<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Ahad, November 22, 2009

Matlamat Silat Cekak Ustaz Hanafi


Matlamat Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia

Silat Cekak mempunyai faedah² yang besar kepada generasi baru. Bersilat bukan kerana silat sahaja tetapi mempunyai tujuan²nya yang tersendiri. Antaranya ialah :

1. Menghidupkan, memperkenalkan serta mempersebatikan pusaka bangsa yang merupakan seni kebudayaan keturunan yang hampir dilupakan.

2. Menanamkan perasaan cinta dan kasih akan hak dan warisan mutlak bangsa Melayu.

3. Menanamkan semangat bahawa kitalah yang bertanggungjawab menjaga diri sendiri, tanpa bergantung kepada orang lain.

4. Memberi pengertian tujuan dan matlamat bersilat, juga bertujuan dan mengapa hidup serta matlamat sebenar hidup itu.

5. Membasmi dan menentang tahyul dan khurafat yang tidak sesuai dengan iktikad Islam.

6. Menanamkan semangat dan roh Islam sebagai pegangan bagi menghadapi semua keadaan, masa perang, susah, berhadapan dengan kekasih, mahupun dengan musuh.

7. Memberi fahaman supaya dapat membezakan yang salah dengan yang betul, mana dunia dan mana akhirat, mana yang sah dan mana yang batal. Lebih tegas lagi membezakan yang mana Khalik dengan yang mana makhluk sehingga dapat menjadi Arifbillah.

Dengan fahaman ini barulah ilmu silat dapat memberi faedah yang besar supaya tidak mengikut emosi. Bertindak kerana yang hak dan kebenaran, baharulah mendapat pertolongan dari Allah s.w.t. Jadi jelaslah disini Silat Cekak Hanafi mempunyai tujuan² yang tertentu disamping menjaga diri ia juga sebagai alat untuk mendidik belia² Islam supaya menjadi insan yang sebenar-benarnya.

Segerak Searah!


*Temuramah dengan Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad

0 Ulasan:

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008