<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan

Selasa, Mei 24, 2011

SMS PESAN GURU

As salam semua,

SMS PESAN GURU akan dilancarkan pada 27 May ini. RM35.00 untuk langganan setahun kalau daftar sebelum 27 May 2011. Daftar selepas 27 May harganya RM50.00. Digalakkan untuk melanggan Pesan Guru ini supaya kita sama-sama dapat belajar secara terus melalui sms dgn Pewaris Mutlak Silat Cekak.

Untuk berdaftar :

Emailkan nama, ic, no hp dan cawangan/kelas kepada :

mohdibrahim21@gmail.com atau smskan ke 019-2177 021.

Emailkan slip pembayaran atau hubungi no di atas utk pengesahan.


Boleh bank-in atau transfer ke akaun :

1. MOHD IBRAHIM ABU BAKAR 1512 12 697 157 MAYBANK

2. MOHD IBRAHIM ABU BAKAR 121 6006 1600 526 CIMB


Untuk memudahkan urusan bayaran hendaklah dibuat sebelum 26 May 2011.


Sekian.


Satu Suara
Satu Hati





Share

Baca lagi...

Selasa, Oktober 20, 2009

T-Shirt CENDERAHATI Kelas USJ Tempahan Ke-2!

"Cun weh design ni!"
begitulah komen member2 yang melihat design t-shirt cenderahati (BUKAN T-SHIRT LATIHAN) kelas latihan USJ, hehe. Rekaan t-shirt ini dibuat oleh designer kelas USJ iaitu saudara Ahmad Khalil. Pengeluaran t-shirt ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi memajukan lagi pergerakan kelas latihan USJ. Jika ada sesiapa yang berminat untuk membeli, TEMPAHAN DITERIMA.

Kualiti baju t-shirt ini dijamin (gambar sampel t-shirt akan di'post'kan secepat mungkin), oleh itu harga tempahan bagi sehelai t-shirt adalah RM30.00. Terdapat saiz S, M, L, XL,XXL, XXL (saiz Asia). Butiran lanjut mengenai tempahan ada di bawah. Cetakan t-shirt akan dibuat setelah jumlah tempahan melebihi 20 helai. Jadi, ajak lebih ramai member tempah, lebih cepat tempahan anda akan disiapkan hehe :D


Design depan


Design belakang

Kepada yang berminat untuk membuat tempahan sila e-mailkan butiran [ nama, alamat, e-mail, no. telefon, jumlah tempahan dan saiz ] t-shirt ke warisanhanafi.usj@gmail.com. Setelah pengesahan dibuat, nombor akaun untuk pembayaran akan di e-mailkan kepada anda. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saudara Ahmad Khalil di talian 012 219 3607.
* Penghantaran ke luar daripada Selangor akan di kenakan bayaran tambahan mengikut kadar perkhidmatan penghantaran yang berpatutan.

Baca lagi...

Rabu, September 30, 2009

Utusan Aidilfitri



Assalammualaikum warga CH !

Dengan ini, kami dari Pusat Latihan USJ ingin menyusun jari jemari, memohon maaf seandainya ada salah dan silap secara lisan, perbuatan mahupun lintasan hati. Semoga perhubungan di antara kita semua sentiasa erat dan diberkati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Daripada : Seluruh ahli-ahli Pusat Latihan USJ

Baca lagi...

Isnin, Jun 22, 2009

Kenang Jasa

Salam sejahtera,

Kepada semua ahli SCH yang sebenar, dijemput tuan-tuan ke Majlis Mengenang Jasa Ibu Bapa dan Guru pada minggu ini. Butiran seperti berikut : -

Tarikh : 25/06/09 (Khamis)

Masa : 8.00 malam

Lokasi : Rumah Persatuan Taman Melawati

Pakaian : Baju Melayu Lengkap / Baju Kurung

Bayaran : RM10.00

Semua ahli dijemput hadir bagi memantapkan lagi kefahaman berkenaan perhubungan dan keberkatan yang ada pada Ibu, Bapa dan Guru menurut perspektif dan syariat Islam.

Sekian.

Baca lagi...

Ahad, Jun 14, 2009

3 ucapan

Salam sejahtera,

Maaf dipinta kerana sudah agak lama tidak menulis di sini. Masing-masing terikat oleh tugas dan kerja. Walaubagaimanapun, untuk tidak melupakan hari hari penting yang telah berlalu, ingin kami mengucapkan Selamat Hari Guru pada semua guru-guru dan khas buat insan mulia, YM Guru Utama Hj Md Radzi Hj Hanafi. Dengan ucapan setingg-tinggi terima kasih yang tidak terhingga di atas segala tunjuk ajar dan didikan yang diberi oleh Tuan Guru selama ini. Siapalah kami andai tidak dididik dan dikasihi oleh insan bergelar Guru.

Seterusnya, selamat hari ibu diucapkan kepada semua insan mulia yang bergelar ibu, yang telah terlalu banyak berkorban dan menitiskan airmata demi anak-anak mereka. Ibu, tanpamu tiadalah kami di muka bumi ini, tiada ucapan terima kasih yang mampu menyamai segala pengorbanan dan limpahan kasih sayang yang telah diberi.

Kepada semua insan mulia yang bergelar Bapa, selamat hari bapa kami ucapkan. Dengan keringat dan pengorbanan bapa kami membesar dan dilindungi dari panas dan hujan serta pelbagai bahaya. Dengan membanting tulang empat kerat bapa kami dapat menikmati hidup dengan lebih sempurna dan sejahtera. Tiada ternilai diri kami ini andai dibandingkan dengan pengorbanan bapa selama ini.


Semoga perhubungan di antara anak dan ibu bapa bertambah erat,makmur dan sejahtera, dan semoga perhubungan di antara murid dan guru juga bertambah berkat dan berkekalan. Buat 3 insan mulia ini, tanpa salah seorang dari kalian, tidakkan sempurna hidup kami,terima kasih di atas segalanya.


Segerak Searah!

Baca lagi...

Sabtu, Mei 30, 2009

Berita terkini

Salam warga CH,


YM telah berlepas ke tanah suci pada 29 may 2009 bersama 70 orang jemaah bagi menunaikan umrah dan ziarah. Ramai ahli-ahli yang turut sama berada di KLIA untuk menghantar YM dan para jemaah sehinggakan hampir penuh ruang berlepas di kaunter M oleh ahli-ahli CH yang teguh setia berdiri menyokong YM.

Semoga YM dan para jemaah selamat tiba dan kembali serta dipermudahkan segala urusan semasa menjalani ibadah umrah di sana.

Sekian.


Segerak Searah!

Baca lagi...

Isnin, April 27, 2009

Berita terkini

Assalammualaikum warga CH sekalian,

Semoga berada di dalam keadaan sihat walafiat sentiasa di samping kebenaran yang nyata. Mudah-mudahan dijauhkan dari kebatilan dan rakusnya nafsu manusia.

Dah lama kami tidak menulis di sini secara bebas dan tanpa was-was untuk menyampaikan sedikit sebanyak info dan perkembangan tentang aktiviti kelas dan persilatan. Setelah melalui pengalaman yang bagi kami amat berharga tidak berapa lama dahulu, tinta-tinta kami terpaksa dinukilkan dengan lebih cermat dan teratur bagi mengelakkan bait-bait perkataan dan maklumat di sini diguna pakai oleh pihak-pihak tertentu yang amat seronok memanipulasi fakta dari keadaan yang sebenar. Walau bagaimanapun, dengan tatacara dan guideline yang diberi, insyallah kami akan menyampaikan sedikit sebanyak info dan maklumat terkini khususnya tentang aktiviti kelas USJ dan sekitarnya.

Di antara berita dan perkembangan terbaru kelas USJ semenjak dua menjak ni ialah telah munculnya beberapa srikandi dari bumi Johor Darul Takzim ke kelas USJ yang sememangnya kekurangan bunga-bungaaan di taman. Kehadiran mereka-mereka ini telah manambahkan lagi keserian dan kesuburan tanah di padang latihan terbabit. Almaklumlah, setelah sekian lama kelas USJ dihuni oleh beberapa kumbang-kumbang sepi yang masih tak ada yang punya lagi, macam mana nak dtg serinya. keh keh keh.

Kepada mereka yang baru sampai ke kelas USJ, kami ucapkan selamat datang dan tahniah kerana berjaya mencari jalan untuk sampai ke sini, walaupun ada yang tersesat berkali-kali dan barangkali ada pengguna jalan raya lain ternaik divider dek terkejut ternampak beberapa motorsikal bergerak tanpa pemandu di waktu malam, dan ada juga yang sanggup datang daripada jauh untuk berlatih di kelas USJ, mereka tetap sampai dengan jaya dan selamatnya. Tahniah! *gambar akan menyusul kemudian

Kami tanpa segan silu mengalu alukan kedatangan anda semua ke kelas USJ. Mudah-mudahan dengan kehadiran anda semua akan dapat memeriahkan lagi suasana kelas dan membantu sedikit sebanyak perkembangan di kelas USJ yang serba kekurangan ini. Dan kami menjemput juga ahli-ahli lama atau baru yang tinggal berdekatan kawasan USJ/Subang Jaya untuk datang ke kelas USJ sekiranya ingin menyambung latihan mahupun sekadar menyambungkan silaturahim. Kedatangan anda dialu-alukan.

Semoga perhubungan di antara sesama murid-murid dan guru YM Tuan Guru Hj Md Radzi Hj Hanafi sentiasa berkekalan dan diberkati selamanya. Dan semoga sentiasa diselamatkan daripada menjadi anak murid yang durhaka terhadap Guru yang banyak berjasa dari segi zahir mahupun batin. Amin Ya Rabbil Alamin.


Wassalam.


Segerak Searah!

Baca lagi...

Selasa, Mac 03, 2009

Sumbangan artikel

Assalammualaikum wbt,

Terima kasih pada tuan-tuan yang banyak menyumbang artikel2 yang menarik dan berguna dalam usaha memberi input kepada ahli-ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi di blog kelas USJ ini.

Artikel tuan-tuan akan kami paparkan sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa. Tak syok la kalau bubuh semua sekaligus, nanti depa dah tak mai dah blog USJ ni kalau dah dapat baca semua. heheh

Kami mengalu-alukan lagi pada sesiapa jua yang ingin menyumbang artikel-artikel yang menarik untuk dikongsi bersama di blog USJ ini. Sekiranya ada, bolehlah email kepada kami di warisanhanafi.usj@gmail.com.

Tuan-tuan yang nak tau tu rajin-rajin la masuk blog USJ hari-hari, setiap saat dan waktu untuk dapatkan info-info baru yang mudah-mudahan dapat memberi sedikit tambahan pengetahuan pada diri kita semua.

Semoga bangsa melayu seluruhnya, dan khususnya warga Silat Cekak Pusaka Hanafi menjadi orang-orang yang berilmu dan bertanggungjawab di dalam mendidik diri, keluarga dan masyarakat walau di mana jua selagi diberi izin olehNya.

Selamat membaca!

Segerak Searah!


*Sekali sekala baca artikel bahasa inggeris pun apa la salahnya ;)

Baca lagi...

Sabtu, Februari 28, 2009

Pengumumang!

Salam sejahtera pada semua.

Pada tanggal 22hb mac 2009, ujian Sijil Rendah Persilatan akan diadakan di Zon Shah Alam. Seandainya ada ahli-ahli yang masih belum menduduki ujian dan mahu menjalani ujian bolehlah berhubung secepat mungkin dengan saudara Faizal Romano di talian 017 2433 217 untuk urusan pendaftaran dan pengurusan.

Sekian terima kasih.



Baca lagi...

Jumaat, Ogos 15, 2008

Pengumuman! Posto! Posto!

Assalammualaikum w.b.t

Dengan ini diumumkan bahawa saudara Mohd Zul Iqram b. Mohd Razalli dengan rasmi nya dilantik kembali untuk menyandang tugas sebagai pembantu penyelia yang hensem lagi berdedikasi di Kelas Latihan USJ Subang Jaya bagi menggantikan tempat saudara Ammar b Ahmad yang memohon untuk berehat sementara.

Diharap dapatlah kiranya kita semua memberi kerjasama yang padu kepada En Mohd Zul Iqram ataupun lebih mesra dikenali dengan panggilan Zul Bob bagi memudahkan beliau menjalankan tugas di sini. Semoga dipermudahkan segala urusan.


Dari kiri belakang : Hardi Emrie, Shah Ali, Zul Bob.

Dari kiri depan : Ahmad Khalil, Saiful G dan Mohd Faizal Romano

Dari kiri : Zulbob, Adam Muhammad, Faizal Romano
p/s : Ini je gamba-gamba yang berjaya dikesan yang ada gambar Zulbob. Puas geledah tak jumpa.ceh.

...Sekali terjumpa gambar di bawah ni dalam cd..

Mohd Zul Iqram Mohd Razalli
B
elek punya belek sekali jumpa daa gamba ni..bob, ko kene belanje teh tarik ni penat cari gamba ko ni. haha


Kepada saudara Zulbob, kami dengan berbesar hati mengalu alukan sumbangan anda yang tidak berbelah bagi untuk mengembangkan lagi sayap persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi di bawah pimpinan YM Hj Md Radzi Hj Hanafi khususnya di Kelas Latihan USJ ini. Semoga perhubungan dan perjuangan anda dan ahli-ahli yang lain tetap subur berkekalan hingga ke akhirnya.

Tahniah dan selamat berbakti!


Segerak Searah!

Baca lagi...

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008