<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Memaparkan catatan dengan label Majlis Ijazah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Ijazah. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 28, 2008

Tahniah! Congrates! Syabas! Well done! Baguih dok ada! Hohoho

Assalammualaikum para pejuang dan pendokong Silat Cekak Pusaka Hanafi.

27 Ogos 2008

Majlis ijazah telah berlangsung dengan lancar dan teratur di rumah persatuan keramat kuala lumpur. Walaupun ramai yang lewat tiba ke majlis lantaran hujan lebat yang tiada henti, namun YM tenang menunggu kedatangan murid-muridnya yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Alhamdulillah tiada yang kena marah kerana hadir lewat ke majlis malam itu.

Tahniah dan syabas kepada Saudara Mohd Firdaus Ramli dan Abdullah Ahmad Hamdan kerana telah berjaya ke peringkat tamat sementara Saudara Rahmat pula telah berjaya diijazahkan ke peringkat rahsia, atau juga dikenali dengan peringkat potong. Bangga kami melihat kesungguhan dan dedikasi saudara bertiga kerana bersungguh sungguh mencuba untuk ke majlis ijazah walau berbagai dugaan mendatang. Tahniah dan selamat maju jaya pada peringkat seterusnya!

-----

Berkenaan dengan perihal kelewatan ke majlis atau tidak menepati janji seperti yang terjadi pada malam tersebut,namun dimaafkan oleh sebab sebab yang benar benar tidak dapat di elakkan, saya kongsikan sedikit cerita dari beberapa member member lama yang seangkatan yang pernah menceritakan pada saya satu waktu dulu.

Pernah sekali terjadi di rumah persatuan Bangi, sekumpulan murid yang sepatutnya tiba awal untuk ijazah pada malam tersebut datang lewat. Sehingga YM tertunggu tunggu kedatangan mereka untuk jalankan ijazah. Bukan sorang dua yang lewat, satu gerombolan semuanya lewat! Walaupun waktu telah diberitahu awal awal supaya datang tepat pada masa, tapi tetap lambat jugak. Ini kalau bawak perang, memang SAH kalah!

Keputusannya YM tidak jadi untuk meneruskan ijazah pada malam tersebut dan dia angkat kaki lalu pulang. Terpinga tertunduk lah murid2 tersebut oleh kerana kesalahan diri sendiri lantaran kerana sikap yang kurang mementingkan ketepatan berjanji dan tidak ambil berat tentang pengurusan masa. Mungkin mereka anggap janji itu satu perkara yang remeh. Maka, terimalah habuannya oleh insan yang bergelar Guru.

Begitulah seingat ingat saya cara cerita itu diceritakan pada saya, jikalau ada saya tersilap maafkan lah saya. Saya sekadar berkongsi cerita. Bukan untuk memburukkan atau menaikkan mana mana pihak. Nama kelas tersebut saya tidak nyatakan di sini. Cukup sekadar perkara itu menjadi sebuah pengajaran bagi kita yang masih hidup ini. Agar kita boleh cuba berikhtiar untuk menjadi seorang insan yang memilikki sifat amanah dan menepati janji bila berjanji. Dan
agar kita boleh memperbaiki lagi keadaan diri kita yang serba kekurangan ini menjadi lebih baik lagi. Kita boleh! Yah!

-----

Seperti yang YM terapkan di dalam pengisian Cekak Hanafi, tentang pentingnya bagi seorang manusia memiliki salah satu sifat Nabi Muhammad s.a.w. Seperti yang kita tahu iaitu, SIDDIQ AMANAH TABLIGH FATANAH. Kalau kita dapat memiliki salah satu dari yang empat ini pun dah cukup bagus, apakan lagi memilikki ke empat empatnya. Namun apa yang mampu kita lakukan ialah berusaha sedaya mungkin, dan biarlah keputusannya ditentukan oleh Yang Maha Esa.

Pentingnya berguru dengan Guru yang Mursyid dan Siddiq, kerana keberkatan Guru ini yang akan kita tumpang untuk memahami hakikat dunia dan hidup ini. Maka seharusnyalah kita wajib merasa bersyukur dan berterima kasih pada ALLAH s.w.t khususnya kerana mentakdirkan untuk bertemu dengan Guru Utama yang dikasihi, Hj Md Radzi b. Hj Hanafi dan masih kekal bersama beliau. Lain orang lain bahagiannya, tetapi ini bahagian kita. Lain orang lain pula tanggapannya terhadap Guru Utama, tetapi ini tanggapan kami. Terima kasih kami pada Tuan Guru yang banyak mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit bagi membimbing anak anak murid yang terkapai kapai di lautan dunia ini. Jasa dan budi Tuan Guru tidak dapat kami balas walau kaya mana sekalipun harta kami. Semoga Allah s.w.t memudahkan segala galanya bagi Tuan Guru sekeluarga.

-----

Dengan izin Allah s.w.t, semoga kita semua yang masih diberi peluang untuk tetap bersama YM di dalam perjuangan Silat Cekak Pusaka Hanafi ini, diberikan taufiq dan hidayah serta kekuatan dan sifat istiqomah untuk berusaha sedaya mungkin bagi membaiki lagi keadaan diri kita, untuk menjadi yang lebih baik mengikut jejak sifat Nabi Yang Mulia, Muhammad Rasullulah, sekaligus memberi kesan kepada masyarakat di sekeliling kita. Dan semoga kita diberi petunjuk dan hidayah untuk terus kekal di atas jalan yang benar bersama YM yang dikasihi di dalam perjuangan ini.


Teruskan perjuangan, pendokong pendokong Cekak Hanafi, yang baru dan juga yang lama, di dalam menegakkan kebenaran yang hakiki!



HIDUP CEKAK HANAFI!

Segerak Searah!


~~~~~

Pesan YM : "Berusaha lah kamu semampunya, yang kamu tidak boleh jadi hanyalah Nabi sahaja. Apa sahaja di bawah peringkat Nabi, boleh lah kamu berusaha untuk mencapainya."


Wassalam.

Baca lagi...

Khamis, Julai 03, 2008

Pengambilan 4 Orang Ahli Baru

Bagi pihak warga kerja kelas latihan USJ, tahniah diucapkan kepada ahli-ahli baru yang berjaya menerima ijazah dari Guru Utama Silat Cekak Ustaz Hanafi Yang Mulia Md. Radzi Haji Hanafi.

Keempat-empat ahli tersebut diijazahkan dengan sempurna tepat jam 9 malam di suatu Majlis Ijazah yang diadakan di Rumah Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi.

Majlis tersebut meriah dengan kehadiran ahli-ahli dari segenap kelas dan pusat latihan setempat di Lembah Klang.



Segak berbaju melayu dengan persalinan penuh, 4 ahli baru itu teruja dengan majlis tersebut. Sikap mudah mesra dan pembawakan Guru Md. Radzi membuatkan mereka rasa lebih selesa, bahkan teruja dengan pergerakan ini.


Selesai penerimaan ijazah tersebut, keempat ahli baru itu dan hadirin sekalian didengarkan kisah perjuangan para Ulul Azmi dan digesa untuk mengambil iktibar dari ketabahan, kesabaran dan tawakal mereka kepada Allah disaat dugaan datang menimpa-nimpa.

Berpegang teguh kepada perintah Allah dan ikhlas mencari keredhaan-Nya menjadi intipati utama kepada ucapan Guru Md. Radzi. Selain dari itu, beliau turut menceritakan sejarah penciptaan manusia dan unsur-unsur yang membentuk mandiri, dan menasihati para pelajar untuk sentiasa yakin kepada qada dan qadar Allah.

Beliau turut membutirkan kelebihan yang Allah berikan kepada golongan ibadah dan kaitannya dengan amalan mandian silat.

Selesai majlis tersebut, ahli-ahli baru itu berkata mereka sangat menghargai nasihat dan tunjuk ajar Guru Md. Radzi dan kata mereka lagi, "ibarat mendapat ilmu baru di dalam dunia yang berbeza".

-----

Masih ramai yang teguh berdiri menyokong YM Md Radzi, walau berbagai fitnah dan tohmahan yang telah dilemparkan. Alhamdulillah, semoga ahli ahli kelas USJ dan kelas kelas serta pusat latihan lainnya terus diberikan izin untuk terus kekal bersama di bawah pimpinan YM Md Radzi Hj Hanafi hingga ke titisan darah terakhir.

-----

Segerak Searah!

Baca lagi...

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008