<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Rabu, Disember 09, 2009

Persembahan DiRaja


Seri Menanti, Negeri Sembilan – Pada malam 26hb Oktober 2009 yang lalu, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Cawangan Negeri Sembilan telah melakar sejarah apabila dijemput untuk bersama-sama memeriahkan program “Malam Menjunjung Kasih” yang diadakan bersempena Majlis Istiadat Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.


Seramai hampir 50 orang ahli Silat Cekak Hanafi telah bersama-sama dengan ahli-ahli senibela lain membuat persembahan pembuka dan juga penutup untuk majlis persembahan diraja tersebut.


Disamping persembahan kebudayaan, terdapat satu slot persembahan beladiri telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan disamping dif-dif kehormat yang lain seperti Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Slot khas ini telah diketuai oleh Sdra Saiful Zaimi bin Md Saad (Silat Cekak Hanafi) yang terdiri dari ahli-ahli Ibupejabat dan cawangan Negeri Sembilan PSSCUHM dan Silambam dan juga Wushu.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang menjayakan program di atas komitmen yang diberikan. Semoga perjuangan Silat Cekak Hanafi terus subur dan berkembang maju di bumi Negeri Sembilan Darul Khusus.

“Hidup Cekak Hanafi”

0 Ulasan:

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008