<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Sabtu, Februari 28, 2009

Pengumumang!

Salam sejahtera pada semua.

Pada tanggal 22hb mac 2009, ujian Sijil Rendah Persilatan akan diadakan di Zon Shah Alam. Seandainya ada ahli-ahli yang masih belum menduduki ujian dan mahu menjalani ujian bolehlah berhubung secepat mungkin dengan saudara Faizal Romano di talian 017 2433 217 untuk urusan pendaftaran dan pengurusan.

Sekian terima kasih.

Baca lagi...

Selasa, Februari 24, 2009

Lagi Berita & Gambar SRP!

Diambil dari laman web CH MMU Cyberjaya, kredit kepada mereka :D Berita lanjut dan gambar-gambar boleh dimuat turun di : [http://cekakhanafi.mmu.edu.my/srp22feb.html]

YM Tuan Guru Hj. Md Radzi B. Hj. Hanafi

Tekun melihat insan istimewa(Arif dari UM) mengambil ujian

Isnin, Februari 23, 2009

Video Demo di UniKL MFI Bangi

Persembahan team demo usj & pusat latihan masjid raja tun uda shah alam di majlis penerangan UniKL MFI Bangi pada 5hb februari 2009. Semoga terhibur :)~

Terkini: SIJIL RENDAH PERSILATAN

*Gambar-gambar SRP semalam diambil dari blog kelas MFI Bangi [http://schmfi.blogspot.com/], kredit kepada mereka atas laporan berita yang pantas ;)~

Tahniah diucapkan kepada barisan tenaga kerja Biro Ujian dan tester-tester kerana telah bertungkus lumus berusaha dalam menjayakan Ujian Sijil Rendah baru baru ini. Anggaran peserta yang telah menjalani ujian praktikal dikira dalam lingkungan 80-90 orang dari serata lembah klang. Di antara peserta-peserta tersebut terdapat 2 orang ahli 'golongan istimewa' yang berjaya melepasi ujian sijil tersebut dengan jayanya tanpa mencederakan diri sendiri atau para tester.

Golongan Istimewa 1 : Ahmad Arif dari PL Universiti Malaya

Golongan Istimewa 2 : Srikandi dari cawangan lain


Baca lagi...

Isnin, Februari 16, 2009

Demo Le Tour De Langkawi

Tahniah kepada team demo Le Tour De Langkawi!

[Di ambil dari website Cekak Pusaka Hanafi MMU Cyberjaya]
http://cekakhanafi.mmu.edu.my/letour.html

"Sempena perlumbaan basikal Le Tour De Langkawi, pihak ibu pejabat Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi telah dijemput untuk mengadakan demo. Demo itu telah diadakan di Shah Alam iaitu di peringkat keenam sebelum pelumba bergerak ke garisan penamat di Kuala Lumpur keesokkan harinya."

Selasa, Februari 10, 2009

Gambar Demo di UniKL MFI Bangi

http://www.flickr.com/photos/yus

Isnin, Februari 09, 2009

Jalan hidup melalui Silat

Ramai yang bertanya, mengapa terlalu banyak masa diluangkan untuk silat? Sedangkan tiada apa-apa pulangan yang diperolehi berpatutan dengan segala pengorbanan wang, masa dan tenaga yang telah diberi. Bagi menjawab soalan ini, lebih tepat kiranya bertanya kepada Tuan Guru Utama yang mengemudi perjuangan silat ini sendiri. Namun, apa yang boleh dikongsikan di sini, hanyalah beberapa pandangan dan kefahaman yang dipegang dengan yakin oleh kebanyakkan ahli-ahli silat ini yang lama mahupun baru.

Umumnya, tiada pulangan yang dapat dilihat oleh diri sendiri atau oleh masyarakat jika dipandang dari segi material atau kekayaan harta benda. Tetapi pulangan yang diterima oleh ahli-ahli silat yang kebanyakkannya bertungkus lumus dan bersengkang mata saban malam di dalam usaha mengembangkan seni silat ini lebih bersifat "halus dan tersembunyi".

Segerak Searah!

Baca lagi...

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008