<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Rabu, Julai 02, 2008

Program Gerak Cekak 2008 Ekspedisi Kalumpang Berjaya!

Pusat Latihan Silat Cekak Hanafi Masjid Jamek Raja Tun Uda Seksyen 16 Shah Alam dan PTPL dengan kerjasama Kementerian Belia & Sukan berjaya mengadakan Program Gerak Cekak 2008 ke Kalumpang, Hulu Selangor.

Program yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini disertai lebih 40 orang peserta, dan menurut penyelaras bagi Kelas USJ, Mohd Faizal Romano, para pesilat yang menghadiri program Gerak Cekak ini berpuas hati dan berharap ia dapat diteruskan dengan kerap di masa akan datang.
Muhasabah diri menjadi tema utama sepanjang program Gerak Cekak.

Aktiviti yang disediakan bertujuan menerapkan konsep mengenang jasa terhadap guru, ibu dan bapa, dan ahli keluarga serta sahabat yang membentuk jati diri dan sumbangan yang telah mereka berikan kepada peserta.

-----

HARI PERTAMA: BERTOLAK & KETIBAAN

Kesemua 40 orang peserta dan Ahli Jawatankuasa Gerak Cekak berkumpul di PTPL pada jam 3 petang. Satu bas sekolah kuning dan tiga kereta pengiring menjadi mod pengangkutan utama ke Kalumpang, manakala dua buah kereta peninjau telah bergerak terlebih dahulu seawal jam 10 pagi.











Konvoi Gerak Cekak tiba di lokasi sekitar jam 6 petang. Sebuah kereta pacuan empat roda menanti ketibaan peserta untuk membawa barangan ke lokasi perkhemahan.










Kesemua 40 orang peserta kemudiannya meneruskan perjalanan berjalan kaki merentasi dusun durian yang luas dengan pokok-pokok durian yang rendang. Peserta bersiap sedia dengan 'Kaedah D' sekiranya ada buah yang jatuh menghempap kepala mereka.

Selepas setengah jam perjalanan, peserta tiba di Kawasan Perkhemahan Pasir Putih Resort. Pihak ahli jawatankuasa telahpun mendirikan khemah-khemah untuk para peserta.

Sebelum solat Maghrib, ahli jawatankuasa memberikan taklimat ringkas kepada para peserta di luar Surau Pasir Putih menyentuh aktiviti dan mobilisasi sepanjang tempoh perkhemahan.

-----

MALAM PERTAMA: BBQ DAN SESI SUAI KENAL

Aktiviti malam itu dimulakan dengan sesi suai-kenal sesama ahli. Ada lapan orang perempuan, dan selebihnya lelaki, dari segenap negeri Selangor. Setiap peserta diberi masa 2 minit sahaja untuk mengenali semua orang yang ada malam itu.

Selepas sesi suai-kenal, 40 orang peserta dipecahkan kepada tiga kumpulan dimana setiap satunya terdiri dari 7 orang peserta.

Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua dan setiap kumpulan ditugaskan untuk mencipta ‘trademark’ kumpulan: Kembang Kempis (dipimpin saudara Yoyo), Streamyx (dipimpin saudara Syafiq) dan Wira Tunggal (dipimpin oleh saudara Zaidi).

Mengambil inspirasi dari Akademi Fantasia, setiap kumpulan ada gaya masing-masing. Kembang Kempis menyahut ‘Kembang Kempis’ dan mengembang dan mengempiskan hidung masing-masing.

Malam itu dihabiskan dengan sesi Barbecue. Menu malam itu termasuk Ayam Panggang, Sosej Daging, Jagung Bakar dan Teh ‘O’ Panas.

(hari kedua akan menyusul)

0 Ulasan:

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008