<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Isnin, Mac 16, 2009

Martial Art - Silat Cekak Pusaka Hanafi (English Version)

Silat Cekak Hanafi is so named to honour one its greatest teachers, the late Ustaz Hanafi Haji Ahmad. It is the silat that was practiced and conveyed by Ustaz Hanafi be it in terms of pedagogy, concept, philosophy, principle, integrity, spirituality and example.

According to oral history, Silat Cekak originates from Kedah and was used by its governor-generals (panglima) to defend the land against foreign incursions during the reign of Sultan Ahmad Tajuddin (1854-1879). A trustworthy source mentions that one of these generals, Panglima Ismail successfully defeated a general of Batak descent by the name of Tuah (not the legendary Hang Tuah). Panglima Ismail then taught Silat Cekak to Panglima Tok Rashid, who hailed from Sungai Daun in Kedah. However, to flee an outbreak of cholera, the general had to relocate his family to Kerian of the state of Perak. In Perak, Panglima Tok Rashid entrusted Silat Cekak to his student from Batu Kurau, Yahya Said to teach this silat to a worthy Kedah native when the proper time came.

Baca lagi...

Jumaat, Mac 13, 2009

Majlis Ijazah & Salam Takziah

Majlis Ijazah Asas & Potong

Berita diambil dari laman web Canang.com
Assalamualaikum w.b.t.

InsyaAllah, satu Majlis Pengijazahan Ahli Baru dan Potong akan diadakan untuk Kelas UIP2 pada;

Tarikh : 1hb April 2009 (Rabu)

Masa : 8.30 malam

Tempat : Rumah Persatuan
No. 132, Jalan H 15,
Taman Melawati,
Kuala Lumpur


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Penyelia kelas tersebut iaitu En. Zamry (016-3192994).


Sekian dimaklumkan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Salam Takziah

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah pendita guru utama Anuar Wahab, pengasas Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia. Beliau pernah bersama-sama dengan almarhum Ustaz Hanafi Hj. Ahmad, pengasas & pemimpin agung Silat Cekak Pusaka Hanafi dalam usaha menubuhkan Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA).
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Al-Fatihah

Berita penuh di blog Silat Melayu.

Rabu, Mac 11, 2009

Parang Lading - Wali Jantan - Wali Betina - Wali Ladung - Wali Tengku

Salam sejahtera warga Cekak Hanafi !

Berikut dipaparkan sedikit info tentang jenis-jenis pisau dari kategori Wali yang terdapat di tanah melayu untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan di bidang senjata. Padangan dan maklumat tentang senjata-senjata ini dirujuk daripada pengkaji-pengkaji senjata melayu dan orang-orang lama di Utara tanah air.

Menurut mereka, jenis pisau dalam kategori wali terdapat beberapa jenis, di antaranya :-

a. Pisau wali
b. Wali jantan
c. Wali betina
d. Wali ladung
e. Wali tengku

Baca lagi...

Isnin, Mac 09, 2009

Salam Maulidur Rasul 1430 Hijriah


Selamat menyambut Maulid Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. 1430 Hijrah dari kelas latihan USJ.

Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda, ahli-ahli keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Semoga kita tergolong di kalangan Ummat Baginda dan mendapat syafaat Baginda kelak. InsyaAllah.

Video Demo @ KL Pac Sentul Open Day



Video persembahan gabungan team demo Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi USJ 9 dan Masjid Jamek Raja Tun Uda, Shah Alam sempena Hari Terbuka Kuala Lumpur Performing Arts Center (KLPac), Sentul pada 18hb Januari 2009.

Semoga terhibur.

Ahad, Mac 08, 2009

Pesan Guru

Gambar mumia Firaun

Pesan Guru,
"Firaun sudah tiada, tapi sifatnya masih wujud dalam diri manusia"
Bagaimana harus jiwa peroleh ketenangan sekiranya tangan mendabik dada berasa kejayaan ini usaha dirinya.

Renung-renungkan.

Sabtu, Mac 07, 2009

BERITA TERKINI! : SRP & Majlis Petua

1) E-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com

2) SRP seterusnya pada 22hb Mac 2009 & Majlis Petua di Lembah Klang dirancang pada bulan April 2009, sila hubungi Faizal Romano di 017 2433 217 untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

Harap maklum, terima kasih.

Selasa, Mac 03, 2009

Wahai diriku..

"Manusia sering lupa, ibarat pasir pantai yang berubah setiap kali dihempas ombak ke atasnya"

Kita sering terlupa akan jasa orang-orang yang memberi kebaikan pada diri kita yang serba serbi kekurangan dan tiada berdaya dalam apa jua perkara. Kita pantas terleka dengan keasyikan kuasa nama dan harta yang bersifat sementara dan menjurus kepada kehancuran dan perpecahan.

Betapa beruntung diri kita yang bertemu dengan orang-orang pilihan Tuhan untuk membimbing jiwa kosong lara kita ke arah mengenali dan kembali kepada jalanNya. Berjuta manusia di bumi bertuah ini yang kehilangan hala tuju tanpa kompas hidup untuk mengetahui ke mana harus dituju apatah lagi memahami hakikat kehidupan ini.


Tetapi kita telah diberi peluang untuk bertemu dengan orang-orang pilihan ini demi kasihNya pada kita, dibukakan pintu-pintu hati yang tertutup rapat oleh kegelapan dosa yang lebih banyak daripada buih di lautan itu dan diberi ilham untuk memahami tentang hakikat hidup ini..terlihat kasih sayangNya dilalukan melalui orang-orang pilihanNya lalu sampai kepada kita, amatlah besar budi orang-orang pilihan ini pada diri kita yang serba-serbi tiada berdaya lagi jahil ini.

Lalu, apa patut kita membelakangi orang-orang ini dan keluarga mereka yang telah banyak berkorban demi membantu kita apabila saat dugaan datang melanda mereka ?

Tepuk dada, tanya selera.

-------

Wahai diriku..dan kamu,

Apalah kiranya jika kita mengenang setiap jasa orang-orang ini yang telah menghulurkan tangan di dalam membantu kita untuk menemui jalan kembali padaNya..

Apalah kiranya jika kita menghormati dan melindungi keluarga orang-orang ini daripada sebarang bahaya dan kesusahan demi lambang terima kasih yang tulus pada mereka..

Apalah juga kiranya jika kita terus mentaati dan melindungi pengganti orang-orang pilihan ini setelah mereka kembali ke pangkuan Tuhan mereka..tanda kasih kita pada mereka yang tiada tolok bandingnya..

Apalah kiranya..jika kita menundukkan sedikit ego di jiwa demi kebaikan semua..demi kepentingan semua..apalah kiranya...

-------

Kesedaran tentang kerapuhan iman di jiwa itu ialah suatu anugerah yang berharga oleh Yang Maha Esa kepada kita dalam merubah keadaan diri kita yang sentiasa salah dan berdosa dalam menjalani hidup ini. Malang dan buruk sekali keadaan kita andainya tidak ada rasa kekurangan dan kesalahan pada diri sendiri lantas mendabik dada merasa diri melampaui segala..

Apalah kiranya..jika kita mengenang jasa dan menghormati mereka berserta keluarga mereka yang pernah membantu kita, walau sebesar zarah yang tidak kelihatan oleh pandangan mata..apalah kiranya..jika budi itu disemat ke dalam hati dan menyedari kesilapan diri sendiri..

------
Doa kami.

Wahai tuhan, mohon ampun atas dosa-dosa kami selama ini dan selepasnya. Kami memohon petunjuk dan pemeliharaanMu ke atas diri kami, Guru-guru kami, keluarga dan sahabat-sahabat kami dan seluruh umat Islam di muka bumiMu ini..

Wahai Tuhan, selamatkanlah kami dari segala fitnah, kebatilan dan kesesatan di dunia dan juga di akhirat..
Amin Ya Rabbal Alamin..

Sumbangan artikel

Assalammualaikum wbt,

Terima kasih pada tuan-tuan yang banyak menyumbang artikel2 yang menarik dan berguna dalam usaha memberi input kepada ahli-ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi di blog kelas USJ ini.

Artikel tuan-tuan akan kami paparkan sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa. Tak syok la kalau bubuh semua sekaligus, nanti depa dah tak mai dah blog USJ ni kalau dah dapat baca semua. heheh

Kami mengalu-alukan lagi pada sesiapa jua yang ingin menyumbang artikel-artikel yang menarik untuk dikongsi bersama di blog USJ ini. Sekiranya ada, bolehlah email kepada kami di warisanhanafi.usj@gmail.com.

Tuan-tuan yang nak tau tu rajin-rajin la masuk blog USJ hari-hari, setiap saat dan waktu untuk dapatkan info-info baru yang mudah-mudahan dapat memberi sedikit tambahan pengetahuan pada diri kita semua.

Semoga bangsa melayu seluruhnya, dan khususnya warga Silat Cekak Pusaka Hanafi menjadi orang-orang yang berilmu dan bertanggungjawab di dalam mendidik diri, keluarga dan masyarakat walau di mana jua selagi diberi izin olehNya.

Selamat membaca!

Segerak Searah!


*Sekali sekala baca artikel bahasa inggeris pun apa la salahnya ;)

COMBAT VISUALIZATION


COMBAT VISUALIZATION
By Sammy Franco

Combat visualization is the formation of mental images or picture to improve your self-defense skills and abilities. By frequently imaging yourself in various horrific self-defense scenarios, you are mentally familiarizing yourself with the look and feel of combat. As a result, the stress and “shock” of fighting (armed and unarmed) is significantly reduced. In essence, you are conditioning and programming your psychomotor system to respond effectively without freezing up or going into shock.

Research has proven that visual imaginary causes brain activity identical to that produced by actual combat experience. Even if the image is unrealistic or surreal, your body will produce a response that stimulates every cell in your body. This is particularly important for people who want to become combatively desensitized but have never experience actual combat.


Compiled by : RnD TaskForce (RDTF)

Baca lagi...

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008