<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Isnin, Julai 28, 2008

PERTANDINGAN WAJADIRI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI DI UTM SKUDAI MERIAH!!


SKUDAI 26 Julai 2008

Seramai 703 peserta Silat Cekak Hanafi di seluruh IPT dan sekolah di seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Wajadiri Nasional Peringkat Pusat Latihan (PL), IPT dan sekolah sempena Karnival Sambutan 21 Tahun Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Universiti Teknologi Malaysia yang diadakan di Dewan Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia .

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Prof Ir.Dr. Alias B. Mohd Noor, Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia. Turut hadir Yang Mulia Tuan Guru Tuan Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi

Bertemakan “Belia Pembina Generasi Gemilang " pertandingan ini disertai 703 perserta yang mewakili 39 kontingen IPT dan sekolah. Matlamat pertandingan ini adalah untuk mengetengahkan Seni Silat Cekak Hanafi sebagai suatu wadah dalam membentuk remaja berdisiplin dan berwawasan, di samping memartabatkan seni mempertahankan diri sebagai warisan budaya.

Sebanyak 20 kategori telah dipertandingkan.

Maktab Melayu Kuala Kangsar telah menjuarai pertandingan bagi peringkat sekolah lelaki manakala MRSM Transkrian bagi peringkat sekolah wanita.

Juara bagi katogeri IPT peringkat sekolah dimenangi oleh PTPL Shah Alam ,bagi peringkat wanita dimenangi oleh Pusat latihan Shah Alam Selangor.



Bagi anugerah persilat lelaki terbaik kategori sekolah telah dimenangi oleh Wan Mohd Amirul mewakili Maktab Melayu Kuala Kangsar Perak manakala persilat wanita terbaik dimenangi oleh Tengku Nur Syafawati dari MRSM Transkrian Pulau Pinang.

Anugerah persilat lelaki peringkat IPT dimenangi oleh Shahrizan Mohd Ali daripada PTPL dan persilat wanita dimenangi oleh Siti Hawa Ramli yang mewakili UTM Skudai.


Negeri Sarawak telah dipilih sebagai tuan rumah pertandingan Wajadiri bagi tahun 2009.Serentak dengan itu juga Yang Mulia Tuan Guru Haji Md Radzi Hanafi juga telah melancarkan kempen “Jom Pi Sarawak”.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KPD TEAM WAJADIRI KOLEJ PTPL DAN KEPADA SEMUA AJK YG TERLIBAT!!

6 Ulasan:

Tanpa Nama,  Julai 28, 2008 6:34 PTG  

Assalamualaikum. saya saiful. macamana nak menghubungi author.....

Tanpa Nama,  Julai 28, 2008 6:41 PTG  

Tahniah kepada semua yg berjaya terutama kpd Abg Ijan dan team wajadiri PTPL Shah ALam...

Walaupun eja tak dpt sama menghadiri kejohanan wajadiri ini, tp eja turut tumpang gembira dgn kejayaan anda semua...

Cayalah...

Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ Julai 28, 2008 7:18 PTG  

Ws tuan. Boleh berhubung dengan Penyelia kelas di 017-2433 217 En Faizal Romano

Tanpa Nama,  Julai 28, 2008 11:31 PTG  

congratulations utk sume n nk kumpul duit g sarawak gkla:)

Tanpa Nama,  Julai 29, 2008 10:49 PG  

Siti i menang...bangganya...hehehehe...xrugi i sokong dr jauh...hehehehe...

Tanpa Nama,  Julai 29, 2008 11:01 PTG  

sedih x dpt tgk wajadiri..:(

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008