<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Khamis, Julai 03, 2008

Pengambilan 4 Orang Ahli Baru

Bagi pihak warga kerja kelas latihan USJ, tahniah diucapkan kepada ahli-ahli baru yang berjaya menerima ijazah dari Guru Utama Silat Cekak Ustaz Hanafi Yang Mulia Md. Radzi Haji Hanafi.

Keempat-empat ahli tersebut diijazahkan dengan sempurna tepat jam 9 malam di suatu Majlis Ijazah yang diadakan di Rumah Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi.

Majlis tersebut meriah dengan kehadiran ahli-ahli dari segenap kelas dan pusat latihan setempat di Lembah Klang.



Segak berbaju melayu dengan persalinan penuh, 4 ahli baru itu teruja dengan majlis tersebut. Sikap mudah mesra dan pembawakan Guru Md. Radzi membuatkan mereka rasa lebih selesa, bahkan teruja dengan pergerakan ini.


Selesai penerimaan ijazah tersebut, keempat ahli baru itu dan hadirin sekalian didengarkan kisah perjuangan para Ulul Azmi dan digesa untuk mengambil iktibar dari ketabahan, kesabaran dan tawakal mereka kepada Allah disaat dugaan datang menimpa-nimpa.

Berpegang teguh kepada perintah Allah dan ikhlas mencari keredhaan-Nya menjadi intipati utama kepada ucapan Guru Md. Radzi. Selain dari itu, beliau turut menceritakan sejarah penciptaan manusia dan unsur-unsur yang membentuk mandiri, dan menasihati para pelajar untuk sentiasa yakin kepada qada dan qadar Allah.

Beliau turut membutirkan kelebihan yang Allah berikan kepada golongan ibadah dan kaitannya dengan amalan mandian silat.

Selesai majlis tersebut, ahli-ahli baru itu berkata mereka sangat menghargai nasihat dan tunjuk ajar Guru Md. Radzi dan kata mereka lagi, "ibarat mendapat ilmu baru di dalam dunia yang berbeza".

-----

Masih ramai yang teguh berdiri menyokong YM Md Radzi, walau berbagai fitnah dan tohmahan yang telah dilemparkan. Alhamdulillah, semoga ahli ahli kelas USJ dan kelas kelas serta pusat latihan lainnya terus diberikan izin untuk terus kekal bersama di bawah pimpinan YM Md Radzi Hj Hanafi hingga ke titisan darah terakhir.

-----

Segerak Searah!

0 Ulasan:

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008