<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Isnin, Julai 07, 2008

Demo Cekak Hanafi Jaya Jusco Klang Meriah!

Tepukan gemuruh dan sorakan para hadirin mengiringi persembahan mantap skuad demo Silat Cekak Hanafi yang diadakan di pasaraya Jaya Jusco Bukit Raja Klang.


Persembahan bermuzik selama 6 minit 54 saat itu dilangsungkan pada 6 Julai lalu dengan kerjasama kelas Silat Cekak Hanafi Darul Quran mewakili Kementerian Belia & Sukan, kelas Masjid Seksyen 16 Shah Alam dan kelas PTPL bersempena Kejohanan Kecergasan Peringkat Negeri Selangor 2008.

Sorakan orang ramai menyemarakkan lagi suasana petang itu.
Sepanjang persembahan tersebut, para hadirin teruja dengan persembahan 2 pasang Srikandi Cekak Hanafi yang tangkas mematahkan serangan lawan.

Suhu petang tersebut menjadi lebih panas dengan persembahan bersenjata. Sebilah parang tajam melayang terbang dari tangan salah seorang pesilat setelah diasak oleh 'hero' dalam babak tersebut.

Saudara Stanley, 'enemy' dalam babak tersebut insaf seketika apabila parang tersebut hampir mengenai wajahnya.

Stanley – kacak dari tepi, bukan dari hadapan – sekaligus terhindar dari terpaksa melakukan pembedahan plastik.

Penonton bagaimanapun hampa apabila mengetahui penyanyi veteran Jeffry Din dan Rosmah Akademi Fantasi yang turut menjayakan majlis pada hari itu bukan dari skuad demo Silat Cekak Hanafi.


Demonstrasi ini membuka ruang kepada sesi penerangan kepada masyarakat setempat, dengan menyampaikan mesej-mesej positif menganjak perspektif hadirin kepada pentingnya penglibatan aktif semua orang bagi menjayakan kempen masyarakat selamat, selain perlunya mendaulatkan warisan pusaya bangsa.

-----


Dengan berkat doa Guru Utama Md Radzi Hanafi dan saudara-saudara seperjuangan sekalian, semoa Allah memberkati perjalanan Silat Cekak Hanafi dengan kekuatan, kesabaran dan istiqamah dalam menyampaikan kebenaran dan kebenaran melalui persilatan ini.


Silat Cekak Hanafi kehadapan dalam menerapkan nilai-nilai murni, pengisian Tauhid dan gaya hidup positif dikalangan penuntutnya.


Adalah diharapkan prejudis dan buruk sangka masyarkat terhadap persilatan Melayu terhakis. Akhir kata, kami dari warga Kelas Latihan USJ berbangga dengan dedikasi dan pengorbanan yang diberikan oleh sahabat sahabat dari Pusat Latihan Masjid dan PTPL.


Ucapan tahniah kami buat kalian semua.

Segerak Searah!

0 Ulasan:

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008