<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Khamis, Ogos 28, 2008

Tahniah! Congrates! Syabas! Well done! Baguih dok ada! Hohoho

Assalammualaikum para pejuang dan pendokong Silat Cekak Pusaka Hanafi.

27 Ogos 2008

Majlis ijazah telah berlangsung dengan lancar dan teratur di rumah persatuan keramat kuala lumpur. Walaupun ramai yang lewat tiba ke majlis lantaran hujan lebat yang tiada henti, namun YM tenang menunggu kedatangan murid-muridnya yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Alhamdulillah tiada yang kena marah kerana hadir lewat ke majlis malam itu.

Tahniah dan syabas kepada Saudara Mohd Firdaus Ramli dan Abdullah Ahmad Hamdan kerana telah berjaya ke peringkat tamat sementara Saudara Rahmat pula telah berjaya diijazahkan ke peringkat rahsia, atau juga dikenali dengan peringkat potong. Bangga kami melihat kesungguhan dan dedikasi saudara bertiga kerana bersungguh sungguh mencuba untuk ke majlis ijazah walau berbagai dugaan mendatang. Tahniah dan selamat maju jaya pada peringkat seterusnya!

-----

Berkenaan dengan perihal kelewatan ke majlis atau tidak menepati janji seperti yang terjadi pada malam tersebut,namun dimaafkan oleh sebab sebab yang benar benar tidak dapat di elakkan, saya kongsikan sedikit cerita dari beberapa member member lama yang seangkatan yang pernah menceritakan pada saya satu waktu dulu.

Pernah sekali terjadi di rumah persatuan Bangi, sekumpulan murid yang sepatutnya tiba awal untuk ijazah pada malam tersebut datang lewat. Sehingga YM tertunggu tunggu kedatangan mereka untuk jalankan ijazah. Bukan sorang dua yang lewat, satu gerombolan semuanya lewat! Walaupun waktu telah diberitahu awal awal supaya datang tepat pada masa, tapi tetap lambat jugak. Ini kalau bawak perang, memang SAH kalah!

Keputusannya YM tidak jadi untuk meneruskan ijazah pada malam tersebut dan dia angkat kaki lalu pulang. Terpinga tertunduk lah murid2 tersebut oleh kerana kesalahan diri sendiri lantaran kerana sikap yang kurang mementingkan ketepatan berjanji dan tidak ambil berat tentang pengurusan masa. Mungkin mereka anggap janji itu satu perkara yang remeh. Maka, terimalah habuannya oleh insan yang bergelar Guru.

Begitulah seingat ingat saya cara cerita itu diceritakan pada saya, jikalau ada saya tersilap maafkan lah saya. Saya sekadar berkongsi cerita. Bukan untuk memburukkan atau menaikkan mana mana pihak. Nama kelas tersebut saya tidak nyatakan di sini. Cukup sekadar perkara itu menjadi sebuah pengajaran bagi kita yang masih hidup ini. Agar kita boleh cuba berikhtiar untuk menjadi seorang insan yang memilikki sifat amanah dan menepati janji bila berjanji. Dan
agar kita boleh memperbaiki lagi keadaan diri kita yang serba kekurangan ini menjadi lebih baik lagi. Kita boleh! Yah!

-----

Seperti yang YM terapkan di dalam pengisian Cekak Hanafi, tentang pentingnya bagi seorang manusia memiliki salah satu sifat Nabi Muhammad s.a.w. Seperti yang kita tahu iaitu, SIDDIQ AMANAH TABLIGH FATANAH. Kalau kita dapat memiliki salah satu dari yang empat ini pun dah cukup bagus, apakan lagi memilikki ke empat empatnya. Namun apa yang mampu kita lakukan ialah berusaha sedaya mungkin, dan biarlah keputusannya ditentukan oleh Yang Maha Esa.

Pentingnya berguru dengan Guru yang Mursyid dan Siddiq, kerana keberkatan Guru ini yang akan kita tumpang untuk memahami hakikat dunia dan hidup ini. Maka seharusnyalah kita wajib merasa bersyukur dan berterima kasih pada ALLAH s.w.t khususnya kerana mentakdirkan untuk bertemu dengan Guru Utama yang dikasihi, Hj Md Radzi b. Hj Hanafi dan masih kekal bersama beliau. Lain orang lain bahagiannya, tetapi ini bahagian kita. Lain orang lain pula tanggapannya terhadap Guru Utama, tetapi ini tanggapan kami. Terima kasih kami pada Tuan Guru yang banyak mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit bagi membimbing anak anak murid yang terkapai kapai di lautan dunia ini. Jasa dan budi Tuan Guru tidak dapat kami balas walau kaya mana sekalipun harta kami. Semoga Allah s.w.t memudahkan segala galanya bagi Tuan Guru sekeluarga.

-----

Dengan izin Allah s.w.t, semoga kita semua yang masih diberi peluang untuk tetap bersama YM di dalam perjuangan Silat Cekak Pusaka Hanafi ini, diberikan taufiq dan hidayah serta kekuatan dan sifat istiqomah untuk berusaha sedaya mungkin bagi membaiki lagi keadaan diri kita, untuk menjadi yang lebih baik mengikut jejak sifat Nabi Yang Mulia, Muhammad Rasullulah, sekaligus memberi kesan kepada masyarakat di sekeliling kita. Dan semoga kita diberi petunjuk dan hidayah untuk terus kekal di atas jalan yang benar bersama YM yang dikasihi di dalam perjuangan ini.


Teruskan perjuangan, pendokong pendokong Cekak Hanafi, yang baru dan juga yang lama, di dalam menegakkan kebenaran yang hakiki!



HIDUP CEKAK HANAFI!

Segerak Searah!


~~~~~

Pesan YM : "Berusaha lah kamu semampunya, yang kamu tidak boleh jadi hanyalah Nabi sahaja. Apa sahaja di bawah peringkat Nabi, boleh lah kamu berusaha untuk mencapainya."


Wassalam.

Baca lagi...

Sabtu, Ogos 23, 2008

Matlamat dan Nilai nilai murni

Matlamat Dan Nilai-nilai Murni

Matlamat Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia


*Untuk mendaulat dan menanam rasa cinta kepada kebudayaan pusaka asli bangsa melayu selaras dengan teras kebangsaan dan dasar kebudayaan

*Untuk membasmi dan menentang segala bentuk kefahaman, imu ghaib, tahyul dan khurafat yang sememangnya bercanggah dengan ajaran Islam.


~~~~~

Nilai-nilai murni


*Menanamkan semangat percayakan diri sendiri di mana kitalah yang bertanggungjawab menjaga diri sendiri.


*Menanamkan semangat untuk sentiasa mengenang dan membalas budi terutama kepada Guru, Ibu dan Bapa.

*Menganjurkan semangat setiakawan, perpaduan dan kekuatan.


*Menanamkan sifat-sifat keberanian, bercakap benar, beramanah dan bijaksana.


Baca lagi...

Khamis, Ogos 21, 2008

Ringkasan Persilatan

Silat Cekak Hanafi ialah sejenis silat bela diri yang benar-benar asli, bukannya sejenis silat permainan atau Silat Olahraga.

Silat Cekak Hanafi mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dengan mempunyai buah-buah pukulan dan kunci-kunci tangkapan yang cukup dan kemas. Pergerakan dan sistem silat ini adalah berasaskan gerak geri semulajadi manusia yang berdasarkan fikiran yang sihat, jiwa yang tenang dan nyata kesesuaiannya dengan prinsip agama Islam.

Pelajarannya lebih menitikberatkan dari segi mempertahankan diri supaya terlatih dengan keberanian, bukan mengganas atau menceroboh. Hanya bila terpaksa demi keselamatan diri barulah Silat Cekak Hanafi menyerang.

Silat Cekak Hanafi menunggu serangan dengan berdiri lurus( berdiri sembahyang ) dan tidak mengelak ke kiri dan ke kanan bahkan mara ke hadapan di dalam gerak yang satu, makan gerak dalam gerak, sebab sebenarnya hakikat Silat Cekak Hanafi ialah Silat Gerak.

Yang paling istimewa dan ganjil sekali di dalam kaedah serangannya; dikala ia menyerang dan jika musuh mengelak, pasti kena dan sekiranya ditepis pula pasti dimakannya. Tambahan pula sambil menyerang ia dapat menangkap (Cekak menyerang, Cekak menangkap ).

Penuntut-penuntut menangkis pukulan dan tikaman senjata-senjata dengan tangan kosong sahaja. Matlamat Silat Cekak Hanafi ialah menangkis pukulan senjata-senjata sambil dapat merampas senjata lawan.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN

Silat Cekak Hanafi diajar secara berpakej dan diajar sehingga tamat. Dalam kaedah biasa, pakej sehingga tamat silat ini dapat disempurnakan di dalam tempoh 6 bulan. Tempoh ini boleh diselaraskan dengan keperluan sesuatu kelas seperti di sekolah- sekolah atau di pusat-pusat pengajian tinggi. Selapas tamat, penuntut -penuntut boleh meningkatkan kemahiran secara bersendirian atau mengikuti kelas-kelas kemahiran yang diadakan dari masa ke semasa.

Sebagai silat yang berasaskan gerakan seni, maka ia tidak memerlu dan tidak menekankan keperluan kekuatan dan tenaga luar biasa untuk mengalahkan musuh.

Kaedah pembelajaran bersistematik dan tidak menerukkan diri dan membolehkan penuntut mempertahankan diri walaupun di tempat-tempat yang sempit seperti di atas papan sekeping.


PANTANG LARANG

  • Tidak menderhaka kepada guru
  • Tidak menderhaka kepada ibu
  • Tidak menderhaka kepada bapa
  • Tidak bergaduh sesama ahli
  • Tidak mencaci silat melayu asli yang lain.

Buah-buah silat.

Terdapat 21 buah kesemuanya di dalam sistem pembelajaran Silat Cekak Hanafi. Kaedah asas dibahagi kepada 4 iaitu:

Kaedah A adalah diilhamkan daripada gerakan doa.Daripada kaedah doa ini maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak Hanafi sebanyak 11 buah iaitu:

Buah Pertama,Buah Kilas Belakang,Buah Kidung Kiri,Buah Hentak,Buah Ali Patas Atas,Buah Ali Patah Sudah Pecahan Pertama,Buah Selendang,Buah Paras,Buah Keputusan Pasong Kemanga,Buah Luncur,Buah Siku Potong.

Kaedah B adalah diilhamkan dari gerakan Qiam dalam sembahyang.Daripada kaedah Qiam ini maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak Hanafi sebanyak 5 buah iaitu:

Buah Keputusan Gayung Fatani,Buah Keputusan Sendeng Atas,Buah Kuntau Jatuh,Buah Gari,Buah Ali Patas Sudah Pecahan Kedua.

Kaedah C adalah diilhamkan dari gerakan rukuk dalam sembahyang.Daripada kaedah rukuk ini maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak Hanafi sebanyak 3 iaitu:

Buah Kilas Hadapan,Buah Keputusan Terlak,Buah Keputusan Lintau

Kaedah D adalah diilhamkan oleh gerakan takbiratul ihram dalam sembahyang.Daripada gerakan itu maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak hanafi sebanyak 1 iaitu:

Buah Hempok.


Share

Baca lagi...

Pantun Silat Cekak Hanafi

PANTUN CEKAK HANAFI


Lahirnya Cekak kerana kesedaran
Bukan bermusuh sebagai tujuan

Untuk mendaulatkan seni kebangsaan
Menyesuaikan dengan makna kemerdekaan.


Silat Cekak benar-benar asli

Tidak bercampur hak luar negeri
Hendaklah belajar sesungguh hati

Untuk menjaga diri sendiri.


Wajiblah menjaga diri sendiri

Menerima amanah tuhan Rabbi
Supaya menjadi mukmin sejati

Demi menegak Islam yang suci


Silat Cekak tersangatlah mudah
Bagi mereka yang mendapat hidayah

Sungguhpun begitu hendaklah tabah

Insya Allah mendapat faedah.


Silat Cekak pada lahirnya
Pengertian gerak pada batinnya

Hendaklah mahir seluruh anggotanya

Hendaklah jujur pada jiwanya.


Sebenar guru ada Hakikat
Dikuat pula amalan Syariat

Ditambah pula Ilmu Maarifat

Berpakaian pula dengan isyarat.


Taat ke guru membawa berkat
Sedikit belajar banyak yang dapat

Jika menderhaka menjadi mudarat

Semua ilmu tiada yang lekat.


Dua ibu bapa tak boleh derhaka
Besar jasanya pada kita

Kalau menderhaka bahaya menimpa

Di akhirat kita masuk neraka

Baca lagi...

Isnin, Ogos 18, 2008

Kenduri kahwin Yusri dan Wahida

Yusri & Wahida, tenaga pengajar Kelas Latihan Intec Sek 18 Shah Alam.

Berakhir sudah perjuangan menempuh zaman bujang. Majlis berlansung dengan meriah dan berjaya di Dewan MPS Gombak.

Alhamdu Lillah bertemu jodoh di jinjang pelamin pada 16 ogos 2008. Tahniah pada anda berdua!

Yusri, berhati hati membelah lemang. ;)

Mazliza dan Wak

Khaidil dan Teacher Tina

Jejaka jejaka Pusat Latihan Masjid dan Intec

Mazliza dan Shidi, korang bila pulak nak naik pelamin? Kelihatan Shidi malu malu di sebelah pasangannya..nak kawin la tu

Pesan wak : Ko jangan guna keris ni mlm nanti koboi, mati anak orang nanti. Guna keris ko yang asli tu.
Yusri : baik wak.

Hadi dengan gaya ayu malu malu dengan beg tangan manja

Antara ahli ahli SCH yang hadir di majlis

Saudara Romano, Wak dan Kak Ros sedang menikmati nasi minyak yang enak sekali

Kelas Masjid, Usj dan Intec. Majmuk sungguh.

En Hardi Emrie dan anaknya Namnan

Kelas Masjid dan PTPL S.alam

ZamTek dan Sani dari Pusat Latihan Ibu Pejabat

Kami dari Kelas Usj mengucapkan tahniah pada pengantin dan semoga jodoh akan terus berkekalan hingga ke akhirnya. Dan sentiasa dilindungi Tuhan di bawah lembayung rahmatNya.

Amin

Baca lagi...

Ahad, Ogos 17, 2008

Terpesona pada pagi yang mulia

Gerhana bulan pada malam Nisfu Sya'aban



Sedang kami melepakkan diri sambil menghirup teh tarik di kedai mamak Sah Maju, dengan diterangi lampu lampu neon tepi jalan yang memberi effect yang cantik pada gamba gamba tanpa flash, kami dipersonakan dengan kejadian gerhana/pembetukkan bulan sabit pada jam 3-4 pagi itu.

Pembentukan gerhana bulan/bulan sabit itu kami saksikan live terus dari kerusi kedai mamak tersebut. Membentuk seperti bulan sabit, semakin lama semakin mengecil tapi terang bercahaya. Kami ternganga melopong menyaksikan kejadian alam yang live di depan mata itu. Hebat sungguh kuasa Tuhan.

Maksud di sebalik kejadian malam yang mulia tersebut tidak dapat di ertikan. Namun, pasti ada maksud tersembunyi tentang mengapa terjadi perkara yang jarang berlaku itu pada malam dan bulan yang mulia ini.

Dan gambar gambar tersebut berjaya dirakamkan !


Pembentukkan bulan sabit/gerhana bulan pada malam Nisfu Sya'aban







Wajah-wajah terpegun : Saudara Faizal Romano


Wajah-wajah terpegun: Saudara Wak



Wajah-wajah terpegun: Saudara Ahmad Khalil



Wajah-wajah terpegun: Saudara Fazli a.k.a Tam

Apakah sebenarnya rahsia solat sunat gerhana bulan yang Nabi Muhammad saw kita anjurkan?

Kenapa pula ada doa yang khusus untuk kejadian gerhana bulan tersebut?

Apakah sebenarnya cerita disebalik kejadian gerhana bulan ini yang perlu kita fahami?

Adakah kejadian gerhana bulan ini sebagai tanda akan berlakunya sesuatu?

Apa pula kaitannya dengan posisi kedudukan Ka'abah?

Penemuan apakah yang telah dirungkai di dalam bidang astonomi islam tentang kejadian gerhana bulan ini?

-----

Semoga Allah s.w.t memberi petunjuk dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat bagi memantapkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita di atas segala kejadian yang ditunjukkan.

Dan semoga Allah s.w.t memelihara hati hati kita dari syirik, kufur dan sesat yang nyata mahupun yang tersembunyi. Dan diselamatkan di dunia dan akhirat.

Semoga apa yang diberi pada kita tidak menjadi sia sia kerana kejahilan kita.

Amin.

Baca lagi...

Sabtu, Ogos 16, 2008

Sambutan Malam Nisfu Sya'aban

Assalamualaikum,

Malam Nisfu Sya'aban

Malam 15 Syaaban (16 Ogos 2008 selepas maghrib dah masuk malam nisfu sya'aban, kalau nak puasa sunat, pada esok nya, ahad 17 Ogos 2008) atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa.

Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan
memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal.

Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.


Doa Malam Nisfu Syaaban.


Ertinya : Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan. Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia. Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya : "Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz."


Banyakkan berzikir taubat Nabi Yunus : Laa ila hailla anta subhaa naka innii kuntu minaz zholimiin


Yang bermaksud
: Tiada Tuhan yang sebenar-benarnya malainkan Engkau jua. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari golongan orang yang menzalimi diri sendiri.


Lahaula wala quwata illa billa hil aliyil adzhimm.


Dijemput semua ahli ahli SCH ke majlis sambutan Nisfu Sya'aban di rumah persatuan keramat KL pada 16 ogos 2008. Bermula di sana jam 7.15 mlm untuk solat jemaah maghrib bersama sama dan terus dengan bacaan yassin sebanyak 3 kali, Solat Isha' dan juga solat hajat. Berkemungkinan YM Guru Utama akan hadir untuk bersama sama meraikan malam yang mulia penuh berkat ini. Jumpa di sana.

Baca lagi...

Jumaat, Ogos 15, 2008

Pengumuman! Posto! Posto!

Assalammualaikum w.b.t

Dengan ini diumumkan bahawa saudara Mohd Zul Iqram b. Mohd Razalli dengan rasmi nya dilantik kembali untuk menyandang tugas sebagai pembantu penyelia yang hensem lagi berdedikasi di Kelas Latihan USJ Subang Jaya bagi menggantikan tempat saudara Ammar b Ahmad yang memohon untuk berehat sementara.

Diharap dapatlah kiranya kita semua memberi kerjasama yang padu kepada En Mohd Zul Iqram ataupun lebih mesra dikenali dengan panggilan Zul Bob bagi memudahkan beliau menjalankan tugas di sini. Semoga dipermudahkan segala urusan.


Dari kiri belakang : Hardi Emrie, Shah Ali, Zul Bob.

Dari kiri depan : Ahmad Khalil, Saiful G dan Mohd Faizal Romano

Dari kiri : Zulbob, Adam Muhammad, Faizal Romano
p/s : Ini je gamba-gamba yang berjaya dikesan yang ada gambar Zulbob. Puas geledah tak jumpa.ceh.

...Sekali terjumpa gambar di bawah ni dalam cd..

Mohd Zul Iqram Mohd Razalli
B
elek punya belek sekali jumpa daa gamba ni..bob, ko kene belanje teh tarik ni penat cari gamba ko ni. haha


Kepada saudara Zulbob, kami dengan berbesar hati mengalu alukan sumbangan anda yang tidak berbelah bagi untuk mengembangkan lagi sayap persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi di bawah pimpinan YM Hj Md Radzi Hj Hanafi khususnya di Kelas Latihan USJ ini. Semoga perhubungan dan perjuangan anda dan ahli-ahli yang lain tetap subur berkekalan hingga ke akhirnya.

Tahniah dan selamat berbakti!


Segerak Searah!

Baca lagi...

Selasa, Ogos 12, 2008

Kenduri Tahlil Ust Hanafi dan Sambutan Isra Mi'raj


Sila click banner untuk gambar penuh.


Mari kita sama-sama meluangkan sedikit masa untuk mengingati dan menghormati serta menghadiahkan sedikit amalan yang tak seberapa kepada Pengasas Silat Cekak Hanafi, Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad di rumah persatuan seperti tertera di atas.

Sekaligus mengambil peluang untuk mengutip mutiara mutiara kata yang bakal diucapkan oleh YM pada malam tersebut bersempena dengan sambutan Isra Mi'raj.

Bersama-sama kita menjadi murid yang kenang jasa kepada Guru yang mursyid walaupun dia telah tiada. Berbaktilah kita kepada penggantinya yang diwariskan secara hak dan benar. Guru Utama YM Md Radzi Hj Hanafi.

YM Guru Utama Hj Md Radzi Hj Hanafi


Almarhum Ustaz Hj Hanafi Hj Ahmad

Mari kita bersama YM Guru Utama di dalam majlis kenduri tahlil ini. Jasa mereka berdua tidak akan pernah dapat dibalas, semoga dengan cara menghadiahkan amalan yang tak seberapa ni mudah mudahan dapatlah kita membalas budi serta mengenang jasa Guru dan Almarhum Ustaz yang tercinta ini sedikit sebanyak. Semoga kita terus mendukung perjuangan suci ini bersama sama guru yang benar dan yang hak.



Semoga Allah s.w.t memberkati keluarga Almarhum seluruhnya dan memberi kekuatan dan kesabaran pada YM Guru Utama. Al-Fatihah.


Mari kita ke sana!

*Berkumpul di surau usj9 jam 7.50 mlm. Kita akan gerak jam 8mlm tepat.
*Sumbangan untuk makan adalah sebanyak rm10 seorang

Baca lagi...

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008