Photoshoot!
Ow Yeah! Kelas USJ's latest pics! Hubba hubba!
Model by Syawal's niece
210708
-----
Sesi penggambaran Kelas Latihan USJ berlangsung dengan ringkas dan meriah sekali oleh ahli ahli dan barisan Tenaga Pengajar yang segak lagi bergaya.
(Terima kasih pada En Saiful Azim Khasnya kerana membuat gamba ini nampak menarik dengan gaya tunjuk langit beliau)
Bagaimanapun, beberapa ahli dan tenaga pengajar tidak dapat hadir pada malam tersebut.
Namun kami tetap hensem bergaya. Yah!!
Jika anda perhatikan betul betul, di antara Wak dan Saiful Azim, ada sejenis makhluk terpencil yang tersepit di tengah tengah.
Anda nampak?
Jangan risau, anda bukan seorang yang pernah saksikan makhluk tersebut..
Dia memang ada waktu sesi penggambaran. Dan ya, dia memang wujud!
Kewujudannya yang membawa SERI pada kelas USJ yang dipenuhi kumbang kumbang sepi selama 3 tahun ini!!Yah!
-----
Kepada anda yang tersepit di tengah tengah, kami ucapkan selamat datang dan selamat menabur bakti di Kelas Latihan USJ Subang Jaya, Selangor!
Maka dengan itu, kami berbesar hati memperkenalkan bakal Tenaga Pengajar Wanita RASMI yang pertama Kelas Latihan USJ :
CIK Normawati bt Adhli a.k.a kaknorm.
(perhatikan saya boldkan perkataan "CIK" . Haa..lu pikir la sendiri. hehe)
-----
Kelas bertambah meriah dengan kehadiran Tuan Penyelia Pusat Latihan Masjid yang juga merupakan penasihat bagi Kelas Latihan USJ iaitu En Mazlan Sadini atau lebih mesra dengan panggilan "WAK".
Beliau telah memberi sedikit sebanyak maklumat dan kata kata semangat tentang wadah perjuangan dan matlamat di dalam Silat Cekak Hanafi di bawah kepimpinan YM Md Radzi Hj Hanafi. Dan beliau juga berkongsi pengalaman beliau sendiri di dalam bidang persilatan dan persatuan selama berkecimpung di dalam Silat Cekak Hanafi selama lebih kurang 30 tahun lamanya.
Terima kasih kami pada Wak di atas segala pengorbanan dan nasihat tentang pentadbiran dan persilatan serta perkembangan Kelas Latihan USJ khususnya.
-----
Juga tidak ketinggalan untuk menghargai kehadiran Cikgu Jadwi yang dahulunya merupakan Penyelia bagi Kelas Latihan MRSM di Penang dan En Sani yang merupakan ahli Kelas Latihan UITM INTEC Shah Alam yang baru lepas meraih title Doktor baru baru ini. Maka layaklah kiranya dibahasakan dirinya sebagai Doktor Sani (Doktor Sani merupakan doktor di dalam bidang Sakit Puan.Untuk konsultasi, sila rujuk izin penjaga untuk mendapatkan khidmat beliau)
-----
Cikgu Jadwi. Maaf, dia sudah berumah tangga ;)
-----
Gambar semasa berkumpul selepas habis sesi latihan. Kelihatan ada seorang warganegara kanada yang sedang cuba menyembunyikan diri dari menjadi mangsa kutukan dan gurau sendaan. Anda tahu siapa yang dimaksudkan. Dan Adam kelihatan bahagia kerana terlepas dari menjadi "punching bag" pada malam tersebut.
Terima kasih kepada En Ahmad kerana "menguruskan" tali pinggang Adam pada malam tersebut.
Ini lah wajah bahagia Adam a.k.a Ah Chong (Taiko ma..)
-----
Kelihatan Kaknorm sedang berjoget poco poco seorang diri. Dia memang begitu..
-----
Promosi baju T Kem Gerak Cekak. Masih boleh dimilikki dengan harga RM30 sahaja.
Model dari kiri : En Firdaus a.k.a Fydot, En Zulkifli dan En Faisal yang suka berbasikal ke kelas latihan USJ dari kediamannya di Putra Heights(kalau basikal tiba2 rasa berat paham2 lah ya..)
-----
En Abdullah Hamam Mustafar. Antara barisan Tenaga Pengajar kelas latihan USJ. Malam itu dia muncul ibarat cerita hero hindustan yang selalu menyelamatkan keadaan pada saat saat akhir. Mam, bukak mata tu..kat kelas dah ni :P
-----
Untuk view album penuh sila click album di bawah ini.
210708 Photoshoot Kelas USJ |
11 Ulasan:
hahaha...kiut nya kaknorm...hahaha...
hahaha...aku agak teransang tgk Dr Sani...
hahaha...wak macho la, nk sign...hahaha...
ummum, apa yg terang sgt tue??? sakit mata...arrrggghhhhh... tolong...hahahahahahahahaha...
tengok artikel dan gambar kali ni menyebabkan saya ketawa sorang2 kat opis....hidup kaknorm! heheheh...romano...jangan lupa mcflurry oreo satu...bapak wak, bila mau datang keramat lagi..
oi kenapa lak aku rasa berat? huhu
hahahaha..aku pon teransang tengok diri aku sendiri..WOW!!!
Wahai para anonymous, sila tinggalkan nama anda bersama sama komen untuk memesrakan keadaan. Tk.
hahaha...siot, terangsang tgk diri sndr...yg anonymous tue sume adalah sy...yg comel & jambu...hehehe...
huhu weh apsal gamba aku x hemsem weh hahaha.. x kire wat photoshoot blk lalalala :P~
Aku rasa tengok pic aku, terasa sentiasa, walaupun aku yang paling muda kat dalam tu 17 tahun. Kak Norm, memang penyeri kelas. bersinar kelas bila dia ada. muahahahah
Catat Ulasan