Pemberitahuan
Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat dan mengampunkan segala dosa-dosa bapa kepada saudari Shamam(ahli SCH MMU CJ) yang telah kembali ke rahmatullah.
Al-Fatihah
Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat dan mengampunkan segala dosa-dosa bapa kepada saudari Shamam(ahli SCH MMU CJ) yang telah kembali ke rahmatullah.
Al-Fatihah
Guru Utama Silat Cekak Hanafi,
Semalamku ketemu seorang tua
Wajahnya bersinar
Lirik matanya tajam menikam
Lalu ia berpesan
Ada beza antara pemburu
Dan pejuang
Pemburu itu sifatnya mendapatkan
Pejuang itu sifatnya membebaskan
Pemburu itu sentiasa memilih
Pejuang itu tetap pendirian
Pemburu itu tidak pernah puas atas perolehannya
Pejuang itu sentiasa bersyukur atas kurnianNya
Pemburu itu inginkan pujian
Pejuang itu sering dihina biarpun membawa kebenaran
Pemburu itu matlamatnya acap berpindah
Pejuang itu matlamatnya dinamis lagi merdeka
assalamualaikum
sebuah artikel menarik mengenai persatuan kita di dalam laman blog 'Silat Melayu The Blog'.
video demo di UM juga ada dipautkan bersama artikel tersebut.
juga ada sedikit promosi secara tidak sengaja untuk demo kita di klpac pada 18/1 nanti hehe.
klik link di bawah untuk baca artikel tersebut (dalam b. inggeris).
http://silat-melayu.blogspot.com/2009/01/persatuan-seni-silat-cekak-pusaka-ustaz.html
Bermula 30 Dis 08 hingga 2 Jan 09, 5 orang anak muda telah mengalami satu perjalanan yang menarik, asyik dan menghiburkan.
Mereka bersepakat utk menziarahi makam2 lama kesultanan Perak dan ulama-ulama Kedah.
Kenangan terindah mereka adalah menziarahi Makam Al Marhum Haji Zain Bin Abdul Rahman dan Al Marhum Tuan Hussain Kedah Al-Banjari.. Meninjau rumah Encik Shafie Darus dan bekas tapak peninggalan rumah milik keluarga Al-Marhum Ustaz Hanafi
Pengalaman pendek mereka nanti akan cuba diceritakan sedikit masa lagi.... Insya Allah
Anak muda ini telah mendapat satu semangat utk mengadakan lagi perjalanan sebegini… sama ada menghabiskan menziarahi makam2 yang tidak sempat diziarahi atau pun ke Terengganu dan Kelantan.. Semasa di rumah baru persatuan petang semalam, YM Tuan Guru sendiri mencadangkan utk kami ke Terengganu dan Kelantan.
5 anak muda ini di Makam Sheikh Abdul Jalil (Mufti Negeri Kedah ke-2), teletak di Tanjung Pauh, Jitra Kedah. Al-Marhum Ustaz Hanafi semasa remajanya selalu menziarahi makam ini.Assalammualaikum,
Baru-baru ini Kelas Latihan USJ telah mengadakan rombongan kelas ke Muzium Negara untuk melihat Pameran Senjata Tradisional yang diadakan. Pameran yang jarang sekali diadakan ini banyak mempamerkan koleksi senjata-senjata lama yang dikumpul dari serata Tanah Melayu khususnya. Malahan senjata daripada zaman purbakala turut sama dipertontonkan kepada umum.
Rata-rata ahli-ahli merasa teruja dan ada juga yang terlopong dengan penemuan baru mereka semasa lawatan tersebut, sehingga ada beberapa ahli yang hampir terlupa masa untuk bergerak pulang sudah pun tiba. Walaubagaimanapun ahli tersebut dapat dihubungi dengan telefon bimbit beliau.
Di luar ruang pameran muzium kelihatan banyak gerai-gerai yang mempamerkan senjata-senjata koleksi masing-masing yang berusia ratusan tahun.Ada yang hanya untuk dilihat dan ada juga untuk dijual dengan harga yang sepatutnya.
Pengunjung berpeluang juga melihat bagaimana cara dan proses tukang besi membuat senjata dan mengukir hulu serta sarung di situ secara percuma. Malahan untuk masuk ke ruang pameran juga tidak diambil sebarang bayaran.Syabas kepada ahli-ahli yang telah mendapat ilmu dan pengalaman baru semasa lawatan tersebut dan semoga ada lagi pameran yang seperti ini akan dipertontonkan kepada masyarakat demi memartabatkan lagi budaya dan warisan bangsa melayu khususnya di dalam dunia persilatan.
Tidak terlambat jika kami mengucapkan tahniah kepada mereka yang terlibat di dalam mengadakan pameran tersebut. Di atas usaha dan inisiatif pihak yang terbabit, dapatlah masyarakat dan khususnya ahli-ahli silat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman di dalam dunia persilatan dan senjata warisan melayu. Sekian.