<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Khamis, November 26, 2009

Hari Raya Qurban


A'uzubillah..Bismillahirahmannirrahim..

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, maka Ibrahim berkata : "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu!" (QS Ash Shafaat [37] : 102)

dan Nabi Ismail a.s menjawab..

"Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insyallah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar."
(QS Ash Shafaat [37] : 102)

Allah s.w.t memujinya di dalam Al-Quran :

"Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah Ismail (yang tersebut) di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang benar janjinya, dan dia adalah seorang Rasul dan Nabi."
QS Maryam [19] : 54

Allah s.w.t melanjutkan kisahnya di dalam Al-Quran :

"Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya di atas pelipis(nya), (di bahagian wajahnya) (nyatalah kesabaran keduanya.)" QS Ash-Shafaat [37] : 103

"Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus sembelihan itu dengan seekor sembelihan yang besar."
QS Ash-Shafaat [37] : 104:107)

-------

Allah s.w.t menguji Nabi Ibrahim a.s dengan perintah untuk menyembelih anaknya yang tercinta, dan Nabi Ibrahim dan Ismail a.s pun menunjukkan keteguhan, ketaatan dan kesabaran mereka dalam menjalankan perintah itu.

Lalu Allah s.w.t menggantikan dengan sembelihan besar, yakni berupa domba jantan dari Syurga, yang besar berwarna putih, bermata bagus, bertanduk serta diikat dengan rumput samurah.

Demikianlah Allah s.w.t membalas ketaatan dan kesabaran mereka dalam menjalankan perintah Allah s.w.t dengan memberi pahala di sisiNya, dan kelapangan serta jalan keluar dari kesulitan mereka..Wallahualam.

-------

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.

Semoga Iman sentiasa bertambah teguh dan tinggi di hati pada Allah s.w.t dan mudah-mudahan kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s menjadi satu teladan yang boleh kita manfaatkan di hari-hari mendatang.

Kasih dan teguhnya Iman mereka pada Allah s.w.t tiada tolok bandingnya. Semoga kita digolongkan di dalam golongan orang-orang yang benar-benar berIman dan Kasih padaNya sentiasa.

"Allahu akbar..Allahu akbar..Allahu akbar.."


Salam Aidil Adha!




Share

Baca lagi...

Selasa, November 24, 2009

Majulah Silat !




Share

Baca lagi...

Ahad, November 22, 2009

Taat ke Guru membawa berkat

Tunjang bagi sesuatu ilmu itu adalah Guru. Tanpa Guru, maka pincanglah kefahaman ilmu tersebut. Kerana itu di dalam Silat Cekak Ustaz Hanafi pemilihan Guru dibuat sendiri oleh Guru Utama, bukan oleh ahli/murid atau mana-mana pihak yang lain. Ini kerana hanya Guru yang sedia ada itu yang tahu akan ciri atau tanda² yang perlu ada pada penggantinya.


Almarhum Ustaz Hanafi telah memilih YM Guru Utama Hj Md Radzi Hj Hanafi sebagai pengganti beliau yang sah dan tunggal untuk meneruskan matlamat murni silat ini. Mandat sebagai Guru telah diperturunkan kepada YM Guru Utama Hj Md Radzi Hj Hanafi oleh Almarhum sendiri.

Inilah yang dilakukan oleh Almarhum Ustaz Hanafi di dalam soal pemilihan Guru. Dan begitu jua yang akan dilakukan kelak oleh Guru Utama kepada penggantinya. Maka seseorang anak murid yang benar² ikhlas di dalam mempelajari sesuatu ilmu dari seorang Guru haruslah menghormati dan meyakini akan keputusan Guru tersebut dan menyokong siapa jua pengganti yang dipilih oleh Guru Utama.

Sebab kita nak pandai pun sebab Guru, kita hanya menumpang keberkatan ilmu yang pada Guru. Kerana itu, diterangkan daripada awal di dalam pantang larang Silat Cekak Ustaz Hanafi iaitu, "Tidak boleh menderhaka kepada Guru".

Kes-kes yang kerap berlaku apabila murid menderhaka kepada Gurunya, kebiasaannya memang benar² terjadi senario "tiada ilmu yang lekat". Sebagai contoh, semasa dalam latihan boleh melakukan apa yang dipelajari, tetapi bila di dalam situasi yang terdesak atau memerlukan, ilmu yang dipelajari tidak menjadi lantas membawa malu atau padah pada diri sendiri. Itu adalah antara petanda bahawa ilmu yang dipelajari telah "tiada" dalam diri seseorang, dalam erti kata lain, "tiada keberkatan".

Setiap ilmu yang dipelajari adalah ilmu Guru, mana mungkin kita mengkhianati orang yang memberi kita ilmu dan berangan untuk terus mengamalkan ilmunya setelah kita mengkhianatinya. Lagi² kalau Guru itu adalah Guru sebenar Guru yang bermandat dan bersalasilah. Taat pada Guru membawa Berkat. Berhati-hatilah dalam berilmu, fahami betul² sesuatu perkara dan jangan rakus dalam membuat keputusan!


"Sebenar Guru ada Hakikat,
Dikuat pula amalan syariat,
Ditambah pula ilmu Maarifat,
Berpakaian pula dengan Isyarat."

"Taat ke Guru membawa berkat,
Sedikit belajar banyak yang dapat,
Jika merderhaka menjadi mudarat,
Semua ilmu tiada yang lekat."


Segerak Searah!

Hidup Cekak Hanafi!

Baca lagi...

Matlamat Silat Cekak Ustaz Hanafi


Matlamat Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia

Silat Cekak mempunyai faedah² yang besar kepada generasi baru. Bersilat bukan kerana silat sahaja tetapi mempunyai tujuan²nya yang tersendiri. Antaranya ialah :

1. Menghidupkan, memperkenalkan serta mempersebatikan pusaka bangsa yang merupakan seni kebudayaan keturunan yang hampir dilupakan.

2. Menanamkan perasaan cinta dan kasih akan hak dan warisan mutlak bangsa Melayu.

3. Menanamkan semangat bahawa kitalah yang bertanggungjawab menjaga diri sendiri, tanpa bergantung kepada orang lain.

4. Memberi pengertian tujuan dan matlamat bersilat, juga bertujuan dan mengapa hidup serta matlamat sebenar hidup itu.

5. Membasmi dan menentang tahyul dan khurafat yang tidak sesuai dengan iktikad Islam.

6. Menanamkan semangat dan roh Islam sebagai pegangan bagi menghadapi semua keadaan, masa perang, susah, berhadapan dengan kekasih, mahupun dengan musuh.

7. Memberi fahaman supaya dapat membezakan yang salah dengan yang betul, mana dunia dan mana akhirat, mana yang sah dan mana yang batal. Lebih tegas lagi membezakan yang mana Khalik dengan yang mana makhluk sehingga dapat menjadi Arifbillah.

Dengan fahaman ini barulah ilmu silat dapat memberi faedah yang besar supaya tidak mengikut emosi. Bertindak kerana yang hak dan kebenaran, baharulah mendapat pertolongan dari Allah s.w.t. Jadi jelaslah disini Silat Cekak Hanafi mempunyai tujuan² yang tertentu disamping menjaga diri ia juga sebagai alat untuk mendidik belia² Islam supaya menjadi insan yang sebenar-benarnya.

Segerak Searah!


*Temuramah dengan Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad

Baca lagi...

Rabu, November 18, 2009

KESILAPAN KETIKA BERSENAM

KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN SEMASA BERSENAM

Bersenam Keterlaluan
Bersenam berlebih-lebihan dan berterusan setiap hari boleh menjurus kepada kecederaan. Sebaik-baiknya selangkan satu atau dua hari dalam seminggu supaya tubuh dapat berehat dan dipulihkan. Jika anda bersenam berat pada hari ini, lakukan yang lebih ringan pada hari berikutnya.

Tidak memanaskan badan
Gerakkan regangan untuk memanaskan badan perlu setiap kali hendak memulakan senaman. Sekurang-kurangnya selama lima minit.

Beban yang terlalu berat
Jangan terpengaruh menggunakan beban yang berat semata-mata untuk membina otot dengan lebih cepat. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, gunakan beban ringan dengan ulangan yang kerap. Berat dumb-bell seharusnya tidak melebihi satu ataupun satu setengah kilo.

Terlalu cepat dan awal
Jika anda baru mula bersenam, mulakan dengan gerakan yang lembut dan efektif. Misalnya berenang atau berjalan.

Langkah yang silap
Bersenam dalam posisi yang salah bukan sahaja akan menyebabkan kerosakan tubuh malah ia langsung tidak mendatangkan faedah kepada diri anda. Jika anda bersenam sendiri di rumah, pastikan postur tubuh sentiasa dalam keadaan yang betul.


Tidak minum secukupnya
Minum air sebelum melakukan senaman, sewaktu bersenam dan selepas melakukannya.


Makan terlalu sedikit
Tambahkan tenaga dengan kabohidrat beberapa jam sebelum bersenam. Pisang atau pun sandwich adalah pilihan yang baik



Semoga dapat bersenam dengan lebih baik dan sihat selepas ini!

Credits : http://Anizyn.blogspot.com


Segerak Searah!

Baca lagi...

Ahad, November 01, 2009

PEKELILING MMK 2 (2009/2012)

Diambil dari laman web rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia http://utama.silatcekakhanafi.org/


PEKELILING MMK 2 (2009/2012)















26 Oktober 2009

Semua Ahli,
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia,

Semua Pihak Yang Berkaitan.
Tuan/Puan,

SAMAN PEMULA YANG MULIA TUAN GURU HAJI MD.RADZI HAJI HANAFI AL-QADHI

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20hb Oktober 2009 yang lalu telah membuat keputusan menolak permohonan Saman Pemula YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi terhadap Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2006/2009 yang menjalankan proses Siasatan Dalaman terhadap beliau yang tidak mengikut Prinsip Keadilan Asasi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Oleh kerana penolakan ini, YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi telah dinasihatkan oleh peguam beliau untuk meneruskan saman ini diperingkat Mahkamah Rayuan kerana peguam berpendapat terdapat beberapa faktor telah gagal dipertimbangkan dengan sewajarnya.

Sukacitanya turut dimaklumkan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini merupakan satu tindakan peribadi yang diambil oleh YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi terhadap Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2006/2009 dan ianya tidak terkesan terhadap kedudukan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia yang ditadbir secara sah oleh Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2009/2012 yang dipilih melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 28 Mac 2009 yang lalu melalui usul hilang kepercayaan dan menolak kepimpinan Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2006/2009.

Sehubungan itu dengan ini ditegaskan bahawa YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi merupakan Presiden Merangkap Guru Utama, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia yang sah dan diiktiraf oleh pihak persatuan sehingga ke hari ini tanpa sebarang halangan atau injuksi yang ditetapkan oleh mana-mana mahkamah di Malaysia.

Pihak persatuan memohon agar semua ahli bertenang dalam menghadapi provokasi dan kenyataan yang telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan suasana yang tidak selesa dikalangan ahli demi tanggungjawab ketenteraman dan keselamatan terhadap negara.

Sekian, wassalam.


MOHAMAD AMIN BIN ZAINUL ABIDIN
Setiausaha Agung

Baca lagi...

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008