<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Jumaat, September 12, 2008

Sambutan Isra' Mikraj dan Tahlil 2008

YM Guru Utama Hj Md Radzi bin Hj Hanafi

Sambutan Isra' Mikraj dan Tahlil telah berjalan dengan baiknya pada tanggal 13 Ogos 2008 yang lalu. Sayu juga perasaan bila mengenangkan Almarhum Ustaz Hanafi yang mudah-mudahan telah tenang dan aman di sana, di kampung halamannya yang hakiki.

Sayu bila mengenangkan kita yang masih lagi di alam dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini yang tidak tentu lagi pengakhirannya nanti. Namun mudah-mudahan kita semua diberi petunjuk dan keimanan yang teguh olehNya untuk menempuhi segala rintangan yang akan mendatang kelak. Amin.

Majlis dihadiri oleh ahli-ahli yang kebanyakkanya dari lembah kelang dan sekitarnya, yang berpakaian baju melayu lengkap, berjubah dan juga pakaian kemas sahaja yang berwarna warni mengindahkan lagi pandangan mata pada malam tersebut.


Sedikit cerita yang ingin dikongsikan (menurut pendengaran dan penghayatan kami, sekiranya tersilap maafkan kami) ;

YM telah memberi sedikit ucapan dan pengisian yang berkenaan dengan kejadian mukjizat Nabi Muhammad s.a.w yang di jalankan dan dibawa naik ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha dan Muntadha di dalam tempoh waktu yang singkat. Dan juga tentang keteguhan iman para sahabat khususnya Saidina Abu Bakar As-Siddiq di dalam menghadapi dan juga menerima kenyataan Nabi Muhammad saw tentang pengalamannya Isra' Mikraj tanpa sebarang keraguan, apatah lagi penentangan terhadap kata-kata baginda saw.

Sesi ucapan dan ceramah

Berbeza pula halnya yang berlaku pada bapa saudara baginda iaitu Abu Jahal, yang bukan sahaja tidak mahu menerima kenyataan Nabi saw tersebut, malah menghina dan menuduh lalu memusuhi baginda saw lantaran kerana perkara yang baginya tidak masuk dek akal. Hanya kerana dia tidak melalui pengalaman tersebut maka baginya perkara tersebut mustahil untuk terjadi. Sedangkan selama 40 tahun Nabi Muhammad saw telah bergelar Al-Amin yang membawa maksud Yang Benar.

Namun begitulah busuk dan jahatnya hati Abu Jahal terhadap anak saudaranya sendiri. Lantaran kerana tiada keyakinan dan kepercayaan di hati terhadap insan yang diangkat menjadi Rasul Allah swt, kerana kebimbangan akan posisi kedudukannya di dalam masyarakat yang dibina selama ini dan juga demi menjaga kepentingan diri sendiri yang mungkin akan hancur berkecai maka Nabi saw pun dituduh dan dimusuhi. Lalu perpecahan pun terjadi di antara kaum-kaum Quraish pada waktu itu.

Sesi ucapan dan ceramah

YM berpesan kepada semua murid-muridnya setelah menceritakan kejadian Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Abu Jahal di dalam penerimaan mereka terhadap apa yang Nabi saw sampaikan. "Pilihlah kita untuk menjadi seperti Abu Bakar As-Siddiq ka? Yang mantap keyakinan dan kepercayaannya terhadap Nabi Muhammad saw, sentiasa bersetuju dan meyakini setiap patah perkataan yang diucapkan Nabi saw tanpa sanggahan atau ragu-ragu walau sebesar zarah sekali pun walaupun perkara itu sesuatu yang bersifat mustahil dari segi zahirnya. Ini kerana iman Abu Bakar r.a teguh dan yakin pada baginda saw.

Sesi ucapan dan ceramah
Sesi ucapan dan ceramah

Atau menjadi seperti Abu Jahal yang langsung tidak mahu menerima dan mempercayai baginda saw walaupun baginda saw merupakan anak saudaranya sendiri yang diberi gelaran Al-Amin oleh seluruh masyarakat Quraish dan Arab dan yang telah diyakini akan setiap patah kata-katanya.

Dimana letaknya diri kita di dalam perhubungan dengan seseorang? Maka pilihlah, pilihlah sifat yang baik dan benar seperti Abu Bakar As-Siddiq r.a. Pilihlah sifat beliau walaupun sebesar hujung jari kelingking."

-----

YM Tuan Guru Md Radzi Hj Hanafi, yang telah dan masih lagi difitnah dan dicemuh oleh segelintir puak-puak pelampau, kami berpendapat, bahawa apa yang dibawa oleh YM adalah suatu perkara yang benar dan Hak. Dan YM sendiri adalah benar dan tidak bersalah menurut keyakinan hati kami dan bukti-bukti yang diberi.

Kerana, ramai yang telah banyak berubah dari segi kelakuan, pegangan serta fahaman dan juga peribadi diri sendiri dari jahat kelabu asap kepada baik berbudi dan berperkerti mulia.

Ramai yang telah meninggalkan aktiviti-aktiviti lama yang kebanyakkannya menjurus ke arah kerosakkan sahsiah diri dan peribadi.

Ramai juga telah bertambah kefahaman ilmu agamanya dan lebih kuat pegangan Tauhidnya terhadap Allah swt, lantas jiwa-jiwa ini semakin hampir kepada kebenaran dan kebaikan dan meninggalkan segala sifat-sifat dan tabiat buruk yang pernah menghuni hati sanubari masing-masing sewaktu dahulu. Dan ini semua berlaku dengan izin Allah swt yang dilalukan melalui hasil didikan Hj Md Radzi b. Hj Hanafi.

Terima kasih kami yang tidak terhingga kepada YM Md Radzi Hj Hanafi yang dikasihi.

Begitulah sedikit sebanyak cerita yang dapat dikongsikan di sini. Seandainya ada salah atau silap di mana-mana maafkanlah kekhilafan kami yang lemah ini. Sekadar berkongsi cerita yang didengarkan oleh YM sendiri kepada kami untuk kita semua.

Dan ini adalah gambar-gambar antara beberapa ahli-ahli yang hadir pada malam tersebut ;

Dari kiri : Saudara Romano, Jadwi, Hardi, Hamam, Wak, Mazliza dan Feena
Dari kiri : Saudara Ridwan, Romano, Jadwi, Hamam, Wak, Mazliza dan Feena
Dari kiri : Saudari Elya, Siti dan Saudara Hamam dengan muka keinsafannya :P

Dari kiri : Saudari Feena, Wak, Romano, Jadwi dan Normawati.
Ahli-ahli SCPH

Dengan izin Allah s.w.t, marilah kita bersama-sama mempertahankan kebenaran dengan menanamkan keyakinan terhadap YM Md Radzi yang memimpin perjuangan Silat Cekak Pusaka Hanafi hingga ke hembusan nafas terakhir! Semoga ditetapkan dan disatukan hati-hati kita dalam keimanan dan kebenaran yang teguh di dalam menghadapi fitnah dan ujian yang tak putus-putus mengunjungi perjalanan ini.


Segerak Searah!

Wassalam

0 Ulasan:

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008