<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Isnin, Disember 21, 2009

Hari Tenaga Pengajar 2009


Dari kiri : YM Tuan Guru Hj. Md Radzi Al-Qadhi, Penasihat Khas Menteri Pengajian Tinggi, Prof. Dr. Radwan Che Ros,Pengarah Urusan GMI, Yusoff Md. Sahir

Hari Tenaga Pengajar 2009

Syukur ke hadrat Illlahi kerana telah memberi izin untuk menjadikan majlis sambutan Hari Tenaga Pengajar 2009 suatu kejayaan yang gemilang.

Seharian bersama Tuan Guru tercinta dan rakan-rakan seperjuangan telah mengeratkan lagi ikatan silaturahim di antara ahli-ahli seluruh Malaysia tidak juga lupa hubungan di antara pihak persatuan dan kerajaan. Mudah-mudahan ia akan terus bertambah baik di dalam membentuk perhubungan dua hala sesama pihak bagi mencapai matlamat untuk memperkasakan agama, bangsa dan negara selaras dengan tema gagasan 1Malaysia.


"hanya 3 perkara yang akan dibawa bersama selepas mati, di antaranya ialah ilmu yang bermanfaat."

"Sebagai tenaga pengajar, peranannya di dalam menyampaikan ilmu persilatan kepada setiap penuntut adalah termasuk sebagai ilmu yang bermanfaat.

Kerana dengan mengajar mereka ilmu persilatan, mereka sudah mampu untuk menjaga dan mempertahankan diri mereka sekiranya nyawa mereka terancam.

Kerja ini (mengajar silat) bukan kerja sia-sia. Cuma ia tersembunyi dan tidak nampak kebaikkannya pada mata kasar. Kadang-kadang yang tersembunyi itulah yang benar."


Amanat yang disampaikan oleh Tuan Guru telah banyak membuka minda ahli-ahli di dalam memahami konsep sebagai seorang tenaga pengajar dan peranannya di dalam menyampaikan ilmu persilatan kepada penuntut.

Srikandi..jasamu tidak terbalas.

Sungguh ada pepatah mengatakan di sebalik kejayaan seorang lelaki ada seorang wanita di belakangnya. Begitu juga dengan pergerakan persatuan ini, tanpa jasa dan sumbangan dari srikandi, manakan mungkin kejayaan dapat dicapai dengan sempurna.

Ungkapan kata-kata dari Prof. yang menyatakan kekaguman beliau melihat masih ada lagi bangsa melayu yang komited di dalam memelihara warisan pusaka bangsa, bahkan membentuk pula nilai-nilai murni untuk menjadi seorang manusia berguna pada agama, bangsa dan negara walaupun negara diancam dengan masalah keruntuhan moral dan sosial yang sangat teruk.

Institusi atau platform yang begini sangat tepat dan amat-amat diperlukan di dalam membantu membentuk para belia dan remaja untuk menjadi manusia yang mempunyai nilai-nilai murni dan berinteregiti.

Majlis seperti ini juga telah memberi tanda dan bukti bahawa barisan tenaga pengajar dan srikandi amat komited bagi membantu persatuan untuk menjulangkan nama silat sebagai medium pembentukkan jatidiri dan beladiri yang efektif dan berkesan dalam memelihara warisan pusaka bangsa daripada terhapus oleh peredaran zaman.

Semoga usaha akan terus disempurnakan dan hati dibulatkan menuju matlamat yang telah digariskan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.


Hidup Cekak Hanafi!



0 Ulasan:

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008