Pantun Silat Cekak Hanafi
PANTUN CEKAK HANAFI Lahirnya Cekak kerana kesedaran Untuk mendaulatkan seni kebangsaan Tidak bercampur hak luar negeri Menerima amanah tuhan Rabbi
Bukan bermusuh sebagai tujuan
Menyesuaikan dengan makna kemerdekaan.
Silat Cekak benar-benar asli
Hendaklah belajar sesungguh hati
Untuk menjaga diri sendiri.
Wajiblah menjaga diri sendiri
Supaya menjadi mukmin sejati
Demi menegak Islam yang suci
Silat Cekak tersangatlah mudah
Bagi mereka yang mendapat hidayah
Sungguhpun begitu hendaklah tabah
Insya Allah mendapat faedah.
Silat Cekak pada lahirnya
Pengertian gerak pada batinnya
Hendaklah mahir seluruh anggotanya
Hendaklah jujur pada jiwanya.
Sebenar guru ada Hakikat
Dikuat pula amalan Syariat
Ditambah pula Ilmu Maarifat
Berpakaian pula dengan isyarat.
Taat ke guru membawa berkat
Sedikit belajar banyak yang dapat
Jika menderhaka menjadi mudarat
Semua ilmu tiada yang lekat.
Dua ibu bapa tak boleh derhaka
Besar jasanya pada kita
Kalau menderhaka bahaya menimpa
Di akhirat kita masuk neraka
1 Ulasan:
pantun warisan tradisi yang luas maksudnya..(",)jom fikir sama2
Catat Ulasan