<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Selasa, Julai 15, 2008

Wajadiri 26 Julai 2008

Assalammualaikum w.b.t

Wajadiri Cekak Hanafi kembali lagi!

Pertandingan Wajadiri Peringkat Pusat Latihan, IPT dan Sekolah akan diadakan di UTM Skudai Johor Darul Takzim. Sahabat sahabat di selatan tanah air ini sedang bertungkus lumus dengan persiapan yang akan datang tidak berapa lama lagi.

Pertandingan wajadiri melibatkan kesemua pasukan dari kelas masing masing dari seluruh Malaysia untuk mempersembahkan demo dan kreativiti sendiri menurut kaedah pembelajaran mata pelajaran Silat Cekak Hanafi. Yang paling, kemas, tangkas, tepat dan pantas menurut kaedah mata pelajaran akan dirangkul sebagai juara pada tahun tersebut.

Barisan juri juri yang berpengalaman dan tidak makan dek rasuah dan pujuk rayu pasti memberikan penilaian yang adil dan tepat kepada setiap peserta bagi memberikan keadilan kepada semua pihak.

-----

Sangat dialu alu kan kehadiran dan penyertaan semua ahli silat dari seluruh negeri dan kelas untuk bersama sama memeriahkan dan memberi sokongan padu demi untuk menjayakan event yang bersejarah ini.

Inilah peluang untuk anda menyaksikan kehebatan dan kesungguhan ahli ahli dari serata pelusuk negeri memerah keringat jantan menonjolkan skill dan seni kreativiti dari kelas masing masing.





Berita diterima ada percubaan dari pihak pihak tertentu untuk menggagalkan majlis ini dari berlangsung dengan aman dan teratur.

Namun, walaupun mereka menghantar beberapa makhluk perosak yang 'tersesat' haluannya merayap menghantar surat pada beberapa pihak terbabit untuk menggagalkan dan membatalkan jemputan YM Md Radzi Hanafi ke majlis wajadiri tersebut,namun ternyata makhluk-makhluk itu berjaya dinyah kan bersama sama surat rayuannya.

Oleh itu,

UTM Skudai Johor dengan berbesar hati dan dengan bangganya mengakui dan menjemput Yang Mulia Guru Utama Md Radzi bin Haji Hanafi sebagai V.I.P pada majlis gilang gemilang tersebut!

Kepada semua ahli silat, ayuh kita korbankan sedikit wang, masa dan tenaga untuk memberikan sokongan kepada rakan-rakan seperjuangan di sana.

Semoga dengan kehadiran anda semua akan bertambahnya bilangan kedatangan ahli dari seluruh negeri dan mudah mudahan akan dapat memberikan semangat dan kesan positif kepada perkembangan perjuangan Ustaz Hanafi dan YM Md Radzi di dalam memartabatkan warisan budaya dan pusaka bangsa dan agama.

Semoga Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang memberkati usaha ini. Amin.

Segerak searah!

0 Ulasan:

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008