3 ucapan
Salam sejahtera,
Maaf dipinta kerana sudah agak lama tidak menulis di sini. Masing-masing terikat oleh tugas dan kerja. Walaubagaimanapun, untuk tidak melupakan hari hari penting yang telah berlalu, ingin kami mengucapkan Selamat Hari Guru pada semua guru-guru dan khas buat insan mulia, YM Guru Utama Hj Md Radzi Hj Hanafi. Dengan ucapan setingg-tinggi terima kasih yang tidak terhingga di atas segala tunjuk ajar dan didikan yang diberi oleh Tuan Guru selama ini. Siapalah kami andai tidak dididik dan dikasihi oleh insan bergelar Guru.
Seterusnya, selamat hari ibu diucapkan kepada semua insan mulia yang bergelar ibu, yang telah terlalu banyak berkorban dan menitiskan airmata demi anak-anak mereka. Ibu, tanpamu tiadalah kami di muka bumi ini, tiada ucapan terima kasih yang mampu menyamai segala pengorbanan dan limpahan kasih sayang yang telah diberi.
Kepada semua insan mulia yang bergelar Bapa, selamat hari bapa kami ucapkan. Dengan keringat dan pengorbanan bapa kami membesar dan dilindungi dari panas dan hujan serta pelbagai bahaya. Dengan membanting tulang empat kerat bapa kami dapat menikmati hidup dengan lebih sempurna dan sejahtera. Tiada ternilai diri kami ini andai dibandingkan dengan pengorbanan bapa selama ini.
Semoga perhubungan di antara anak dan ibu bapa bertambah erat,makmur dan sejahtera, dan semoga perhubungan di antara murid dan guru juga bertambah berkat dan berkekalan. Buat 3 insan mulia ini, tanpa salah seorang dari kalian, tidakkan sempurna hidup kami,terima kasih di atas segalanya.
Segerak Searah!
0 Ulasan:
Catat Ulasan