<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

↑ Grab this Headline Animator



Khamis, Januari 01, 2015

Silat Cekak Pusaka Hanafi: Silat dan Agama

Silat Cekak Pusaka Hanafi: Silat dan Agama



 Share

Baca lagi...

Rabu, Disember 31, 2014

S.O.S



MISI PENTING

Bantuan dari anda amat diperlukan untuk membantu mangsa banjir di pantai timur.

Hubungi nombor tertera.

JOM BANTU!
Share

Baca lagi...

Puisi Panglima



"..Semalamku ketemu seorang tua
Wajahnya gelisah
Lirik matanya redup dan dingin
Lalu ia berpesan

Jangan biarkan payung-payung kecil
Berkembang dibawah naungan payung besar
Kelak hujan tiada
Tetapi air melimpah tidak keruan

Katanya lagi
Lihatlah ke dalam dirimu
Renungkan segala tindakan yang lalu
Jangan menuding ke orang lain
Kelak bayangnya membaluti dirimu

Tambahnya lagi
Jadilah seorang pemimpin
Hidupnya bisa memimpin
Biarpun serba kepayahan
Kerana amanah ini
Harus dipikul bersama.."


*sebahagian puisi Catatan Seorang Tua, nukilan NASH A.G, dideklamasikan oleh YM Tuan Guru Dr. Haji Md Radzi Hanafi, Pewaris Mutlak Silat Cekak pada Pada Malam Puisis Pendekar Dewan Bahasa dan Pustaka 31 Disember 1996, 18 tahun yg lalu..
Pesan guru kami ini, untuk renungan diri dan iktibar bersama dalam mengharungi masa2 mendatang dan dugaan2 yg mencabar pada masa kini..

ihsan foto : Hammam Mustafar

Baca lagi...

Selasa, Disember 30, 2014

Hari Silat Cekak Pusaka Hanafi


Sambutan Hari Silat Cekak Pusaka Hanafi berlangsung dengan meriah dan jayanya!
Sempena menyambut ulantahun ke-49 lahirnya Silat Cekak ini maka majlis sambutan diadakan. Ahli-ahli dari jauh dan dekat datang bagi menyambut hari bersejarah ini. Di samping itu ahli-ahli beroleh manfaat dalam ucapan dan pesanan YM Tuan Guru Sheikh Hj Md Radzi Hanafi untuk dapat  menghayati serta menghargai dengan lebih baik lagi tujuan dan matlamat Silat Cekak pada diri serta masyarakat.

Skuad persembahan tangkas bersilat di atas pentas!

Serangan umum ramai lawan seorang!

gambar kenangan bersama Dato Johari 

Hadirin

Pewaris Mutlak Silat Cekak bersama VIP Dato Johari

view dari pentas

Sekeluarga mempelajari Silat Cekak

Srikandi

Pewaris Mutlak Silat Cekak YM Sheikh Dr Hj Md Radzi Hanafi

Selfie berjemaah hehe

antara wajah-wajah keluarga Silat Cekak 

........

Majlis berakhir dengan sesi bual mesra sesama ahli sekaligus merapatkan lagi ukhwah sesama ahli. Tidak lupa juga sesi bergambar di sana-sini hehe.

Akhir kalam,

Silat bukan sekadar bersilat,
Silat datang bersama amanah,
Amanah pada diri dan agama,
Demi menjadi Insan berguna.

Satu Suara Satu Hati.

Share

Baca lagi...

Sabtu, November 15, 2014

Come back!


Assalammualaikum w.b.t, Salam hormat pada semua. Blog ini sedang dalam usaha untuk 'dihidupkan' semula. Stay tuned! Share

Baca lagi...

Khamis, Julai 14, 2011

Majlis Ijazah

As Salam,

Pada 29 Julai 2011 akan diadakan Majlis Ijazah Pengambilan Ahli Baru di USJ pada jam 8.30 malam. Kepada yang berminat untuk mempelajari Seni Silat Melayu Asli iaitu Silat Cekak Ustaz Hanafi atau ingin mengetahui lebih lanjut, bolehlah hubungi kami di talian yang tertera ya! :)~


Bagi kelas-kelas yang akan turut serta, mohon confirmkan bilangan ahli untuk peringkat ijazah asas dengan saudara Mohd Syahdan Idrus di talian 019-750 2721


Dan juga kepada yang pernah menghubungi kami untuk bertanyakan tentang tarikh pengambilan terbaru, diharap dapat hubungi kami semula segera untuk pengesahan kehadiran. Nombor-nombor Tuan/Puan/Cik yang pernah menghubungi saudara Hammam tidak dapat dikesan lantaran kerosakan handphone. Mohon maaf ya :)

Sebarang pertanyaan hubungi :

Faizal Romano 013-2820 721

Hammam 019-367 4670

Firdaus 013-2117 507

Khalil 019-302 9627

Cik Normawati 012-215 6452


JOM SILAT!



Share

Baca lagi...

Khamis, Jun 16, 2011

Pantun

Sebelum Adam menjejak Dunia
Wajiblah lengkap ilmu di dada
Hendaklahlah mahir seluruh anggota
Sentiasa jujur pada jiwanya,

Dengan Ilmu diberinya Dunia
Dengan Ilmu terpelihara Nyawa
Tanpa Ilmu akan bertuhankan Dunia
Tanpa Ilmu akan tergadai Nyawa,

Seni Silat bukan sebarang cerita
Zaman berganti tetap berjasa
Indah seninya, mudah gerak gerinya
Menjadi selamat nyawa, bangsa dan agama,

Tahyul khurafat musuh yang utama
Demi menegak kalimah Yang Esa
Pelajarilah silat sepenuh Jiwa dan Raga
Supaya menjadi Insan berguna..~


JOM SILAT CEKAK HANAFI!


Baca lagi...

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008