<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Memaparkan catatan dengan label Kenduri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenduri. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 18, 2008

Kenduri kahwin Yusri dan Wahida

Yusri & Wahida, tenaga pengajar Kelas Latihan Intec Sek 18 Shah Alam.

Berakhir sudah perjuangan menempuh zaman bujang. Majlis berlansung dengan meriah dan berjaya di Dewan MPS Gombak.

Alhamdu Lillah bertemu jodoh di jinjang pelamin pada 16 ogos 2008. Tahniah pada anda berdua!

Yusri, berhati hati membelah lemang. ;)

Mazliza dan Wak

Khaidil dan Teacher Tina

Jejaka jejaka Pusat Latihan Masjid dan Intec

Mazliza dan Shidi, korang bila pulak nak naik pelamin? Kelihatan Shidi malu malu di sebelah pasangannya..nak kawin la tu

Pesan wak : Ko jangan guna keris ni mlm nanti koboi, mati anak orang nanti. Guna keris ko yang asli tu.
Yusri : baik wak.

Hadi dengan gaya ayu malu malu dengan beg tangan manja

Antara ahli ahli SCH yang hadir di majlis

Saudara Romano, Wak dan Kak Ros sedang menikmati nasi minyak yang enak sekali

Kelas Masjid, Usj dan Intec. Majmuk sungguh.

En Hardi Emrie dan anaknya Namnan

Kelas Masjid dan PTPL S.alam

ZamTek dan Sani dari Pusat Latihan Ibu Pejabat

Kami dari Kelas Usj mengucapkan tahniah pada pengantin dan semoga jodoh akan terus berkekalan hingga ke akhirnya. Dan sentiasa dilindungi Tuhan di bawah lembayung rahmatNya.

Amin

Baca lagi...

Selasa, Ogos 12, 2008

Kenduri Tahlil Ust Hanafi dan Sambutan Isra Mi'raj


Sila click banner untuk gambar penuh.


Mari kita sama-sama meluangkan sedikit masa untuk mengingati dan menghormati serta menghadiahkan sedikit amalan yang tak seberapa kepada Pengasas Silat Cekak Hanafi, Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad di rumah persatuan seperti tertera di atas.

Sekaligus mengambil peluang untuk mengutip mutiara mutiara kata yang bakal diucapkan oleh YM pada malam tersebut bersempena dengan sambutan Isra Mi'raj.

Bersama-sama kita menjadi murid yang kenang jasa kepada Guru yang mursyid walaupun dia telah tiada. Berbaktilah kita kepada penggantinya yang diwariskan secara hak dan benar. Guru Utama YM Md Radzi Hj Hanafi.

YM Guru Utama Hj Md Radzi Hj Hanafi


Almarhum Ustaz Hj Hanafi Hj Ahmad

Mari kita bersama YM Guru Utama di dalam majlis kenduri tahlil ini. Jasa mereka berdua tidak akan pernah dapat dibalas, semoga dengan cara menghadiahkan amalan yang tak seberapa ni mudah mudahan dapatlah kita membalas budi serta mengenang jasa Guru dan Almarhum Ustaz yang tercinta ini sedikit sebanyak. Semoga kita terus mendukung perjuangan suci ini bersama sama guru yang benar dan yang hak.



Semoga Allah s.w.t memberkati keluarga Almarhum seluruhnya dan memberi kekuatan dan kesabaran pada YM Guru Utama. Al-Fatihah.


Mari kita ke sana!

*Berkumpul di surau usj9 jam 7.50 mlm. Kita akan gerak jam 8mlm tepat.
*Sumbangan untuk makan adalah sebanyak rm10 seorang

Baca lagi...

Khamis, Julai 31, 2008

Walimatul urus!!

Jemputan ke majlis perkahwinan ~Hannani Ruwaidiyah & Syahril~, kakak kepada saudara Abdullah Hamam Mustafar & Ahmad Khalil Mustafar


Bertarikh seperti di bawah :


Tanggal 2hb Ogos 2008 (Sabtu)

Jam 12.00 Tghari - 4.00 Ptg

Bertempat di Dewan Serbaguna Putrajaya Precint 8


Demo silat bermuzik akan diadakan oleh :
Skuad Demo Elit Masjid Jamek Raja Tun Uda Shah Alam.
Jam lebih kurang 1.00 tengah hari.


Jumpa di sana!

Baca lagi...

Selasa, Julai 22, 2008

Ammar kawin!!

Ni gambar masa majlis perkahwinan Ammar bersama Tasha di kediaman beliau. Gambar lambat diterima dari saudara saibog yang sibuk berperang dengan jin jin di kediaman dan ofis beliau sehingga internet connection di gombak pun tergugat oleh bebola api milik saibog. Resingun!! Yah! Saibog berjaya bertahan! (saibog yang duduk di tengah berbaju putih, sexy kan?)




-----


Balik ke topik asal, tahniah pada Ammar dan Tasha kerana berjaya sampai ke jinjang pelamin yang indah berseri, credits to the mak andam. Yah!

Pasangan ini telah melakar banyak sejarah pahit dan manis sepertimana pasangan pasangan lain juga, dan telah melalui pelbagai dugaan dan ujian yang menduga kesabaran dan keikhlasan hati mereka.. Hanya mereka dan Tuhan yang tahu keperitan perjalanan mereka. Syukur kerana Tuhan memelihara jodoh mereka dan mengikat pertalian mereka di dalam pertalian yang suci. Semoga ia berkekalan ke akhir hayat. Amin.



Kepada anda berdua, kami dari Kelas Latihan USJ mengucapkan Syabas dan tahniah di atas kejayaan anda dan berharap anda dapatlah membunuh seramai mungkin orang orang kafir di malam DAN juga siang hari (membunuh orang kafir ialah terma yang digunakan untuk mengganti nama berjimak) ;)

Bak kata seorang isteri pada suaminya yang saya kenal, bang jom beribadat! (bersama dengan isteri juga merupakan salah satu ibadat. :P)

Semoga berbahagia dan sihat sejahtera sentiasa.

-----


Dan akhir sekali..

Tarik tali sorong tali

Ketuk ketampi jarang sekali

Andai ada ingatan di hati

Jenguk jenguklah kami di kelas usj ni

Amin.

Baca lagi...

Jumaat, Julai 18, 2008

Kenduri Tahlil dan Doa Selamat

170708

Majlis kenduri berlangsung dengan lancar dan ringkas di rumah Zul dan Sher di Taman Kenari Kajang. Ramai ahli kariah dan jiran tetangga serta keluarga terdekat hadir pada malam tersebut. Tidak ketinggalan ahli ahli silat cekak hanafi yang turut menghantar wakil bagi kelas masing masing.

Antara yang dapat hadir ialah En Romano, En Amam dan En Adam bagi mewakili kelas USJ dan En Saibog serta isteri yang mewakili kelas Masjid dan Puchong.

-----

Dari kiri ~ Romano, Ah Chong (Adam), Sher dan anaknye yang hampir jadi, Zul, Saibog, Eja (juga bersama anaknya yang hampir jadi) dan Tok Janggut. Eh, silap bukan, Amam rupenya.. ;)
-----


Lama tak bersua muka dengan pasangan bahagia ini. Sesekali bertemu begini terubat rindu di hati. Semoga berbahagia pada kamu berdua, dan yang akan menyusul tidak berapa lama lagi. ;)

Baca lagi...

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008