan Guru ini yang akan kita tumpang untuk memahami hakikat dunia dan hidup ini. Maka seharusnyalah kita wajib merasa bersyukur dan berterima kasih pada ALLAH s.w.t khususnya kerana mentakdirkan untuk bertemu dengan Guru Utama yang dikasihi, Hj Md Radzi b. Hj Hanafi dan masih kekal bersama beliau. Lain orang lain bahagiannya, tetapi ini bahagian kita. Lain orang lain pula tanggapannya terhadap Guru Utama, tetapi ini tanggapan kami. Terima kasih kami pada Tuan Guru yang banyak mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit bagi membimbing anak anak murid yang terkapai kapai di lautan dunia ini. Jasa dan budi Tuan Guru tidak dapat kami balas walau kaya mana sekalipun harta kami. Semoga Allah s.w.t memudahkan segala galanya bagi Tuan Guru sekeluarga.

-----

Dengan izin Allah s.w.t, semoga kita semua yang masih diberi peluang untuk tetap bersama YM di dalam perjuangan Silat Cekak Pusaka Hanafi ini, diberikan taufiq dan hidayah serta kekuatan dan sifat istiqomah untuk berusaha sedaya mungkin bagi membaiki lagi keadaan diri kita, untuk menjadi yang lebih baik mengikut jejak sifat Nabi Yang Mulia, Muhammad Rasullulah, sekaligus memberi kesan kepada masyarakat di sekeliling kita. Dan semoga kita diberi petunjuk dan hidayah untuk terus kekal di atas jalan yang benar bersama YM yang dikasihi di dalam perjuangan ini.


Teruskan perjuangan, pendokong pendokong Cekak Hanafi, yang baru dan juga yang lama, di dalam menegakkan kebenaran yang hakiki!



HIDUP CEKAK HANAFI!

Segerak Searah!


~~~~~

Pesan YM : "Berusaha lah kamu semampunya, yang kamu tidak boleh jadi hanyalah Nabi sahaja. Apa sahaja di bawah peringkat Nabi, boleh lah kamu berusaha untuk mencapainya."


Wassalam.

Baca lagi...

Sabtu, Ogos 23, 2008

Matlamat dan Nilai nilai murni

Matlamat Dan Nilai-nilai Murni

Matlamat Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia


*Untuk mendaulat dan menanam rasa cinta kepada kebudayaan pusaka asli bangsa melayu selaras dengan teras kebangsaan dan dasar kebudayaan

*Untuk membasmi dan menentang segala bentuk kefahaman, imu ghaib, tahyul dan khurafat yang sememangnya bercanggah dengan ajaran Islam.


~~~~~

Nilai-nilai murni


*Menanamkan semangat percayakan diri sendiri di mana kitalah yang bertanggungjawab menjaga diri sendiri.


*Menanamkan semangat untuk sentiasa mengenang dan membalas budi terutama kepada Guru, Ibu dan Bapa.

*Menganjurkan semangat setiakawan, perpaduan dan kekuatan.


*Menanamkan sifat-sifat keberanian, bercakap benar, beramanah dan bijaksana.


Baca lagi...

Khamis, Ogos 21, 2008

Ringkasan Persilatan

Silat Cekak Hanafi ialah sejenis silat bela diri yang benar-benar asli, bukannya sejenis silat permainan atau Silat Olahraga.

Silat Cekak Hanafi mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dengan mempunyai buah-buah pukulan dan kunci-kunci tangkapan yang cukup dan kemas. Pergerakan dan sistem silat ini adalah berasaskan gerak geri semulajadi manusia yang berdasarkan fikiran yang sihat, jiwa yang tenang dan nyata kesesuaiannya dengan prinsip agama Islam.

Pelajarannya lebih menitikberatkan dari segi mempertahankan diri supaya terlatih dengan keberanian, bukan mengganas atau menceroboh. Hanya bila terpaksa demi keselamatan diri barulah Silat Cekak Hanafi menyerang.

Silat Cekak Hanafi menunggu serangan dengan berdiri lurus( berdiri sembahyang ) dan tidak mengelak ke kiri dan ke kanan bahkan mara ke hadapan di dalam gerak yang satu, makan gerak dalam gerak, sebab sebenarnya hakikat Silat Cekak Hanafi ialah Silat Gerak.

Yang paling istimewa dan ganjil sekali di dalam kaedah serangannya; dikala ia menyerang dan jika musuh mengelak, pasti kena dan sekiranya ditepis pula pasti dimakannya. Tambahan pula sambil menyerang ia dapat menangkap (Cekak menyerang, Cekak menangkap ).

Penuntut-penuntut menangkis pukulan dan tikaman senjata-senjata dengan tangan kosong sahaja. Matlamat Silat Cekak Hanafi ialah menangkis pukulan senjata-senjata sambil dapat merampas senjata lawan.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN

Silat Cekak Hanafi diajar secara berpakej dan diajar sehingga tamat. Dalam kaedah biasa, pakej sehingga tamat silat ini dapat disempurnakan di dalam tempoh 6 bulan. Tempoh ini boleh diselaraskan dengan keperluan sesuatu kelas seperti di sekolah- sekolah atau di pusat-pusat pengajian tinggi. Selapas tamat, penuntut -penuntut boleh meningkatkan kemahiran secara bersendirian atau mengikuti kelas-kelas kemahiran yang diadakan dari masa ke semasa.

Sebagai silat yang berasaskan gerakan seni, maka ia tidak memerlu dan tidak menekankan keperluan kekuatan dan tenaga luar biasa untuk mengalahkan musuh.

Kaedah pembelajaran bersistematik dan tidak menerukkan diri dan membolehkan penuntut mempertahankan diri walaupun di tempat-tempat yang sempit seperti di atas papan sekeping.


PANTANG LARANG

  • Tidak menderhaka kepada guru
  • Tidak menderhaka kepada ibu
  • Tidak menderhaka kepada bapa
  • Tidak bergaduh sesama ahli
  • Tidak mencaci silat melayu asli yang lain.

Buah-buah silat.

Terdapat 21 buah kesemuanya di dalam sistem pembelajaran Silat Cekak Hanafi. Kaedah asas dibahagi kepada 4 iaitu:

Kaedah A adalah diilhamkan daripada gerakan doa.Daripada kaedah doa ini maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak Hanafi sebanyak 11 buah iaitu:

Buah Pertama,Buah Kilas Belakang,Buah Kidung Kiri,Buah Hentak,Buah Ali Patas Atas,Buah Ali Patah Sudah Pecahan Pertama,Buah Selendang,Buah Paras,Buah Keputusan Pasong Kemanga,Buah Luncur,Buah Siku Potong.

Kaedah B adalah diilhamkan dari gerakan Qiam dalam sembahyang.Daripada kaedah Qiam ini maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak Hanafi sebanyak 5 buah iaitu:

Buah Keputusan Gayung Fatani,Buah Keputusan Sendeng Atas,Buah Kuntau Jatuh,Buah Gari,Buah Ali Patas Sudah Pecahan Kedua.

Kaedah C adalah diilhamkan dari gerakan rukuk dalam sembahyang.Daripada kaedah rukuk ini maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak Hanafi sebanyak 3 iaitu:

Buah Kilas Hadapan,Buah Keputusan Terlak,Buah Keputusan Lintau

Kaedah D adalah diilhamkan oleh gerakan takbiratul ihram dalam sembahyang.Daripada gerakan itu maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak hanafi sebanyak 1 iaitu:

Buah Hempok.


Share

Baca lagi...

Pantun Silat Cekak Hanafi

PANTUN CEKAK HANAFI


Lahirnya Cekak kerana kesedaran
Bukan bermusuh sebagai tujuan

Untuk mendaulatkan seni kebangsaan
Menyesuaikan dengan makna kemerdekaan.


Silat Cekak benar-benar asli

Tidak bercampur hak luar negeri
Hendaklah belajar sesungguh hati

Untuk menjaga diri sendiri.


Wajiblah menjaga diri sendiri

Menerima amanah tuhan Rabbi
Supaya menjadi mukmin sejati

Demi menegak Islam yang suci


Silat Cekak tersangatlah mudah
Bagi mereka yang mendapat hidayah

Sungguhpun begitu hendaklah tabah

Insya Allah mendapat faedah.


Silat Cekak pada lahirnya
Pengertian gerak pada batinnya

Hendaklah mahir seluruh anggotanya

Hendaklah jujur pada jiwanya.


Sebenar guru ada Hakikat
Dikuat pula amalan Syariat

Ditambah pula Ilmu Maarifat

Berpakaian pula dengan isyarat.


Taat ke guru membawa berkat
Sedikit belajar banyak yang dapat

Jika menderhaka menjadi mudarat

Semua ilmu tiada yang lekat.


Dua ibu bapa tak boleh derhaka
Besar jasanya pada kita

Kalau menderhaka bahaya menimpa

Di akhirat kita masuk neraka

Baca lagi...

Isnin, Ogos 18, 2008

Kenduri kahwin Yusri dan Wahida

Yusri & Wahida, tenaga pengajar Kelas Latihan Intec Sek 18 Shah Alam.

Berakhir sudah perjuangan menempuh zaman bujang. Majlis berlansung dengan meriah dan berjaya di Dewan MPS Gombak.

Alhamdu Lillah bertemu jodoh di jinjang pelamin pada 16 ogos 2008. Tahniah pada anda berdua!

Yusri, berhati hati membelah lemang. ;)

Mazliza dan Wak

Khaidil dan Teacher Tina

Jejaka jejaka Pusat Latihan Masjid dan Intec

Mazliza dan Shidi, korang bila pulak nak naik pelamin? Kelihatan Shidi malu malu di sebelah pasangannya..nak kawin la tu

Pesan wak : Ko jangan guna keris ni mlm nanti koboi, mati anak orang nanti. Guna keris ko yang asli tu.
Yusri : baik wak.

Hadi dengan gaya ayu malu malu dengan beg tangan manja

Antara ahli ahli SCH yang hadir di majlis

Saudara Romano, Wak dan Kak Ros sedang menikmati nasi minyak yang enak sekali

Kelas Masjid, Usj dan Intec. Majmuk sungguh.

En Hardi Emrie dan anaknya Namnan

Kelas Masjid dan PTPL S.alam

ZamTek dan Sani dari Pusat Latihan Ibu Pejabat

Kami dari Kelas Usj mengucapkan tahniah pada pengantin dan semoga jodoh akan terus berkekalan hingga ke akhirnya. Dan sentiasa dilindungi Tuhan di bawah lembayung rahmatNya.

Amin

Baca lagi...

Ahad, Ogos 17, 2008

Terpesona pada pagi yang mulia

Gerhana bulan pada malam Nisfu Sya'aban



Sedang kami melepakkan diri sambil menghirup teh tarik di kedai mamak Sah Maju, dengan diterangi lampu lampu neon tepi jalan yang memberi effect yang cantik pada gamba gamba tanpa flash, kami dipersonakan dengan kejadian gerhana/pembetukkan bulan sabit pada jam 3-4 pagi itu.

Pembentukan gerhana bulan/bulan sabit itu kami saksikan live terus dari kerusi kedai mamak tersebut. Membentuk seperti bulan sabit, semakin lama semakin mengecil tapi terang bercahaya. Kami ternganga melopong menyaksikan kejadian alam yang live di depan mata itu. Hebat sungguh kuasa Tuhan.

Maksud di sebalik kejadian malam yang mulia tersebut tidak dapat di ertikan. Namun, pasti ada maksud tersembunyi tentang mengapa terjadi perkara yang jarang berlaku itu pada malam dan bulan yang mulia ini.

Dan gambar gambar tersebut berjaya dirakamkan !


Pembentukkan bulan sabit/gerhana bulan pada malam Nisfu Sya'aban







Wajah-wajah terpegun : Saudara Faizal Romano


Wajah-wajah terpegun: Saudara Wak



Wajah-wajah terpegun: Saudara Ahmad Khalil



Wajah-wajah terpegun: Saudara Fazli a.k.a Tam

Apakah sebenarnya rahsia solat sunat gerhana bulan yang Nabi Muhammad saw kita anjurkan?

Kenapa pula ada doa yang khusus untuk kejadian gerhana bulan tersebut?

Apakah sebenarnya cerita disebalik kejadian gerhana bulan ini yang perlu kita fahami?

Adakah kejadian gerhana bulan ini sebagai tanda akan berlakunya sesuatu?

Apa pula kaitannya dengan posisi kedudukan Ka'abah?

Penemuan apakah yang telah dirungkai di dalam bidang astonomi islam tentang kejadian gerhana bulan ini?

-----

Semoga Allah s.w.t memberi petunjuk dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat bagi memantapkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita di atas segala kejadian yang ditunjukkan.

Dan semoga Allah s.w.t memelihara hati hati kita dari syirik, kufur dan sesat yang nyata mahupun yang tersembunyi. Dan diselamatkan di dunia dan akhirat.

Semoga apa yang diberi pada kita tidak menjadi sia sia kerana kejahilan kita.

Amin.

Baca lagi...

Sabtu, Ogos 16, 2008

Sambutan Malam Nisfu Sya'aban

Assalamualaikum,

Malam Nisfu Sya'aban

Malam 15 Syaaban (16 Ogos 2008 selepas maghrib dah masuk malam nisfu sya'aban, kalau nak puasa sunat, pada esok nya, ahad 17 Ogos 2008) atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa.

Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan
memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal.

Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.


Doa Malam Nisfu Syaaban.


Ertinya : Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan. Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia. Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya : "Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz."


Banyakkan berzikir taubat Nabi Yunus : Laa ila hailla anta subhaa naka innii kuntu minaz zholimiin


Yang bermaksud
: Tiada Tuhan yang sebenar-benarnya malainkan Engkau jua. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari golongan orang yang menzalimi diri sendiri.


Lahaula wala quwata illa billa hil aliyil adzhimm.


Dijemput semua ahli ahli SCH ke majlis sambutan Nisfu Sya'aban di rumah persatuan keramat KL pada 16 ogos 2008. Bermula di sana jam 7.15 mlm untuk solat jemaah maghrib bersama sama dan terus dengan bacaan yassin sebanyak 3 kali, Solat Isha' dan juga solat hajat. Berkemungkinan YM Guru Utama akan hadir untuk bersama sama meraikan malam yang mulia penuh berkat ini. Jumpa di sana.

Baca lagi...

Jumaat, Ogos 15, 2008

Pengumuman! Posto! Posto!

Assalammualaikum w.b.t

Dengan ini diumumkan bahawa saudara Mohd Zul Iqram b. Mohd Razalli dengan rasmi nya dilantik kembali untuk menyandang tugas sebagai pembantu penyelia yang hensem lagi berdedikasi di Kelas Latihan USJ Subang Jaya bagi menggantikan tempat saudara Ammar b Ahmad yang memohon untuk berehat sementara.

Diharap dapatlah kiranya kita semua memberi kerjasama yang padu kepada En Mohd Zul Iqram ataupun lebih mesra dikenali dengan panggilan Zul Bob bagi memudahkan beliau menjalankan tugas di sini. Semoga dipermudahkan segala urusan.


Dari kiri belakang : Hardi Emrie, Shah Ali, Zul Bob.

Dari kiri depan : Ahmad Khalil, Saiful G dan Mohd Faizal Romano

Dari kiri : Zulbob, Adam Muhammad, Faizal Romano
p/s : Ini je gamba-gamba yang berjaya dikesan yang ada gambar Zulbob. Puas geledah tak jumpa.ceh.

...Sekali terjumpa gambar di bawah ni dalam cd..

Mohd Zul Iqram Mohd Razalli
B
elek punya belek sekali jumpa daa gamba ni..bob, ko kene belanje teh tarik ni penat cari gamba ko ni. haha


Kepada saudara Zulbob, kami dengan berbesar hati mengalu alukan sumbangan anda yang tidak berbelah bagi untuk mengembangkan lagi sayap persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi di bawah pimpinan YM Hj Md Radzi Hj Hanafi khususnya di Kelas Latihan USJ ini. Semoga perhubungan dan perjuangan anda dan ahli-ahli yang lain tetap subur berkekalan hingga ke akhirnya.

Tahniah dan selamat berbakti!


Segerak Searah!

Baca lagi...

Selasa, Ogos 12, 2008

Kenduri Tahlil Ust Hanafi dan Sambutan Isra Mi'raj


Sila click banner untuk gambar penuh.


Mari kita sama-sama meluangkan sedikit masa untuk mengingati dan menghormati serta menghadiahkan sedikit amalan yang tak seberapa kepada Pengasas Silat Cekak Hanafi, Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad di rumah persatuan seperti tertera di atas.

Sekaligus mengambil peluang untuk mengutip mutiara mutiara kata yang bakal diucapkan oleh YM pada malam tersebut bersempena dengan sambutan Isra Mi'raj.

Bersama-sama kita menjadi murid yang kenang jasa kepada Guru yang mursyid walaupun dia telah tiada. Berbaktilah kita kepada penggantinya yang diwariskan secara hak dan benar. Guru Utama YM Md Radzi Hj Hanafi.

YM Guru Utama Hj Md Radzi Hj Hanafi


Almarhum Ustaz Hj Hanafi Hj Ahmad

Mari kita bersama YM Guru Utama di dalam majlis kenduri tahlil ini. Jasa mereka berdua tidak akan pernah dapat dibalas, semoga dengan cara menghadiahkan amalan yang tak seberapa ni mudah mudahan dapatlah kita membalas budi serta mengenang jasa Guru dan Almarhum Ustaz yang tercinta ini sedikit sebanyak. Semoga kita terus mendukung perjuangan suci ini bersama sama guru yang benar dan yang hak.



Semoga Allah s.w.t memberkati keluarga Almarhum seluruhnya dan memberi kekuatan dan kesabaran pada YM Guru Utama. Al-Fatihah.


Mari kita ke sana!

*Berkumpul di surau usj9 jam 7.50 mlm. Kita akan gerak jam 8mlm tepat.
*Sumbangan untuk makan adalah sebanyak rm10 seorang

Baca lagi...

Khamis, Julai 31, 2008

Ulangtahun Kelahiran Abg Md! (Updated!)

Wajah wajah YM Guru Utama yang dikasihi

Majlis ulangtahun YM berjalan lancar dan meriah sekali. Alhamdulillah. Ramai yang hadir bagi menyambut ulnagtahun Guru yang di cintai.

Kelas Latihan USJ telah bersepakat untuk menyumbang sesama ahli untuk memberi hadiah yang tak berapa nak mahal buat Guru yang telah banyak menabur budi.






Hadiah kami yang tidak seberapa itu tidak dapat untuk membayar balik segala tunjuk ajar dan bimbingan yang telah dan masih diberi oleh YM Guru Utama walau sehela nafas atau sekerdip mata pun.

Antara ahli kelas USJ yang hadir

Semoga Tuan Guru terus berjaya dalam mentadbir dan membimbing kami ke arah yang benar dan lurus menuju kepada Hak Nya. Terima kasih kami yang sedalam dalamnya kepada YM Tuan Guru kerana memberi ruang buat kami menimba ilmu yang bermanfaat lagi benar.



Selamat hari lahir yang ke 47 Tuan Guru !!



Click sini untuk view album
Ulangtahun Y.M


Baca lagi...

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008