<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Isnin, September 01, 2008

Ramadhan membuka tirai

Assalammualaikum w.b.t,

Selamat datang wahai bulan yang mulia,

Selamat datang wahai bulan keberkatan,

Selamat datang wahai bulan kesyukuran..


Alhamdu Lillah,

Ramadhan kembali lagi membuka tirainya pada kita yang masih bernafas di atas muka bumi Tuhan ini. Syukur ke hadrat Illahi di atas segala rahmat kurniaNya, yang memberi izin kita hidup sehingga ke hari ini untuk dapat mengecapi keindahan rahmat bulan Ramadhan yang penuh berkah dan keampunan.

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk mengerjakan ibadah dan ditetapkan iman di atas agama Islam yang mulia hingga ke akhirnya. Amin.

-----

Kelas Latihan USJ mengucapkan Selamat berpuasa pada semua warga Cekak Hanafi di bawah pimpinan YM Md Radzi Hj Hanafi khususnya dan kepada seluruh umat Islam. Semoga berada di bawah pengawasanNya sentiasa dan diselamatkan di dunia dan akhirat.

Kelas latihan USJ dan Masjid Tun Uda akan bergabung kelas pada bulan puasa ini, di mana kelas latihan akan diadakan di USJ pada setiap hari jumaat sahaja pada jam 10 mlm.

Sebarang pengumuman tentang aktiviti persatuan atau kelas akan diumumkan kelak. Sama ada yang melibatkan YM Guru Utama atau tidak.

Semoga Allah s.w.t memberikan rahmat dan hidayah pada kita semua pada bulan penuh rahmat ini. Dan semoga dikuatkan iman dalam menjalani ibadah Ramadhan Al Mubarrak serta berkekalan sehingga ke bulan-bulan seterusnya. Amin.


Salam Ramadhan!


Segerak Searah!

2 Ulasan:

SaifulG September 02, 2008 4:03 PTG  

Selamat Puasa, Selamat beribadat, gi PD tak ajak, terasa kecik hati, muhahaha paham bukan tak paham, nama tak approve duk tepi ajer lah. muhahaha anyway good luck berpuasa, ingat pesan orang tua, jangan hanya puasa lapar dahaga untuk cuci perut and sistem badan sahaja, hati, jiwa mesti juga melalui proses pencucian juga baru, syawal di sambut putih bersih. baru nak jumpa lailatul Qadha senang sikit.

Tanpa Nama,  September 07, 2008 5:53 PG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008