Hari Silat Cekak Pusaka Hanafi
Share Baca lagi...
Assalammualaikum w.b.t,
Salam hormat pada semua.
Blog ini sedang dalam usaha untuk 'dihidupkan' semula.
Stay tuned!
Share
As Salam,
Pada 29 Julai 2011 akan diadakan Majlis Ijazah Pengambilan Ahli Baru di USJ pada jam 8.30 malam. Kepada yang berminat untuk mempelajari Seni Silat Melayu Asli iaitu Silat Cekak Ustaz Hanafi atau ingin mengetahui lebih lanjut, bolehlah hubungi kami di talian yang tertera ya! :)~
Assalammualaikum wbt,
Pada tanggal 29 May 2011 10-11pm YM Pewaris Mutlak Silat Cekak, Tuan Hj Md Radzi Hanafi Al-Qadahi telah ditemuramah oleh stesen radio di Australia berkenaan dengan aktiviti silat pada zaman ini khususnya Silat Cekak Ustaz Hanafi.
Bersama YM Tuan Syeikh Hj Md Radzi Hj Hanafi di radio Australia http://www.3zzz.com.au/ Listen Show: Malaysian 29 May (10-11pm)
Tahniah!
p/s : Untuk dengar temuramah tersebut :
http://www.3zzz.com.au/
pilih 'listen to show'
pilih 'malaysia (sunday 29 may 10-11pm)
Share
As salam semua,
SMS PESAN GURU akan dilancarkan pada 27 May ini. RM35.00 untuk langganan setahun kalau daftar sebelum 27 May 2011. Daftar selepas 27 May harganya RM50.00. Digalakkan untuk melanggan Pesan Guru ini supaya kita sama-sama dapat belajar secara terus melalui sms dgn Pewaris Mutlak Silat Cekak.
Untuk berdaftar :
Emailkan nama, ic, no hp dan cawangan/kelas kepada :
mohdibrahim21@gmail.com atau smskan ke 019-2177 021.
Emailkan slip pembayaran atau hubungi no di atas utk pengesahan.
Boleh bank-in atau transfer ke akaun :
1. MOHD IBRAHIM ABU BAKAR 1512 12 697 157 MAYBANK
2. MOHD IBRAHIM ABU BAKAR 121 6006 1600 526 CIMB
Untuk memudahkan urusan bayaran hendaklah dibuat sebelum 26 May 2011.
Sekian.
Satu Suara
Satu Hati
Share
Assalammualaikum w.b.t,
Mungkin bagi sesetengah mereka tidak lagi merasa berkepentingan buat diri dilengkapi dengan ilmu pertahanan diri bagi menghadapi serangan dan ancaman musuh. Tidak bermakna meminta diserang atau mengharapkan serangan dari musuh utk sekadar mahu mencuba ilmu di dada, tetapi sekiranya musuh berniat menceroboh diri, sekurang-kurangnya diri itu mampu mempertahankan nyawa sendiri hatta di tempat yang sempit seperti di atas titi yg sebesar papan sekeping.
Dgn terpeliharanya nyawa, maka akan adanya Ibadah. Dan sekiranya nyawa itu diambil juga setelah usaha mempertahankannya dilakukan, matinya itu dikira sebagai matinya seorang syahid, akan tetapi wajib dahulu mempersiapkan diri dengan ilmu yang sepatutnya untuk dapat pula mempertahankan nyawanya dengan cara dan usaha yang sebaik dan sepatutnya..
"Dan persiapkanlah apa-apa sahaja kekuatan yang kamu sanggupi (untuk menghadapi musuh)." (Al-anfal:60)
“belajar seni mempertahankan diri adalah dibenarkan bagi mereka yang mampu. Kadangkala ia menjadi wajib bagi seseorang. Khususnya bagi mereka yang diancam dengan serangan fizikal. Dengan mempelajari ilmu bela diri, seseorang akan memiliki bekal untuk menangkis serangan serta mematahkan usaha lawannya. Pandangan ini sesuai dengan kaedah syariat yang menyebutkannya, “Hal yang menjadi syarat bagi terjadinya sesuatu yang wajib, maka hukumnya menjadi wajib pula.”
-Imam Yusuf al-Qardhawi
Ayuh kita mantapkan diri dengan mempelajari ilmu yang baik dalam Silat Cekak Hanafi, JOM SILAT!
Satu Suara
Satu Hati
Share