<< Blog Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi USJ. *Bukan laman rasmi Silat Cekak:




<< pesan Guru : "Sebenar Guru ada Hakikat, Dikuat pula amalan Syariat, Ditambah pula ilmu Maarifat, Berpakaian pula dengan Isyarat."


<< e-mailkan artikel atau berita menarik ke warisanhanafi.usj@gmail.com





Pautkan berita terkini kami di blog/laman web anda

Silat Cekak Hanafi USJ [v2.1]

Grab this Headline Animator



Khamis, Julai 17, 2008

Berdiri Lurus


Berdiri Lurus

Suara Cekak, Bilangan 1, Tahun 1975

Bagaimana rupanya berdiri lurus?
Berdiri lurus adalah pendirian sembahyang. Di mana antara tapak kaki kanan dengan yang kiri tidak terlalu renggang dan tidak terlalu rapat.

Pendirian yang sedemikianlah juga digunakan oleh Silat Cekak di dalam mempertahankan diri dari serangan. Dengan pendirian lurus tegak inilah maka ramai orang yang mengatakan di situlah kelemahan Silat Cekak. Tetapi jika dikajikan dengan mendalam maka sebenarnya di situlah punca kekuatan Silat Cekak.

Pendirian lurus membawa beberapa pengertian dan kegunaan secara lahir mahupun secara falsafah.


Kuat
Banyak yang masih mempersoalkan bahawa berdiri lurus adalah berdiri yang lemah, berdiri yang kuat adalah berdiri cara kuda-kuda. Sebenarnya, berdiri kuda-kuda ini adalah pendirian yang bengkok. Adakah sesuatu yang bengkok itu kuat dari yang lurus? Kalau misalnya kita pergi ke hutan untuk mencari kayu, maka sangatlah sukar kita mencari kayu-kayuan yang lurus, tetapi yang bengkuk amatlah mudah. Tetapi kayu yang lurus itu boleh dibuat bermacam-macam - tiang rumah, meja, kerusi, dan berbagai lagi. Tetapi kayu bengkok cuma sesuai dibuat kayu api sahaja.

Di sini jelas bahawa sesuatu yang lurus banyak kegunaannya dari yang bengkok. Begitu juga halnya dengan pendirian yang lurus. Kerana berdiri lurus adalah penengah dari segala pergerakkan ke kiri dan ke kanan serta pergerakkan ke belakang. Oleh sebab itulah pendirian lurus digunakan di dalam Silat Cekak, kerana dengan pendirian tersebut Silat Cekak telah bersedia untuk menunggu serangan dari hadapan, kiri atau kanan mahupun dari belakang.


Tak Mahu Gaduh
Berdiri lurus juga adalah berdiri yang normal bagi manusia. Manusia jika bercakap tatkala berdiri adalah di atas pendirian yang lurus (normal) bukannya di atas pendirian yang bengkok (pendirian dipaksa-paksa). Jadi kalau belajar Silat dengan pendirian lurus maka pengamalnya dapat bersedia sepanjang waktu tidak diketahui oleh orang. Sebaliknya, jika sedang menghadapi musuh, musuh tidak tahu tipu-helah kita, kerana dilihatnya pendirian kita seperti pendirian orang yang tidak mahu bergaduh. Jika sekiranya kita menggunakan pendirian kuda-kuda musuh akan dapat mengetahui akan tipu-helah kita, mereka dapat membaca mana tangan atau kaki yang mati dan yang mana yang hidup.


Rapat
Pendirian Lurus in adalah pendirian yang paling rapat. Dalam Silat Cekak pendirian yang sedemikian sudah cukup untuk mengawal seluruh anggota. Iaitu ia telah ada empat kaedah yang sentiasa tersedia untuk mempertahankan diri, iaitu kaedah-kadeah A, B, C, dan D yang cukup untuk mengawal empat kerat anggota manusia. Sebagaimana pendirian lurus diambil dari gerak geri sembahayang, kaedah A, B, C, dan D juga diambil dari perbuatan sembahayang juga - kaedah A dari Do`a, B dari Qiam, C dari Ruku', dan D dari Takbir.


Kajian
Hujjah diatas adalah sesuatu yang dapat dibincang secara akademik. Kajian-kajian telah dibuat oleh kita tentang buruk dan baik segala macam pendirian dalam usaha-usaha untuk mempertahankan diri. Dengan keyakinan yang penuh, kami menerima hakikat pendirian lurus adalah pendirian ideal bagi mempertahankan diri. Pendirian jenis ini adalah pendirian yang penuh makna disebalik kegunaannya dalam usah-usaha mempertahankan diri.



*Sumber dari weblog cekakhanafiUTHM.blogspot.com

0 Ulasan:

  © Ourblogtemplates.com Blogger templates 2008