"Seni Silat Cekak pada hakikatnya adalah silat gerak. Silat makan segerak; makan gerak di dalam gerak. Adalah mustahil sama sekali dalam suatu ketika itu berlaku dua gerak." ~ Y.M. Almarhum Ustaz Hanafi Hj. Ahmad ~
"Jika Mursyid tiada Siddiq, sifatnya penipu & putar belit semata mata. Jika Siddiq tiada Mursyid, Bodoh ditipu oleh iblis dan konco konconya.."
"Hendaklah kita Siddiq Bercakap, Siddiq Perbuatan dan Siddiq Iktikad" "Kita dilahirkan tidak membawa pakaian..Kalau ada sehelai pakaian, kita masih beruntung."
"BERUNTUNG, Beruntung tidak pernah melihat Nabi s.a.w, tetapi YAKIN kepada Nabi s.a.w." "Jadikanlah diri kita ISLAM MUKMIN, jangan jadi Islam munafik atau fasik."
"Buatlah ibadat sebenar ibadat, jangan jadikan sebagai adat." "Sains dan Teknologi boleh belajar di mana-mana. KEBUDAYAAN tetap hak milik kita."
"Kita boleh sedih dan kecewa tetapi JANGAN PUTUS ASA kerana orang MUKMIN tidak boleh putus asa.."
"Bercakaplah yang benar walaupun PAHIT."
"Aku (Muhammad) dari Allah, mukmin dari aku"
"Berfikirlah tentang kejadian Allah, jangan berfikir tentang zat Allah"
~~~~~~~
Syair Ahlul-Bait
(Dipetik dari laman web rasmi)
Selawat Syifa
Ya Allah, kurniakanlah rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w yang mudah-mudahan dapat mengubati hati dan penawarnya dan mudah-mudahahn menyihatkan badan dan menyembuhkannya (dari segala penyakit) dan mudah-mudahan memberi cahaya penglihatan dan menyinarkannya. Dan juga melimpahkan keberkatan dan kesejahteraam ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian.
Setiap Selasa& Jumaat Jam 9:30 malam Di padang USJ 9 (bersebelahan Surau Al-Hidayah) (tertakluk kepada sebarang perubahan)
Berikut adalah butiran yuran keahlian mengikut peringkat pembelajaran.
Kelas Am
Untuk yuran asas: Akan diberitahu - Mempelajari Kaedah Asas dan Buah Asas 20 - Mempelajari Sambungan Jatuh kepada Buah Asas 20
Untuk yuran potong (pertengahan): Akan diberitahu - Mempelajari Sambungan Potong kepada Buah Asas 20
Untuk yuran tamat: Akan diberitahu
Kelas Tamat
Kelas Kemahiran: PERCUMA - Kelas kemahiran ini menerapkan kemahiran menghadapi seni bela diri lain-lain, selain meningkatkan kecekapan pelajar menggunapakai kaedah Cekak Hanafi dalam senario tempur sebenar.
Kelas Persediaan Pra-Sijil Rendah Pelajaran: PERCUMA - Kelas Pra-SRP menyediakan mental dan fizikal penuntut menghadapi latihan SRP Silat Cekak Hanafi. Kelas Persediaan Wajadiri: PERCUMA - Kelas Persediaan Wajadiri melatih teknik dan kemahiran penuntut untuk Wajadiri dan Demonstrasi Silat Cekak Hanafi.
3 Ulasan:
wohoi selambe cilok gamba aku pastu letak sni! copyright wehh!! hahaha :P~ jemput dtg kenduri sabtu ni sume :D~
Apeda..log in la guna nama sendiri baru la komen kat entry nih.hohoh
ni saper yang kahwin>? gambar cam pengantin jer sebelah2
hahaha
Catat Ulasan