<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Rabu, Disember 31, 2014

S.O.S



MISI PENTING

Bantuan dari anda amat diperlukan untuk membantu mangsa banjir di pantai timur.

Hubungi nombor tertera.

JOM BANTU!
Share

Baca lagi...

Puisi Panglima



"..Semalamku ketemu seorang tua
Wajahnya gelisah
Lirik matanya redup dan dingin
Lalu ia berpesan

Jangan biarkan payung-payung kecil
Berkembang dibawah naungan payung besar
Kelak hujan tiada
Tetapi air melimpah tidak keruan

Katanya lagi
Lihatlah ke dalam dirimu
Renungkan segala tindakan yang lalu
Jangan menuding ke orang lain
Kelak bayangnya membaluti dirimu

Tambahnya lagi
Jadilah seorang pemimpin
Hidupnya bisa memimpin
Biarpun serba kepayahan
Kerana amanah ini
Harus dipikul bersama.."


*sebahagian puisi Catatan Seorang Tua, nukilan NASH A.G, dideklamasikan oleh YM Tuan Guru Dr. Haji Md Radzi Hanafi, Pewaris Mutlak Silat Cekak pada Pada Malam Puisis Pendekar Dewan Bahasa dan Pustaka 31 Disember 1996, 18 tahun yg lalu..
Pesan guru kami ini, untuk renungan diri dan iktibar bersama dalam mengharungi masa2 mendatang dan dugaan2 yg mencabar pada masa kini..

ihsan foto : Hammam Mustafar

Baca lagi...

Selasa, Disember 30, 2014

Hari Silat Cekak Pusaka Hanafi


Sambutan Hari Silat Cekak Pusaka Hanafi berlangsung dengan meriah dan jayanya!
Sempena menyambut ulantahun ke-49 lahirnya Silat Cekak ini maka majlis sambutan diadakan. Ahli-ahli dari jauh dan dekat datang bagi menyambut hari bersejarah ini. Di samping itu ahli-ahli beroleh manfaat dalam ucapan dan pesanan YM Tuan Guru Sheikh Hj Md Radzi Hanafi untuk dapat  menghayati serta menghargai dengan lebih baik lagi tujuan dan matlamat Silat Cekak pada diri serta masyarakat.

Skuad persembahan tangkas bersilat di atas pentas!

Serangan umum ramai lawan seorang!

gambar kenangan bersama Dato Johari 

Hadirin

Pewaris Mutlak Silat Cekak bersama VIP Dato Johari

view dari pentas

Sekeluarga mempelajari Silat Cekak

Srikandi

Pewaris Mutlak Silat Cekak YM Sheikh Dr Hj Md Radzi Hanafi

Selfie berjemaah hehe

antara wajah-wajah keluarga Silat Cekak 

........

Majlis berakhir dengan sesi bual mesra sesama ahli sekaligus merapatkan lagi ukhwah sesama ahli. Tidak lupa juga sesi bergambar di sana-sini hehe.

Akhir kalam,

Silat bukan sekadar bersilat,
Silat datang bersama amanah,
Amanah pada diri dan agama,
Demi menjadi Insan berguna.

Satu Suara Satu Hati.

Share

Baca lagi...

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008