<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Isnin, Februari 09, 2009

Jalan hidup melalui Silat

Ramai yang bertanya, mengapa terlalu banyak masa diluangkan untuk silat? Sedangkan tiada apa-apa pulangan yang diperolehi berpatutan dengan segala pengorbanan wang, masa dan tenaga yang telah diberi. Bagi menjawab soalan ini, lebih tepat kiranya bertanya kepada Tuan Guru Utama yang mengemudi perjuangan silat ini sendiri. Namun, apa yang boleh dikongsikan di sini, hanyalah beberapa pandangan dan kefahaman yang dipegang dengan yakin oleh kebanyakkan ahli-ahli silat ini yang lama mahupun baru.

Umumnya, tiada pulangan yang dapat dilihat oleh diri sendiri atau oleh masyarakat jika dipandang dari segi material atau kekayaan harta benda. Tetapi pulangan yang diterima oleh ahli-ahli silat yang kebanyakkannya bertungkus lumus dan bersengkang mata saban malam di dalam usaha mengembangkan seni silat ini lebih bersifat "halus dan tersembunyi".

Oleh kerana ianya bersifat sedemikian, maka mudahlah persoalan-persoalan seperti di atas di ajukan kepada ahli-ahli yang terlibat di dalam mengembangkan persilatan ini. Namun begitu, bagi kebanyakkan ahli-ahli yang memahami, bukanlah pulangan itu yang menjadi tujuan dan matlamat.

Senarionya, kebanyakkan masyarakat kini tidak memerhatikan kesan perubahan seseorang individu tersebut setelah melangkah ke dunia persilatan, khususnya di dalam dunia persilatan Silat Cekak Hanafi sendiri.

Apa yang diperolehi oleh penuntut-penuntut di dalam silat ini bukan setakat ilmu persilatan beladiri atau latihan jasmani semata, tetapi mereka diberi didikan rohani yang dengan izinNya mampu merubah peribadi seseorang untuk menjadi lebih baik bersesuaian dengan kehendak agama dan negara.

Berapa ramai ahli-ahli di dalam persilatan ini yang telah berubah peribadi dan sifatnya menjadi bertambah baik dan teratur kehidupan mereka. Berapa ramai pula di kalangan ahli-ahli yang dahulunya terkontang-kanting mencari arah dan pegangan hidup yang benar sehingga menemui pelbagai jalan yang merosakkan jiwa dan akidah lalu akhirnya menemui jalan buntu tetapi kini telah mampu berjalan dengan kaki sendiri dengan pegangan yang berlandaskan Tauhid, malah mampu pula membantu mereka yang baru di dalam mencari erti dan tujuan hidup ini.

Tujuan dan perjuangan silat ini adalah lebih bersifat kemasyarakatan dan kebajikan. Dengan adanya satu platform silat begini dapat membolehkan mereka yang terdiri dari pelbagai jenis latar belakang untuk menceburkan diri tanpa rasa rendah diri atau malu dek kerana kejahilan dan kekurangan diri sendiri. Di atas platform ini, mudah-mudahan dapat memberi suntikan semangat dan kefahaman yang berlandaskan Tauhid serta pegangan hidup yang berguna kepada mereka di dalam melayari hidup ini.

Maka bagi ahli-ahli yang membantu di dalam mengembangkan silat ini, mereka ini bukan semata-mata membantu masyarakat mempelajari ilmu persilatan yang efektif, malah mereka ini sebenarnya adalah orang-orang yang memainkan peranan penting di dalam membantu masyarakat untuk menjadi seorang yang mantap jiwanya dan indah peribadinya dengan didikan rohani berlandaskan Tauhid yang diterapkan oleh YM Guru Utama Hj Md Radzi b Hj Hanafi.

Harus diterangkan bahawa tidak ada yang memaksa sesiapa jua untuk membantu di dalam perjuangan mulia ini, dan tiada juga yang menghalang sesiapa dari menjalankan tanggungjawab wajib di dalam keluarga, pekerjaan atau pelajaran. Tanggungjawab yang wajib dipikul wajib juga disempurnakan.

Setelah memahami matlamat dan tujuan perjuangan silat ini, pembabitan diri seseorang itu adalah bergantung pada kehendak, kemampuan dan kesanggupan diri sendiri, tanpa paksaan atau arahan daripada sesiapa jua.

Terima kasih kami setinggi tingginya kepada YM Tuan Guru Md Radzi Hj Hanafi kerana membimbing kami untuk mengenal erti dan tujuan hidup ini melalui jalan silat yang dibawa dan menurut syariatNya.

Semoga disimpul mati ikatan hati di antara kami dan Guru kami YM Md Radzi b Hj Hanafi sehingga ke akhirnya.

Coretan ini sekadar berkongsi cerita dan matlamat yang diterangkan oleh kebanyakkan ahli-ahli di dalam silat ini yang telah bergiat lama dan yang telah dididik oleh Tuan Guru di dalam membantu mengembangkan silat ini. Semoga yang baru, yang lama dan juga yang ingin memahami mendapat satu kefahaman tentang matlamat dan tujuan perjuangan Silat Cekak Hanafi yang sebenarnya.


Segerak Searah!

0 Ulasan:

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008