Jumaat, September 11, 2009
Jumaat, September 04, 2009
Majlis Berbuka Puasa 1430H, 07hb September 2009 @ Rumah Persatuan KL
Diambil dari laman canang.com
"Salam. Tuan/Puan adalh dijemput utk menghadiri Majlis B'Buka Puasa, Sambutan Nuzul Quran & Pemberian Zakat Fitrah yg akan diadakan oleh PSSCUHM. Butiran program adlh seperti berikut:
Tarikh: 7/9/09 (Isnin)
Masa: 6.30pm
Lokasi: Rmh Psatuan, Tmn Melawati
Bayaran: RM5
Pakaian: Baju Melayu/Kurung lengkap
Dipenghujung majlis juga, akan diadakan Majlis Solat Hajat khusus utk kesejahteraanYM Tuan Guru & b'sempena mengambil keberkatan Malam Nuzul Quran.
Jasa baik Tuan/Puan utk membawa sejadah bg tujuan sumbangan di Rumh Psatuan yg dicintai adalh amat2 digalakkan. Sila maklumkn kehadiran kpd zamtek selewatnya pd 4/9/09 (Jumaat). Trima kasih."
Kepada member kelas USJ yang ingin turut serta sila sahkan kehadiran anda kepada saudara Faizal Romano secepat mungkin.
Terima kasih.
Rabu, September 02, 2009
Video Demo 'Updates'
Selamat berpuasa semua.
Sedikit 'update' video-video demo Silat Cekak Hanafi terbaru yang telah dimuat naik.
'Updated' Playlist Demo Silat Cekak Hanafi di YouTube. Video terbaru termasuk :-
- Demo Perhimpunan Seni Beladiri 1Malaysia di Dataran Merdeka pada 15 Ogos 2009
- Demo Sempena Sambutan Kemerdekaan ke-52 Malaysia di The Curve, Damansara pada 23 Ogos 2009
- Demo Pembukaan Karnival Wajadiri SCH 2009 di Kuching, Sarawak pada 15 Ogos 2009 (2 video)
- Demo Majlis Makan Malam Nostalgia Karnival Wajadiri SCH 2009 15 Ogos 2009 (2 video)
Demo Perhimpunan Seni Beladiri 1Malaysia di Dataran Merdeka pada 15 Ogos 2009
Sekian buat masa ini, terima kasih.
Jumaat, Ogos 28, 2009
Salam Ramadhan 1430 Hijrah
Salam Ramadhan buat semua dan selamat menjalani ibadah puasa.
Dah agak lama tak update laman blog kelas ni, ada beberapa berita terbaru berkenaan kelas khususnya dan persatuan amnya. Secara ringkasnya :
- Perubahan jadual kelas sempena Ramadhan
- Karnival Wajadiri SCH 2009 di Kuching, Sarawak
- Perhimpunan Seni Beladiri 1Malaysia di Dataran Merdeka
- Demonstrasi Silat di The Curve sempena sambutan kemerdekaaan
Buat masa ini, cuma perubahan jadual kelas sahaja yang dapat di war-warkan. Berita lain beserta video akan menyusul kemudian.
Perubahan Jadual & Tempat Kelas USJ Sempena Ramadhan
Kelas Latihan USJ telah berpindah tempat buat sementara sempena bulan puasa ni ke Padang SS 18 Subang Jaya (seberang Mamak Bistro SS 14)
Jadual kelas juga telah berubah sedikit:
Setiap Selasa jam 10.30 malam (utk bulan Ramadhan sahaja)
di bawah disertakan panduan peta dari Google Maps.
View Kelas Latihan Sementara SCH USJ in a larger map
Harap maklum, teruskan perjuangan di bulan Ramadhan! Baca lagi...
Isnin, Jun 22, 2009
Kenang Jasa
Salam sejahtera,
Kepada semua ahli SCH yang sebenar, dijemput tuan-tuan ke Majlis Mengenang Jasa Ibu Bapa dan Guru pada minggu ini. Butiran seperti berikut : -
Tarikh : 25/06/09 (Khamis)
Masa : 8.00 malam
Lokasi : Rumah Persatuan Taman Melawati
Pakaian : Baju Melayu Lengkap / Baju Kurung
Bayaran : RM10.00
Semua ahli dijemput hadir bagi memantapkan lagi kefahaman berkenaan perhubungan dan keberkatan yang ada pada Ibu, Bapa dan Guru menurut perspektif dan syariat Islam.
Sekian.
Ahad, Jun 14, 2009
3 ucapan
Salam sejahtera,
Maaf dipinta kerana sudah agak lama tidak menulis di sini. Masing-masing terikat oleh tugas dan kerja. Walaubagaimanapun, untuk tidak melupakan hari hari penting yang telah berlalu, ingin kami mengucapkan Selamat Hari Guru pada semua guru-guru dan khas buat insan mulia, YM Guru Utama Hj Md Radzi Hj Hanafi. Dengan ucapan setingg-tinggi terima kasih yang tidak terhingga di atas segala tunjuk ajar dan didikan yang diberi oleh Tuan Guru selama ini. Siapalah kami andai tidak dididik dan dikasihi oleh insan bergelar Guru.
Seterusnya, selamat hari ibu diucapkan kepada semua insan mulia yang bergelar ibu, yang telah terlalu banyak berkorban dan menitiskan airmata demi anak-anak mereka. Ibu, tanpamu tiadalah kami di muka bumi ini, tiada ucapan terima kasih yang mampu menyamai segala pengorbanan dan limpahan kasih sayang yang telah diberi.
Kepada semua insan mulia yang bergelar Bapa, selamat hari bapa kami ucapkan. Dengan keringat dan pengorbanan bapa kami membesar dan dilindungi dari panas dan hujan serta pelbagai bahaya. Dengan membanting tulang empat kerat bapa kami dapat menikmati hidup dengan lebih sempurna dan sejahtera. Tiada ternilai diri kami ini andai dibandingkan dengan pengorbanan bapa selama ini.
Semoga perhubungan di antara anak dan ibu bapa bertambah erat,makmur dan sejahtera, dan semoga perhubungan di antara murid dan guru juga bertambah berkat dan berkekalan. Buat 3 insan mulia ini, tanpa salah seorang dari kalian, tidakkan sempurna hidup kami,terima kasih di atas segalanya.
Segerak Searah!
Ahad, Jun 07, 2009
Pekeliling - MAKLUMAN SITUASI SEMASA
diambil dr laman sesawang rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi http://www.silatcekakhanafi.org/warisanhanafi/
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pekeliling MMK 09/13
6 Jun 2009
Semua Ahli
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.
Tuan / Puan,
MAKLUMAN SITUASI SEMASA PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA
- Menggunakan Nama Persatuan Tanpa Kebenaran
Perkara diatas adalah dirujuk. Dukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCUHM) telah menerima aduan dari ahli-ahli bahawa suatu perhimpunan telah diadakan pada 6hb Jun 2009 bertempat di Dewan MPAJ, Pandan Indah oleh pihak-pihak tertentu yang merujukkan perhimpunan tersebut kepada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-10 untuk PSSCUHM.
Untuk makluman semua ahli, pihak PSSCUHM tidak menganjurkan apa-apa mesyuarat atau perjumpaan pada masa ini dan sama sekali tidak mengeluarkan sebarang Notis Mesyuarat atau mengadakan sebarang perjumpaan pada tarikh dan tempat seperti di atas.
Pihak persatuan mendapati bahawa ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencemarkan nama baik PSSCUHM dengan menggunakan nama persatuan untuk menganjurkan perhimpunan tersebut. Pihak persatuan telah membuat laporan polis dan seterusnya akan berkerjasama dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia untuk mengambil tindakan serius mengenai perkara ini.
Pihak persatuan juga akan membuat laporan polis kerana terdapatnya individu yang tidak bertanggungjawab kerana telah menipu dengan menggunakan nama PSSCUHM bertujuan untuk menganjurkan suatu perhimpunan. Individu tersebut juga telah menipu secara menyamar sebagai orang lain selain daripada dirinya sendiri, dan telah secara sengaja menyamar sebagai agen atau penjawat jawatan di PSSCUHM. Pihak persatuan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana individu di dalam perkara seperti ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang cuba menipu ahli-ahli dan masyarakat umum.
Pihak persatuan menasihatkan ahli-ahli supaya bertenang dan TIDAK MELIBATKAN DIRI di dalam apa-apa perjumpaan ataupun perhimpunan yang tidak sah kerana ianya adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Ingin ditegaskan di sini bahawa pihak persatuan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap ahli-ahli yang didapati melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung di dalam perhimpunan atau perjumpaan yang tidak sah.
Ahli-ahli bolehlah merujuk di laman web rasmi persatuan www.silatcekakhanafi.org atau berhubung terus dengan pejabat pengurusan jika memerlukan penjelasan dan keterangan terperinci.
Sekian, wassalam.
AMINUDIN BIN DAHLAN
Ketua Perhubungan Seranta
![Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]](http://feeds2.feedburner.com/SilatCekakHanafiUsj.2.gif)

