<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Memaparkan catatan dengan label Wajadiri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wajadiri. Papar semua catatan

Isnin, Julai 28, 2008

PERTANDINGAN WAJADIRI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI DI UTM SKUDAI MERIAH!!


SKUDAI 26 Julai 2008

Seramai 703 peserta Silat Cekak Hanafi di seluruh IPT dan sekolah di seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Wajadiri Nasional Peringkat Pusat Latihan (PL), IPT dan sekolah sempena Karnival Sambutan 21 Tahun Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Universiti Teknologi Malaysia yang diadakan di Dewan Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia .

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Prof Ir.Dr. Alias B. Mohd Noor, Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia. Turut hadir Yang Mulia Tuan Guru Tuan Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi

Bertemakan “Belia Pembina Generasi Gemilang " pertandingan ini disertai 703 perserta yang mewakili 39 kontingen IPT dan sekolah. Matlamat pertandingan ini adalah untuk mengetengahkan Seni Silat Cekak Hanafi sebagai suatu wadah dalam membentuk remaja berdisiplin dan berwawasan, di samping memartabatkan seni mempertahankan diri sebagai warisan budaya.

Sebanyak 20 kategori telah dipertandingkan.

Maktab Melayu Kuala Kangsar telah menjuarai pertandingan bagi peringkat sekolah lelaki manakala MRSM Transkrian bagi peringkat sekolah wanita.

Juara bagi katogeri IPT peringkat sekolah dimenangi oleh PTPL Shah Alam ,bagi peringkat wanita dimenangi oleh Pusat latihan Shah Alam Selangor.



Bagi anugerah persilat lelaki terbaik kategori sekolah telah dimenangi oleh Wan Mohd Amirul mewakili Maktab Melayu Kuala Kangsar Perak manakala persilat wanita terbaik dimenangi oleh Tengku Nur Syafawati dari MRSM Transkrian Pulau Pinang.

Anugerah persilat lelaki peringkat IPT dimenangi oleh Shahrizan Mohd Ali daripada PTPL dan persilat wanita dimenangi oleh Siti Hawa Ramli yang mewakili UTM Skudai.


Negeri Sarawak telah dipilih sebagai tuan rumah pertandingan Wajadiri bagi tahun 2009.Serentak dengan itu juga Yang Mulia Tuan Guru Haji Md Radzi Hanafi juga telah melancarkan kempen “Jom Pi Sarawak”.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KPD TEAM WAJADIRI KOLEJ PTPL DAN KEPADA SEMUA AJK YG TERLIBAT!!

Baca lagi...

Selasa, Julai 15, 2008

Wajadiri 26 Julai 2008

Assalammualaikum w.b.t

Wajadiri Cekak Hanafi kembali lagi!

Pertandingan Wajadiri Peringkat Pusat Latihan, IPT dan Sekolah akan diadakan di UTM Skudai Johor Darul Takzim. Sahabat sahabat di selatan tanah air ini sedang bertungkus lumus dengan persiapan yang akan datang tidak berapa lama lagi.

Pertandingan wajadiri melibatkan kesemua pasukan dari kelas masing masing dari seluruh Malaysia untuk mempersembahkan demo dan kreativiti sendiri menurut kaedah pembelajaran mata pelajaran Silat Cekak Hanafi. Yang paling, kemas, tangkas, tepat dan pantas menurut kaedah mata pelajaran akan dirangkul sebagai juara pada tahun tersebut.

Barisan juri juri yang berpengalaman dan tidak makan dek rasuah dan pujuk rayu pasti memberikan penilaian yang adil dan tepat kepada setiap peserta bagi memberikan keadilan kepada semua pihak.

-----

Sangat dialu alu kan kehadiran dan penyertaan semua ahli silat dari seluruh negeri dan kelas untuk bersama sama memeriahkan dan memberi sokongan padu demi untuk menjayakan event yang bersejarah ini.

Inilah peluang untuk anda menyaksikan kehebatan dan kesungguhan ahli ahli dari serata pelusuk negeri memerah keringat jantan menonjolkan skill dan seni kreativiti dari kelas masing masing.





Berita diterima ada percubaan dari pihak pihak tertentu untuk menggagalkan majlis ini dari berlangsung dengan aman dan teratur.

Namun, walaupun mereka menghantar beberapa makhluk perosak yang 'tersesat' haluannya merayap menghantar surat pada beberapa pihak terbabit untuk menggagalkan dan membatalkan jemputan YM Md Radzi Hanafi ke majlis wajadiri tersebut,namun ternyata makhluk-makhluk itu berjaya dinyah kan bersama sama surat rayuannya.

Oleh itu,

UTM Skudai Johor dengan berbesar hati dan dengan bangganya mengakui dan menjemput Yang Mulia Guru Utama Md Radzi bin Haji Hanafi sebagai V.I.P pada majlis gilang gemilang tersebut!

Kepada semua ahli silat, ayuh kita korbankan sedikit wang, masa dan tenaga untuk memberikan sokongan kepada rakan-rakan seperjuangan di sana.

Semoga dengan kehadiran anda semua akan bertambahnya bilangan kedatangan ahli dari seluruh negeri dan mudah mudahan akan dapat memberikan semangat dan kesan positif kepada perkembangan perjuangan Ustaz Hanafi dan YM Md Radzi di dalam memartabatkan warisan budaya dan pusaka bangsa dan agama.

Semoga Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang memberkati usaha ini. Amin.

Segerak searah!

Baca lagi...

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008