Terkini: SIJIL RENDAH PERSILATAN
*Gambar-gambar SRP semalam diambil dari blog kelas MFI Bangi [http://schmfi.blogspot.com/], kredit kepada mereka atas laporan berita yang pantas ;)~
Tahniah diucapkan kepada barisan tenaga kerja Biro Ujian dan tester-tester kerana telah bertungkus lumus berusaha dalam menjayakan Ujian Sijil Rendah baru baru ini. Anggaran peserta yang telah menjalani ujian praktikal dikira dalam lingkungan 80-90 orang dari serata lembah klang. Di antara peserta-peserta tersebut terdapat 2 orang ahli 'golongan istimewa' yang berjaya melepasi ujian sijil tersebut dengan jayanya tanpa mencederakan diri sendiri atau para tester.
Ribuan tahniah kami ucapkan kepada semua ahli-ahli yang telah mendudukiujian sijil khususnya kepada ahli Kelas Latihan USJ iaitu En Syawal Ramli dan Alam Shah Mohideen. Walau menggeletar lutut menghadapitester-tester yang gagah lagi berani namun terbukti kesungguhan mereka mengatasi segalanya. Lihatlah wajah-wajah mereka ini.
Ketibaan YM yang baru tiba dari Sarawak lebih menyemarakan lagi semangat para peserta untuk menjalani ujian masing-masing. Di bawah ini gambar yang telah diambil bersama Tuan Guru.
Maaf kerana gambar yang diperolehi diambil menggunakan handphone, zoom la camana sekalipun, memang tak nampak. Kata-kata YM : Semoga mereka yang telah menjalani ujian kali ini akan bertambah lagi keyakinan untuk terus kekal di dalam Silat Cekak Pusaka Hanafi dan terus membantu mengembangkan lagi silat ini.
Harapan kami, SRP yang akan datang nanti akan menyaksikan lebih ramai ahli-ahli yang akan menjalani ujian ini dengan keyakinan dan persediaan mental dan fizikal yang lebih mantap dan berkualiti.
Sekian dari kami.
Segerak Searah!
0 Ulasan:
Catat Ulasan